Tuesday 19 August 2014

:: Petua Mudah Bersalin ::

Alhamdulillah dan tahniah kepada bakal2 ibu..tak kiralah ibu baru menimang cahaya mata atau yang dah biasa bersalin. kat sini saya nak kongsi tip dan amalan saya semasa bersalinkan anak pertama dan kedua.. hampir 80% saya amalkan, dan alhamdulillah berhasil.. Selain persedian awal menyediakan barangan bayi, minda ibu juga harus kuat...Yang paling penting badan ibu juga harus kuat. Masa melahirkan anak kedua ni, alhamdulillah mudah sgt . Saya rasa sebab saya berjalan banyak kot sebelum p hospital..hihihii..selain tu saya minum ESP shaklee juga..
ok, jom baca tip2 ni..mudahan bermanfaat utk ibu2 semua..
1. Minum minyak kelapa
  • apabila kandungan mencecah 6 bulan, amalkan minum minyak kelapa yang di masak sendiri, sekurang2nya, 2-3 kali seminggu.
  • apabila kandungan sudah mencecah 9 bulan, amalkan minum setiap hari
2. Telan telur ayam
  • amalkan makan telur ayam yang masih mentah, setiap pagi, seminggu sebelum bersalin
3. Minum air zam-zam
  • Sebaik2nya di amalkan sepanjang kehamilan
4. Minum Milo / susu campur marjerin
  • Bancuh air milo atau susu, dan campur dengan marjerin
  • Baca selawat, al-fatihah dan doa nabi Yunus, sebelum minum, agar dimudahkan rahim untuk terbuka
5. Minum air kelapa
  • amalkan minum air kelapa dara, sepanjang kehamilan
  • selain mencantikkan kulit bayi, ia juga membantu mencuci kepala bayi semasa bersalin
6. Minum air selusuh
  • amalkan air selusuh, sekurang2nya 2-3 kali seminggu, apabila kandungan mencecah trimester ke-3
  • amalkan setiap hari, ketika kandungan sudah mencecah 9 bulan
7. Makan kurma
  • Elok di amalkan sepanjang kehamilan, kerana khasiatnya banyak.
  • malahan, ia membantu memberi tenaga yang lebih, semasa meneran
8. Makan sayur bendi
  • amalkan sayur bendi setiap hari, agar membantu memudahkan bersalin
9. Minum air akar fatimah
  • rendam akar fatimah di dalam air suam, diminum berserta dengan selawat keatas Nabi S.A.W
10. Amalkan surah atau ayat dari al-quran
  • surah Maryam
  • surah Al-Imran ayat 38
  • surah Al-Insyiqaq ayat 1-4
  • surah Abasa ayat 20
  • surah An-Nahl ayat 78
11. Doa Nabil Yunus
  • Di amalkan semasa kontraksi bermula dan baca berulang-ulang kali sehingga bersalin
12. Solat Hajat
  • uat solat hajat, dan berdoa agar dipermudahkan untuk bersalin.
  • Sebaik2nya, dibuat bersama suami dan minta suami membaca ayat al-imran ayat 38 dan diusap pada perut isteri
13. Banyakkan berjalan
  • Sebaik2nya di amalkan apabila kandungan sudah mencecah 9 bulan
  • Banyak berjalan, agar memudahkan salur rahim terbuka
14. Senaman ringan
  • Duduk mencangkung dan tangan tahan pada dinding, kemudian berdiri perlahan-lahan sekerap mana anda mampu
  • Duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki anda, pegang jari kaki kemudian tolakkan kedua tapak kaki itu ke arah vagina
15. Minta ampun
  • Memohon ampun daripada suami dan orang tua
16. Kerap ‘bersama’ suami
  • Ketika kandungan sudah mencecah 37-38 minggu, sebaik2nya, lakukan hubungan ‘intim’ dengan suami dengan lebih kerap
  • Ia akan membantu agar rahim terbuka dengan lebih cepat dan mudah
17. Berzikir Ya Wahhab
  • Boleh diamalkan ketika anda mula terasa kontraksi, dan berdoa di dalam hati, agar Allah memberi ketenangan dan dipermudahkan urusan bersalin
Pertanyaan, konsultasi boleh hubungi saya di:


call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457
Hubungi Zalina 


COD : taman medan, dato' harun, PJS 2, seri manja, taman sentosa, jln klang lama, angkasapuri, pantai dalam, ppum, um, 

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.


* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut

No comments: