Saturday 7 June 2014

:: ISTIMEWANYA tembikai....::

OH ..tembikai....!!





Nabi SAW juga makan buah-buahan seperti tembikai.Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah.
 Tembikai dikatakanmengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.

 Berikut adalah kebaikan buah tembikai pada kesihatan kita  :

1. Kandungan air dan kalium yang ada pada daging dan kulit semangka sangat bermanfaat bagi penderita hipertensi dan mampu menstabilkan tekanan darah.
2. Dengan meminum jus tembikai setiap hari, anda dapat menghindar dari penyakit kronik seperti strok dan cirit birit yang parah.
3. Memakan buah tembikai akan dapat melancar saluran kencing anda,ini sangat baik bagi anda yang sering susah buang air kecil.
4.  Buah tembikai memiliki kandungan antioksidan yang tinggi, begitu juga dengan biji nya yang mampu mencegah dan mengubati penyakit kanser. Kandungan antioksidan dalam tembikai mencakupi beta-karotin dan vitamin C yang tinggi yang dapat menyihatkan sel-sel tubuh.
5.  Mengandung Lycopene yang mana mampu meningkatkan stamina lelaki. Bukan setakat itu sahaja ia mamapu meningkatkan kesuburan lelaki mahupun wanita.
6.  Memiliki kandungan serat yang tinggi dan bebas dari lemak, sehingga sangat baik makan oleh anda yang sedang dalam program diet atau penurunan berat badan. Juga sangat bermanfaat bagi anda yang mengalami masalah obesiti.

No comments: