Friday 6 June 2014

:: Nak Cantik?? ::



APA YANG DIPERLUKAN OLEH BADAN KITA UNTUK CANTIK?.

Seseorang yang inginkan kulit cantik memerlukan pemakanan yang sihat seimbang dan kaya dengan vitamin dan mineral.  

Sumber Collagen adalah penting apabila kita semakin tua, dimana collagen kurang dibina oleh badan. 

Vitamin C pula membantu dalam penghasilan dan pengikatan collagen.  

Vitamin E pula diperlukan untuk melawan radikal bebas dari alam sekitar, pendedahan cahaya matahari, rokok, alkohol dan mungkin dihasilkan oleh tindak balas kimia dalam badan kita.

Vitamin A membantu dalam membina tisu badan, penyembuhan, juga anti penuaan.

Dan B complex membantu melancarkan fungsi tubuh badan. 


Bagaimana tubuh badan membina Collagen?
Sel kulit kita menghasilkan molekul kecil yang dipanggil pro collagen. Penghasilan pro collagen ini memerlukan vitamin C dan protin. Vitamin C dan protin perlu diperolehi dari pemakanan kita, bukan dibina oleh tubuh badan. 
Molekul2 pro collagen ini akan melekat diantara satu sama lain untuk menghasilkan Fibrils. Fibrils adalah cantuman jalur yang terdiri dari mineral dan vitamin. Fibril akan berkembang dan bertukar menjadi fiber yang melekat pada sel kulit dan ia bertindak sebagai 'anchor' (sauh).  
Fiber ini bertindak sebagai penyokong kepada struktur kulit dan inilah yang menghasilkan elastisiti pada kulit.
Semakin usia meningkat, tubuh badan kurang menghasilkan fiber collagen ini. Itulah sebab terjadinya kedutan dan kendur (sagging) pada kulit.


Selain dari usia yang meningkat, pendedahan pada cahaya matahari dan pencemaran udara boleh menghalang penghasilan collagen. Ini dapat menyababkan toksik pada sel kulit dan toksik boleh mengurangkan penghasilan fiber collagen. Skincare dan sunblock boleh membantu dalam masalah ini secara luaran, tapi secara dalaman??
Merokok dan alkohol juga boleh menyebabkan kurangnya penghasilan fiber collagen dan harus dielakkan.

Oleh itu, adalah kepentingan kita sebagai kaum wanita untuk menitikberatkan soal suplement untuk kecantikan kulit kita...kita sedia maklum bahawa kita tidak mampu untuk mencukupkan keperluan 'makanan' untuk kulit kita.Jadi di sini lah peranan suplement sebagai makanan kulit kita

jom! terjah kepentingan setiap vitamin berikut untuk kulit kita..




 Vitamin E



- Terkenal sebagai vitamin untuk kesihatan kulit 
- Sejenis vitamin antioksidan yang effektif.
- Membantu melawan radikal bebas dalam tubuh badan
-Radikal bebas adalah foktor utama berlakunya penuaan kulit 
-Oleh sebab ini Vitamin E diperlukan untuk meneutralkan radikal bebas ini



 Vitamin C

- Juga sejenis vitamin antioksidan
- Dapat membantu melawan tanda-tanda penuaan
- Membantu dalam penghasilan collagen
- Collagen menjadikan kulit jadi tegang 



Vitamin B complex


- Patut ditambah dalam diet untuk mendapatkan kulit cantik
- Meningkatkan segala fungsi tubuh badan.
- Jika beberapa fungsi dalam badan tidak berjalan lancar, kesannya boleh dilihat pada kulit. Kulit nampak kusam dan tidak sihat
- Mengangkut oksigen ke kulit, ini membantu menghalang pembentukkan jerawat
- Membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan collagen 





Untuk mencuba produk boleh menghubungi saya di: 

call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457

untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA


Kedai saya dibuka 24 JAM SETIAP HARI. Tidak lupa, khas untuk pelanggan-pelanggan yang saya sayangi, HARGA MURAH, KONSULTASI & KHIDMAT NASIHAT serta JADUAL PEMAKANAN yang BETUL menanti anda! Penghantaran diuruskan ke SELURUH MALAYSIA.

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.


* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut.

No comments: