Friday 18 July 2014

:: Kolagen?? ::

Apakah itu KOLAGEN?

Kolagen adalah protein yang diperbuat daripada asid amino. Asid amino akan membina satu rantaian yang terdiri daripada karbon, oksigen dan hidrogen untuk membentuk asid amino yang dipanggil GlycineProlineHydroxyprolinedan Arginine.


Kolagen membentuk hampir 30% daripada protein di dalam badan untuk memastikan struktur tulang kuat dan bercantum dengan baik di antara satu sama lain seperti untuk tendon dan ligament. 

Dalam tisu otot, kolagen berfungsi sebagai komponen utamaendomysium1 hingga 2% daripada otot terbentuk daripadakolagen dan kira-kira 6% daripada jumlah berat ototterbentuk daripada kolagen. Gelatin yang digunakan dalammakanan adalah kolagen yang telah dihidrolisiskan tak boleh balik.

Sumber KOLAGEN?

Sumber kolagen boleh didapati secara semulajadi daripada haiwan iaitu terutamanya dalam dagingnya contohnya seperti daripada kaki ayam,arnab, lembu, khinzir atau ikan.

Kolagen adalah sebagai perantaraan di antara tisu-tisu umpama seperti gam yang membolehkan tisu-tisu bercantum dengan baik untuk membolehkan kulit kita kelihatan anjal dan membantu pembaharuan sel-sel secara berterusan.

Ligamen adalah salah satu jenis tisu yang diikat oleh dua tulang dan seterusnya untuk memegang sendi antara satu sama lain. Manakala tendon juga diikat dengan otot dan tulang dengan tisu yang berlainan saje. Semua tisu, tulang, otot, tendon dan kerangka kita adalah terdiri daripada protein dan protein tersebut dipanggil kolagen. 

Fungsi KOLAGEN

Kolagen diumpama seperti simen yang memegang semua bata-bata supaya dapat keadaan baik dan struktur dinding menjadi kuat. Begitu juga dengan kolagen. Kolagen berperanan untuk melindungi kulit kita daripada penyerapan toksik-toksik alam sekitar, bahan-bahan patogenik, mikro-organisma dan juga sel-sel kanser. 

Kolagen adalah komponen utama bagi kuku dan rambut. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut jadi tidak bermaya, kulit menjadi nipis dan cepat berkedut, tendon dan ligament menjadi kurang anjal, 

Bayangkan la umur kita yang semakin meningkat dan kolagen makin berkurangan seiring dengan umur dan mudah terdedah dengan anasir-anasir luar ini. Sangat berbahaya. Kolagen bukan untuk cantik semata-mata tetapi untuk kesihatan dalam kita. Apabila dalaman kita semua sihat maka kulit kita terutamanya sekali di muka akan lebih sihat dan sekaligus tampak lebih muda daripada umur sebenar. Wahh impian semua perempuan di dunia kan. 



Pertanyaan, konsultasi boleh hubungi saya di:


call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457
Hubungi Zalina 


COD : taman medan, dato' harun, PJS 2, seri manja, taman sentosa, jln klang lama, angkasapuri, pantai dalam, ppum, um, 

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.




* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut

No comments: