Friday 6 June 2014

:: Tips Kempiskan Perut Buncit dan Menggeleber Selepas Bersalin ::

Tips Cara Kempiskan Perut Buncit dan Menggeleber Selepas Bersalin 



SUSU IBU 

Susukan anak dengan susu badan anda (susu ibu) sebaik sahaja lepas bersalin. Sebaiknya, lakukan penyusuan eksklusif sekurang-kurangnya 6 bulan dan dilanjutkan sehingga 2 tahun. Menyusu badan boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari

BERBENGKUNG 

Mungkin ramai di kalangan ibu-ibu yang tidak gemar berbengkung selepas bersalin – rimas, panas, tidak selesa dan sebagainya. Tapi tahukah anda, berbengkung boleh membantu mengembalikan bentuk badan asal. Gunakan bengkung yang sesuai dengan cara pemakaian yang betul bagi mengelakkan kesan negatif yang tak diingini. Pemakaian bengkung yang tidak betul juga boleh memudaratkan.

BERTUNGKU/ BERTANGAS/ BERSAUNA  

Amalan bertungku mungkin sudah makin kurang popular pada hari ini. Selepas bersalin, bertungku adalah kaedah tradisional ibu-ibu sejak dahulu untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam perut/ rahim. Bertangas dan bersauna pula membantu memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan

KAWALAN PEMAKANAN  

Ibu menyusu tidak digalakkan berdiet berlebihan kerana khasiat yang seimbang dan kalori yang mencukupi diperlukan terutamanya di bulan-bulan pertama menyusukan bayi anda. Walaubagaimanapun ia tidak bermakna anda boleh makan sesuka hati dan mengabaikan bentuk badan yang semakin merosot. Jika anda tidak menyusu atau bayi anda tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu, lakukan kawalan pemakanan yang sesuai bagi mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber semakin teruk. Kurangkan pengambilan lemak dan minyak, ambil protein mencukupi bagi membina semula otot dan mengelakkan perut menggeleber. Lebihkan makanan yang membantu proses membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam, salmon dan madu.

SENAMAN DAN AKTIVITI FIZIKAL

Senaman kardiovaskular dan abdominal tertentu boleh membantu anda mengempiskan perut. Dapatkan kaedah yang betul senaman khusus untuk membentuk perut ini dari jurulatih senaman atau bahan rujukan yang disediakan pakar. Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang juga mampu mengurangkan lebihan lemak di bahagian perut dan sekaligus membina otot perut. Lakukan secara konsisten bagi mendapatkan kesan terbaik

BETULKAN POSTUR TUBUH 

Kebanyakan ibu-ibu terlalu sibuk untuk mengambil berat postur badan mereka. Tahukah anda, masalah postur yang tidak baik ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang juga menyebabkan masalah perut buncit dan menggeleber sukar diselesaikan. Jangan pandang remeh cara anda bergerak setiap hari

DETOKSIFIKASI 

Lebihan toksin dalam badan kebanyakannya terkumpul di bahagian perut. Ia menyebabkan anda mengalami masalah penghadaman dan seterusnya mengakibatkan lebihan makanan dan lemak terkumpul di bahagian perut. Lakukan proses detoksifikasi dari masa ke semasa dan apabila perlu bagi membantu mengurangkan toksin dalam tubuh anda terutamanya perut.

MENGAMBIL SUPLEMENT 

Amalan pengambilan suplement tambahan ketika berpantang dan seterusnya sehingga menyusukan anak telah menjadi tred ibu-ibu moden masa kini. Berikut disenaraikan vitamin 'bajet' untuk ibu-ibu cuba bagi mengatasi masalah tersebut. Antara produk yang disyorkan ialah ALFALFA , LECITHIN DAN HERBLAX

 

Alfalfa Shaklee


☆ Bertindak seperti kacip fatimah 
☆ Milk Booster bagi ibu menyusu
☆ Melegakan sakit sendi dan belakang. 
☆ Menghilangkan kelesuan dan tekanan. 
☆ Memberi kelegaan semasa haid. 
☆ Memulihkan urat selepas bersalin
☆ Bagus untuk elergi dan ekzema 
☆ Merawat asma 
Mencuci usus bagi membuang toksik 
☆ Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
☆ Meneutralkan asid dalam badan 
☆ Membesar dan menegangkan payudara
☆ Melegakan sembelit 
☆ Memberi sensasi ‘rasa sejuk’
☆ Mengatasi masalah kekeringan semasa bersama suami



Herb lax


☆ Mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau yang tersimpan lama
  ☆ Membantu masalah sembelit
  ☆Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel management)
  ☆Mengempiskan perut
  ☆Membantu mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. 
  ☆Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan di dalam air panas sebagai minuman teh herba.



Lecithin 



Membersihkan saluran darah dan juga pengemulsi semula jadi bagi lemak di dalam darah. lecithin ni emulsifier yang sangat power!
☆ Mencerdaskan otak dan mengurangkan nyanyuk.
☆ Mengawal penggumpalan platlet darah.
☆ Menggalakkan penyerapan vitamin ADEK
 ☆ Mengekalkan kandungan air dalam kulit.
 ☆Untuk metabolisma lemak.





Untuk mencuba produk boleh menghubungi saya di: 

call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457

untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Kedai saya dibuka 24 JAM SETIAP HARITidak lupa, khas untuk pelanggan-pelanggan yang saya sayangi, HARGA MURAH, KONSULTASI & KHIDMAT NASIHAT serta JADUAL PEMAKANAN yang BETUL menanti anda! Penghantaran diuruskan ke SELURUH MALAYSIA.

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.


* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut.

No comments: