Sunday 1 June 2014

::Tips menyusukan ketika berpuasa ::

Bismilah..
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rejab telah berlalu..kini Syaaban menjelma..In sha Allah Ramadhan bakal hadir menandakan umat islam wajib menjalankan perintah Allah untuk berpuasa..Buat para ibu, janganlah menjadikan puasa ini sebagai batu penghalang untuk anda tidak meneruskan aktiviti mengepam dan menyusukan anak..
Pada asasnya, amalan berpuasa sama sekali tidak akan mengganggu pengeluaran susu ibu. Ia tidak bergantung kepada amalan pemakanan seharian.
Sebaliknya bersandarkan kepada keupayaan anda mengosongkan payu dara secara efektif sekerap yang boleh, menerusi penyusuan terus atau pemerahan payu dara.


Berikut saya ingin berkongsi dengan para ibu sekalian tips dan panduan pemakanan menyusukan ketika berpuasa .


1. Minum Air Mencukupi
Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.
2. Jangan Abai Sahur
Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.
3. Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji.
Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.


4. Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.

5. Ambil Lebih Lemak Sihat
Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.
6. Amalkan Madu
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.
7. Elakkan Minuman Bikarbonat
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.
8. Mengambil Makanan Tambahan (suplement shaklee)
Shaklee ada menyediakan Set Penyusuan 3M yang terdiri daripada ESP, Alfalfa , Ostematrix , Vitalea , B complex , Vitamin C. Set Penyusuan ini akan melengkapkan keperluan diet harian ibu menyusukan anak yang kadang-kala terlepas pandang dari aspek pemakanan yang betul dan kurang lengkap diet hariannya.



Testimoni Set Penyusuan 3M Shaklee 1:Stok penuh ketika berpantang

Testimoni Set Penyusuan Shaklee 2:

Testimoni Set Penyusuan Shaklee 3 :

Testimoni Set Penyusuan Shaklee 4 :

Untuk mencuba produk boleh menghubungi saya di:
call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457
add fb saya : www.facebook.com/zalina.nina untuk chatting secara langsung dengan saya
klik like di Fanpage saya : www.facebook.com/pages/Ummi-Muhaimin untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA


Kedai saya dibuka 24 JAM SETIAP HARI. Tidak lupa, khas untuk pelanggan-pelanggan yang saya sayangi, HARGA MURAH, KONSULTASI & KHIDMAT NASIHAT serta JADUAL PEMAKANAN yang BETUL menanti anda! Penghantaran diuruskan ke SELURUH MALAYSIA.
Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

 

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut.


No comments: