Friday 11 July 2014

PENGEDAR SHAKLEE PETALING JAYA, TAMAN MEDAN,PANTAI DALAM :: soal jawab tentang keraguan shaklee ::

Assalammualaikum kepada semua yang sudi membaca.

Hari ni bersempena hari Jumaat yang penuh barakah ni, saya terpanggil untuk berkongsi persoalan yang sering bermain di pemikiran para pengguna product kesihatan Shaklee. Ramai di antara mereka menyatakan bahawa semua distributor shaklee ini adalah pendokong kepada barang jenama Amerika Syarikat yang terang-terangnya adalah sebuah syarikat milik bukan Islam. 

Dan ini sebenarnya sesuatu yang sering Independent Distributor seperti kami terpaksa berhadapan setiap kali ditanya oleh customer yang budiman.

SOALAN:

Antara soalan-soalan yang famous dan seringkali ditanya adalah seperti berikut:

1) Benarkah kami tidak mengikut sunnah kerana menggunakan dan menjual product Shaklee?

2) Benarkah apabila kita menjual segala product Shaklee, ia seolah-olah menunjukkan kita tidak menyokong ekonomi umat Islam/Bumiputera kerana Product Shaklee merupakan syarikat luar negara yang beribu pejabat di US?

3) Adakah Sistem MLM Shaklee ini merupakan sistem piramid yang dijalankan oleh kebanyakkan syarikat MLM yang ada di Malaysia yang mana kebanyakkannya menindas ramai orang baru yang memulakan bisnes? 

4) Yang terakhir adalah, benarkah penjual-penjual shaklee ini di lihat seperti tidak mengamalkan makanan sunnah seperti kurma, madu dan habbatussauda yang terang-terangnya banyak memberi manfaat kepada tubuh badan manusia seperti yang telah disarankan oleh Rasulullah S.a.w?

JAWAPANNYA:

PERTAMA:

Terima kasih kerana sudi menimbulkan persoalan-persoalan itu untuk kita fikirkan bersama dan mencari jawapan yang terbaik bagi meleraikan segala kekusutan yang berlaku.

KEDUA:

Dan keduanya, saya bukanlah orang yang pakar dalam bab hukum agama. Tapi, Insya Allah jawapan-jawapan yang akan saya kemukakan ini adalah berdasarkan pendapat orang yang mempunyai pengetahuan agama yang luas. Dan saya bukanlah jurucakap rasmi yang dilantik oleh Shaklee di Malaysia ini. Jadi, jawapan saya adalah secara general sahaja mengikut pengetahuan dan bidang kepakaran saya sahaja. Insya Allah.

Untuk mengetahui jawapan yang dilengkapi oleh data yang tepat, cikpuan boleh menghubungi terus Shaklee Malaysia untuk mendapat jawapan yang lebih pasti dari pihak syarikat. 

KETIGA:

Bagi saya, persoalan-persoalan tersebut bukanlah sesuatu yang pelik mahupun baru dalam pemikiran masyarakat kita pada hari ini. Ini kerana, kebanyakkan dari orang kita sendiri ramai yang suka berfikiran negatif dan sentiasa mempunyai perasaan dan penyakit hasad dengki yang kadang-kadang amat sukar untuk diubati. 

Maka tidak hairanlah sekiranya ini merupakan persoalan-persoalan yang keluar dari kepala mereka. Saya tidak merasakan sungguh pelik kerana kebanyakkan dari kita memang suka menjatuhkan orang lain. Malah lebih buruk, mereka gembira melihat orang jatuh kerana mereka. 

Jika cikpuan tidak percaya, tanyalah usahawan-usahawan Melayu yang berjaya mahupun yang baru bangkit, ada tak sesiapa yang cuba untuk menjatuhkan perniagaan mereka? Ada tak yang hasad dengki dengan mereka sekiranya mereka lebih maju dari empunya diri? Dan jika ada, siapakah mereka-mereka itu? Dan cikpuan janganlah terkejut atau buat-buat terkejut kerana jawapan yang cikpuan akan dapati adalah, MELAYU ITU SENDIRI yang suka melihat orang jatuh. Jadi, janganlah kita menambah statistik dan menjadi orang Melayu yang penuh hasad dengki dan prasangka di dalam hati. Ok?

KEEMPAT:

Sepanjang saya bergelar Independent Distributor ini, tidak lah pula saya mendapat arahan untuk memberi konsultasi agar menghentikan semua penggunaan makanan sunnah dan hanya menumpukan kepada penggunaan Product Shaklee sahaja. Malah, ramai di antara kami sendiri yang masih mengamalkan pemakanan sunnah pada setiap hari. Kami tidak pernah menolak apa yang baik untuk tubuh badan kami sendiri. 

Untuk pengetahuan cikpuan semua, ramai di kalangan pengedar Shaklee yang sering berkongsi di dalam blog dan FB mereka berkenaan resepi-resepi yang boleh menggabungkan product Shaklee dengan makanan sunnah. Kalau tak percaya, cikpuan boleh pergi tanya pakcik gugel. Saya percaya berderet-deret keluar pelbagai resepi rahsia yang menggabungkan penggunaan keduanya itu. Hatta saya sendiri pun pernah mencamporkan ESP Soy Protein saya dengan kurma yang diblendkan bersekali dengan susu bagi mendapat faedah dan manfaat yang optimum. Dan tidak kurang juga, ibu-ibu yang mencampurkan MealShake dengan madu dan kurma untuk diberikan kepada anak-anak mereka dengan harapan anak tersebut menjadi anak yang cemerlang dunia akhirat. Jadi, dimanakah penolakan makanan sunnah seperti yang diperkatakan oleh ramai orang itu?

KELIMA:

Janganlah mudah melatah. Adakah dengan menggunakan Product Shaklee dalam kehidupan harian itu bermaksud kami telah MENOLAK makanan sunnah mentah-mentah? Jika begitulah tanggapan cikpuan, makan semua ubatan kesihatan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia di setiap klinik dan hospital kerajaan seluruh Malaysia perlu dihentikan serta merta. Ini kerana, ubatan kimia hospital adalah jauh lebih "haram" hukumnya untuk digunakan oleh badan kita. Malah, ada di antara ubatan kimia tersebut telah dicampurkan dengan bahan-bahan yang haram tapi masih "halal" digunakan jika pesakit itu berada dalam keadaan darurat.  Dan sepertimana yang kita ketahui, ubatan tersebut semuanya mengandungi bahan kimia yang jauh memberi kesan yang tidak baik kepada tubuh jika hendak dibandingkan supplement shaklee yang boleh diklasifikasikan juga seperti makanan sunnah kerana ia berasal daripada sumber semulajadi sepenuhnya.

Mungkin kita terlupa, Al-Quran sendiri telah menekankan kepada semua manusia untuk mengambil makanan yang halal lagi baik untuk tubuh. Maka, apa sahaja yang baik dan halal, nescaya hukumnya juga adalah harus dari segi syarak. Apatah lagi, Product Shaklee semuanya mendapat persijilan halal yang diiktiraf sendiri oleh JAKIM.

KEENAM:

Berkenaan isu menyokong Amerika kerana menggunakan Product Shaklee tu sangat membuatkan saya mahu tergelak sendiri. Kita terlupa barangkali yang hampir keseluruhan product di sekitar kita banyak menggunakan product keluaran Amerika dan sekutu-kutunya bermula dari pakaian, makanan, ubatan klinik perhiasan rumah dan berbagai-bagai lagi. Dan kita terlupa agaknya, berapa ramai penyumbang "wang hangus" kepada syarikat-syarikat besar rokok kepunyaan Amerika pada setiap hari. 

Kita perlu faham sebenarnya bahawa isu yang sebenar-benarnya adalah adakah kita menyumbang kepada Amerika ini dalam menggunakan kuasa mereka untuk memerangi Islam? Dan setahu saya, Shaklee langsung tidak tersenarai sebagai syarikat yang menyumbangkan sebahagian dari pendapatan mereka samada secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu Amerika dan sekutunya untuk memusnahkan negara Islam. 

Ni, ada tak yang kita tak guna? Dan ada tak yang bangkit menyuarakan pasal benda ni? Tak ada pun kan??

Ia tidak seperti Mc Donald yang kita pun tahu betapa rakyat Malaysia sangat suka makan dan melantak di restoran itu. Malah, Syarikat minuman coca-cola juga ramai je orang Melayu yang suka untuk minumnya setiap hari. Padahal ia secara jelas syarikat-syarikat ini merupakan penyumbang utama dana mereka ke arah memerangi Islam.  Jangan berlaku tidak adil terhadap sesuatu yang memang jelas. Yang jelas memberi bantuan untuk membunuh Umat Islam di hampir seluruh negara Islam yang sedang dalam keadaan perang itu tidak pula sesiapa yang berani untuk bangun bersuara dan membantah. Tapi, bagi yang tidak memberi bantuan secara jelas ni, banyak pula gosip-gosip liar yang keluar.

Sedih kan?

KETUJUH:


Janganlah kita menyempitkan pemikiran kita dan menjadi sangat dangkal dalam kita memahami sesuatu isu yang berlaku di sekeliling kita. Janganlah kita menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Rasulullah sendiri pernah bersabda, "Islam itu mudah dan jangan dipersempitkan dan jangan pula menakutkan orang ramai daripadanya...".

Islam tu simple je sebenarnya. Islam sangat mudah dan langsung tidak pernah menyusahkan umatnya dengan peraturan-peraturan yang tidak sepatutnya. Jadi, tidak perlu lah kita menyusahkan diri kita pula menyusahkan sesuatu yang memang sudah dipermudahkan dalam agama.

oke?

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِنَّ الدِّيْنَ يُسْرٌ وَلَنْ يُشَادَّ الدِّيْنَ أَحَدٌ إِلاَّ غَلَبَهُ

“Sesungguhnya agama ini (Islam) mudah, dan tidak ada seorang pun yang mempersempitkannya melainkan (agama itu) mengalahkan dia (mengembalikan dia kepada kemudahan).” 

(HR Al-Bukhari no. 39)


KELAPAN:

JIHAD MENEGGAKKAN EKONOMI UMAT ISLAM




Jika anda merasakan, perlunya umat Islam bangkit dalam memajukan ekonomi mereka sendiri, maka ini adalah jalannya. Melakukan perniagaan adalah sumber rezki yang sangat luas Allah berikan kepada kita. Malah 9/10 dari sumber pendapatan adalah merupakan dari sumber perniagaan.

Shaklee telah menggariskan peraturan perniagaan yang jelas dan sangat menguntungkan sebenarnya kepada semua pengedar yang berdaftar. Hanya dengan modal permulaan serendah RM75 (dengan postage) sahaja, anda sudah boleh memulakan perniagaan tanpa memerlukan modal yang besar. Malah, anda juga tidak perlu menyimpan stok yang banyak. Dan yang paling utama, business ini merupakan business product kesihatan yang banyak manusia memerlukannya. Ia merupakan suatu perniagaan jangka masa panjang kerana product ini sentiasa mempunyai permintaan.


Simple analogi, selagi ada manusia, selagi itu wujud permintaan, dan selama itu lah perniagaan itu masih berjalan. Saya juga berpendapat bahawa setakat ini, negara kita masih belum lagi mempunyai syarikat product kesihatan yang dijalankan sepenuhnya oleh Kaum Bumiputera Islam yang dapat menyaingi product Shaklee dari segi keberkesanannya. Malah, product Shaklee juga telah menjalani ujian klinikal yang telah diuji beratus kali dan bertahun-tahun lamanya. Dan yang paling best, product ini menggunakan sumber semulajadi sepenuhnya yang langsung tidak memberi bahaya kepada tubuh badan manusia, Insya Allah.

Namun, sekiranya cikpuan mempunyai pengetahuan berkenaan product kesihatan yang bagus yang dikeluarkan oleh Bumiputera Islam, cikpuan boleh memaklumkan kepada saya. Kerana saya juga berminat untuk mengetahuinya secara lebih lanjut.

Kita dituntut untuk keluar dari belenggu kemiskinan. Dan kita dituntut untuk menegakkan ekonomi umat Islam agar kita tidak ditindas dan dipijak-pijak oleh orang lain.

Dan sekiranya, apa yang kita dapati melalui perniagaan shaklee ini merupakan jalan yang baik untuk menaikkan ekonomi kita dan umat Islam, kenapa tidak kita melakukannya?

Janganlah dipandang lekeh hanya kerana ia product Amerika. Sedangkan nabi dulu pun menjalankan urusniaga dengan orang yahudi juga selagi yahudi itu tidak memerangi Islam. 

Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-

‏أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)
Imam Bukhari menamakan bab yang mengandungi hadith ini dengan nama
بَاب الشِّرَاءِ وَالْبَيْعِ مَعَ الْمُشْرِكِينَ وَأَهْلِ الْحَرْبِ
Ertinya : Bab berjual beli dengan kafir musyrikin dan musuh perang.
Kemudian Imam Ibn Hajar Al-Asqolani pula dalam huraiannya menyatakan :-

واستدل به على جواز بيع السلاح من الكافر

Ertinya : Dan dalil ini dijadikan dalil bagi keharusan MEMBELI senjata dari orang kafir.  ( Fath Al-Bari, Ibn Hajar, 5/142 )
Ini adalah kerana apabila Nabi Muhammad SAW mencagarkan baju besi baginda yang hanya digunakan untuk berperang, ini membuktikan hukum berjual beli dengan bukan Islam termasuk Yahudi adalah harus selagi mana cara aqad dan urusniaganya bertepatan dengan kehendak Islam. Hadis ini boleh dikatakan hujjah terkuat bagi membenarkan umat Islam membeli barangan keperluan dari Yahudi hatta makanan dengan cara berhutang sekalipun.


Semoga pencerahan ini dapat menyelesaikan pelbagai persoalan yang menyesakkan pemikiran anda sama ada sebagai pengedar atau pun pengguna Shaklee. 
Sekian. 
Wallahhualam. 

Wassalam.


kredit: blog teman seperjuangan.



Masih ada pertanyaan? Hubungi kami


Pertanyaan, konsultasi boleh hubungi saya di:


call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457
Hubungi Zalina

page : ummi muhaimin


COD : taman medan, dato' harun, PJS 2, seri manja, taman sentosa, jln klang lama, angkasapuri, pantai dalam, ppum, um,

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.


* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut

No comments: