Wednesday 24 June 2015

ESP KETIKA BERPUASA

Assalamualaikum semua!!!
Selamat berpuasa kepada anda semua.
Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke 7 kita berpuasa dan ini bermakna kita telah menjalani ibadah puasa selama seminggu.

Sepanjang ina berpuasa kali ni, rasa amat mencabar dengan keadsaan anak yang semakin nak membesar. Pulak tu kedua anak ina adalah lelaki.Kadang-kadang tu tercabar juga iman ni, alahai anak...tapi demi anak, ikutkan jer lah..

So, untuk mengurangkan stress di siang hari, in amalkan B complex ketika bersahur juga..tetapi apa yang paling penting ina mesti ambil ESP untyk pastikan ina sentiasa kekal bertenagan dan cergas sepanjang siang hari ketyika menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah..sepanjang hari ketika melakukan tugasan harian , menguruskan keluarga dan anak-anak, ina sentiasa cergas. Moga keadaan ini istiqomah dan terima kasih Allah keranba memberikan kesihatan yang baik buat ina. ESp tu uasah ina jer, tapi yang berikan ina berteanga, yang berikan ina kecergasan, adalah ALLAH swt...

So, ina nak share dengan anda semua, apa kebaikkan dan kelebihan jika kita mengambil ESP ketika bersahur dan berbuka sepanjang bulan puasa ni.

ü Diperbuat daripada kacang soya yang ditanam secara  organik.

ü Kacang soyanya adalah terpilih & non-GMO (non-genetically modified organism).

ü Diproses pada suhu rendah bagi memelihara zat dan khasiat proteinnya (khasiat protein mudah rosak pada suhu tinggi).

ü Dibasuh dengan air dan bukannya alkohol bagi mengekalkan kandungan isoflavonenya.

ü Setiap hidangan ESP adalah bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur dan 12 kali ganda susu (boleh ke kita minum sehingga 12 glass susu sehari?).

ü Mengandungi kesemua 9 asid amino yang penting untuk tubuh badan namun tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan.

ü Rendah lemak & juga rendah bacaan glisemiknya.

üSesuai untuk dijadikan sebahagian menu bersahur dan iftar.

üMembekalkan tenaga berpanjangan, memberi rasa kenyang dengan lebih lama, merangsang penghasilan susu bagi para ibu yang menyusukan walaupun semasa berpuasa.

ü Mencantik dan mencerahkan kulit wajah.

ü Membantu dalam penurunan berat badan secara sihat.


Jadi, ina memang sangatkan galakan anda mengambil ESp di bulan puasa ni, kerana ia bukan sahaja untuk kecergasan untuk menjalankan iabadah puasa, tetapi bonusnya, ian menjadikan kulit anda juga sihat dan cantik juga tau,. So, nanti boleh lah kelihatan cantik juga ketika hari raya nanti, in sha Allah. Jom tengok testimoni cust yang ambil ESP untuk kulit cantik menawan.


 So, apa tunggu lagi...jom dapatkan ESP yang memang hot produk ni dengan saya dengan harga yang hot juga. Bukan hanya untuk kecergasan dan memberikan kulit yang cantik dan gebu, malahan fungsi ESP lebih daripada itu. Apapun ,semuanya Allah yang beri , dan ESP ni asbab sahaja. Yang penting kita usaha dan usaha untuk menjadikan kehidupan kita lebih baik dan bermakna, in sha Allah..aminn..


call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457

untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Kedai saya dibuka 24 JAM SETIAP HARI. Tidak lupa, khas untuk pelanggan-pelanggan yang saya sayangi, HARGA MURAH, KONSULTASI & KHIDMAT NASIHAT serta JADUAL PEMAKANAN yang BETUL menanti anda! Penghantaran diuruskan ke SELURUH MALAYSIA.

COD : Taman Medan, Taman Dato' Harun, PJS, Jalan Klang Lama, Seri Sentosa, Seri Manja, Angkasapuri, Pantai Dalam, Bangsar, PPUM, UM, Puchong, SEKITAR PETALING JAYA dan SEKITAR CHERAS.

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut.






Friday 19 June 2015

SET SAKIT KEPALA SHAKLEE

Assalamualaikum semua..
Selamat berpuasa semua..Alhamdulillah hari ni masuk hari ke 2 kita berpuasa dan semoga amalan kita diterima Allah swt.
Maaf yer, sebab ina dah seminggu tak update blog, sebab sibuk menghadiri kursus yang dihantar oleh majikan. Dan hari ini ina kembali untuk berkongsi dengan anda semua tentang kesihatan dan kecantikan.
Okey, hai ni ina terpanggila nak share dengan anda semua tentang siplemen berkaitan dengan kepala dam skait kepala.
Kalau anda semua nak tau, ian masa beajar dulu menmang selalu sakit kepala. Sampai p klinik doktor bagi ubat tahan sakit yang memang power untuk kurangkan kesakitan ian. Tapi setakat kurang je, pastu nanti sakit tu datang balik. Memang sakit sangat, sipa yag pernah mengalamai migrain jer yang tahu macam mana kesakitan tu,...huhuhuhu.

So, jom kita tengok dulu kategori sakit kepala.

Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:

  • Sakit kepala kerana tekanan
  • Sakit kepala kerana sinus
  • Sakit kepala kerana migrain

Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.



Sakit kepala sinus  ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.



Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:



  • Kekurangan zat dan nutrisi
  • Faktor keturunan
  • Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
  • Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
  • Terlalu banyak mengambil kafein
  • Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat



Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung. Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.Kenapa supplement lebih baik dari ubat?Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.



Supplement/vitamin yang sesuai utk merawat migrain:
 



Ostematrix

Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium, Magnesium dan vitamin D. 
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

 

B Complex


Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti bolehmembantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.
Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. 

Alhamdulillah, semenjak saya mengamalakan suplemen shaklee ni, sakit kepala dah tak menyerang lagi, kalau ada sakit pun yang biasa-biasa jer, yang tak smapai teruk macam migrain sampai tak boleh bangun dan nak lakukan kerja lain. Semuanya dengan izin Allah juga. Syukur sangat-sangat.
Bagi saya, pengambilan suplemen adalah lebih baik dari makan ubat yang banyak bahan kimia dan berasaskan dadah secara berterusan yang menyebabkan kesan jangka panjang kepada penyebab penyakit merbahaya yang lain plak.
jadi renung-renungakn dan fikir-fikirkan.

So, jom kita tengok testimoni mereka yang telah mengambil suplemen shaklee ni untuk sakit kepala.




call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457

untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Kedai saya dibuka 24 JAM SETIAP HARI. Tidak lupa, khas untuk pelanggan-pelanggan yang saya sayangi, HARGA MURAH, KONSULTASI & KHIDMAT NASIHAT serta JADUAL PEMAKANAN yang BETUL menanti anda! Penghantaran diuruskan ke SELURUH MALAYSIA.

COD : Taman Medan, Taman Dato' Harun, PJS, Jalan Klang Lama, Seri Sentosa, Seri Manja, Angkasapuri, Pantai Dalam, Bangsar, PPUM, UM, Puchong, SEKITAR PETALING JAYA dan SEKITAR CHERAS.

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut.


Thursday 11 June 2015

VITAMIN C SHAKLEE PILIHAN SAYA!!

Assalamualaikum semua..
Hari ni ina nak share serba ringkas tentang Vitamin C shaklee yang tengah hot ni. `Dan bulan ni juga Shaklee lakukan promosi untuk vitamin C ini juga.

Perasan tak kat botol Vitamin C 500mg Shaklee tertulis perkataan Sustained Released(pelepasan masa)?..Apa maksud vitamin C ni bertindak mengikut pelepasan masa?


Sebiji Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg vitamin C dan ianyadirembeskan secara perlahan-lahan dalam badan mengikut keperluan badan kita tadi. Ini sangat bagus kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi.

Namun apabila kita demam dan selsema, dinasihatkan anda mengambil dua biji vitamin C iaitu sebiji waktu pagi dan sebiji lagi waktu malam. Selain itu vitamin C itu digalakkan agar dipatah dua sebelum ditelan. Untuk apa ya? Ianya untuk memastikan vitamin C itu merembeskan kesemuanya vitamin C 500mg. Ini kerana semasa kita sakit badan kita memerlukan vitamin C pada kadar yang lebih tinggi dari biasa.


sekilas fakta

Shaklee Sustained Release Vita-C 500mg was the first sustained-release vitamin C supplement to use all-natural plant gums and waxes to release pure, protection vitamin C gently and continuously.It's made from all natural vitamin C sources (citrus fruits).

Vitamin C membantu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan,kesihatan tulang, gusi, gigi serta juga struktur am badan,membantu memulihkan resdung dan bersin pada waktu pagi,membantu dalam proses pemulihan kudis dan luka,membina kalogen untuk kulit yang sihat,bertindak melindungi sel dalam serangan antioksidan, meningkatkan penyerapan zat besi dalam badan.

Okey, cukup sekadar penerangan ringkas tentang vitamin C dan apa fungsi vitamin C shaklee ni.

Jika berminat nak oder vitamin C yang tengah ofer sehingga akhir bulan Julai ni boleh hubungi ina. Penghantaran dilakukan seluruh malaysia melalui pos laju (hari ni pos, esok sampai). COD ina lakukan sekitar petaling jaya termasuk area tamn medan, datuk harun, PJS, jalan klang lama, tmn seri manja, bangsar, pantai dalam, kerinchi.


call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457

untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Kedai saya dibuka 24 JAM SETIAP HARI. Tidak lupa, khas untuk pelanggan-pelanggan yang saya sayangi, HARGA MURAH, KONSULTASI & KHIDMAT NASIHAT serta JADUAL PEMAKANAN yang BETUL menanti anda! Penghantaran diuruskan ke SELURUH MALAYSIA.

COD : Taman Medan, Taman Dato' Harun, PJS, Jalan Klang Lama, Seri Sentosa, Seri Manja, Angkasapuri, Pantai Dalam, Bangsar, PPUM, UM, Puchong, SEKITAR PETALING JAYA dan SEKITAR CHERAS.

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut.

Wednesday 10 June 2015

PETUA BANYAKKAN SUSU BADAN

Assalamualaikum wbt.
Tak lama lagi kita akan menunaikan ibadah puasa. Rukun islam yang wajib kita tunaikkan. Alhamdulillah, syukur sebab memang ina tak sabar nak berpuasa kali ni, Mudahan sempat berpuasa bersama keluarga.aminn.
So, bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, mesti resah gelisah sebab risau susu tak cukup lah, susu tak ada lah, dan macam-macam lagilah. Jangan berfikiran negatif dan risau. Mood kita mempengaruhi pengeluaran susu tau, Jangan cakap saya ni tau cakap jer, okeys..saya ni dah 2 tahun yang lepas mengalami situasi sebegitu dan alhamdulillah, susu ada jer(bukan nak riak, tp nk bg semangat). Apa yang saya amalkan adalah tips di bawah ni. Perkongsian ni saya share dengan anda semua, semoga boleh memberi anda jalan dan semangat bahawa bulan puasa atau ganti puasa pun boleh beri yang terbaik untuk anak-anak kita. Percayalah, banyak, sikit bukan ukuran, yang penting susu yang kita perah cukup unuk anak minum, tu pun dah alhamdulillah kan. Jika berlebihan, itu rezki masing-masing.

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam

    Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.

    Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.
    Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
    Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.

2. Jangan Tunggu Payudara Penuh


    Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!

    Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
    Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

3. Minum banyak Air

Pastikan anda minum banyak air ketika berbuka, di antara waktu sebelum tidur dan ketika bersahur. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

4. Fikir Bayi Fikir Susu


    Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.

    Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin.

5. Berdisiplin

Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.

6. Tendum Pumping

Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.

7. Teknik Marmet

Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... Ni based on pengalaman mommaMia yer...

8. Menyusu / mengepam Lebih Lama

    Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
    Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
    Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah

9. Penyusuan Malam

Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan

Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.


Kalau anda baca satu persatu tips di atas ni, semuanya melibatkan disiplin dan emosi anda. Jadi, anda adalah penentu kejayaan anda untuk berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun atau lebih. Moga ilmu yang bermanfaat ini dapat kita kongsikan bersama. 

Tuesday 9 June 2015

BComplex Shaklee pilihan pesakit migrain

Asalamualaikum..

Hari ni ina nak cerita tentang B complex pula. Ini juga antara vitamin yang ina dan suami amalkan untuk kesihatan dalaman kami. Ina ambil sejak hamil lagi untuk bekalkan folic acid untuk baby dan elakkan stress manakala suami pula ambil untuk masalah rambut.Bukan ni sahaja tau kebaikna B complex ni, banyak lagi tau. So teruskan pembacaan anda.
B complex shaklee adalah lengkap dengan 8 jenis vitamin B, sebab tu ia dipanggil komplex. Ia memang dah lengkap. Ni pula antara kandungan 8 jenis vitamin B yang terdapat dalam B complex Shaklee ni.

1. Tenaga
 Iaitu dengan B3 (Niacin) membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada    bentuk tenaga sekaligus mengurang masalah keletihan dan kelesuan.

2. Tekanan
Biotin memastikan kesihatan saraf berfungsi dengan baik dan dapat mengurangkan  sakit kepala,       tekanan, kemurungan dan insomnia.

3. Tumbesaran
Kandungan B2, B6 dan B12 menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Bagi ibu yang mengandung, asid folik sangat penting membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

4.  Rambut
 B complex iaitu B2 (Riboflavin) membantu membaiki kulit kepala, kelemumur, rambur gugur  dan beruban.

5. Mata
B2 (Riboflavin) adalah vitamin untuk mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak mata, meningkatkan kualiti mata, memori dan pemerhatian (lebih fokus).

6. Anemia
B2 dan B12 membantu pembentukkan sel darah merah yang sihat dan antibody, meransang peredaran darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular.      
Selain itu, B12 berupaya mencegah anemia, sakit kepala, pening, keletihan dan migrain.

7. Senggugut
B3 iaitu Niacin bagus untuk mengurangkan masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan bagi mereka yang mengambil ubat hormone dan ubat tahan sakit.



Ok, Sekarang ina nak anda semua faham pula, apa khasiatnya B complex shaklee ni. Untuk senangkan pemahaman andaa, ina senaraikan ikut keperluan dari kanak-kanak, dewasa dan golongan ibu hamil. 
Selain senarai di atas terdapat banyak kelebihan yang terdapat di dalam B Complex Shaklee.
Antaranya;
  • Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  • Mengelakkan penyakit beri-beri.
  • Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
  • Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
  • Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
  • Mencegah stress.
  • Menguatkan antibodi tubuh.
  • Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
  • Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
  • Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
  • Mencegah anemia.


So, pada anda yang ingin mendapatkan B complex shaklee ni bolehlah hubungi ina segera.




call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457

untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Kedai saya dibuka 24 JAM SETIAP HARI. Tidak lupa, khas untuk pelanggan-pelanggan yang saya sayangi, HARGA MURAH, KONSULTASI & KHIDMAT NASIHAT serta JADUAL PEMAKANAN yang BETUL menanti anda! Penghantaran diuruskan ke SELURUH MALAYSIA.

COD : Taman Medan, Taman Dato' Harun, PJS, Jalan Klang Lama, Seri Sentosa, Seri Manja, Angkasapuri, Pantai Dalam, Bangsar, PPUM, UM, Puchong, SEKITAR PETALING JAYA dan SEKITAR CHERAS.

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut.