Wednesday 20 August 2014

:: Apakah itu anemia? ::

Adakah anda selalu merasa letih lesu, pucat, tidak bertenaga, selalu rasa pening, sakit kepala, berdebar-debar atau sakit dada? Anda mungkin mengalami ANEMIA….

Apa itu anemia?
Anemia ialah keadaan di mana seseorang itu kekurangan sel darah merah. Sel darah merah diperlukan ini oleh kita untuk membawa oksigen dari paru-paru ke tisu-tisu di dalam badan.

Berapakah bacaan yang dikatakan anemia? 
WHO ( World Health Organisation) mengklasifikasikan bacaan haemoglobin yang kurang dari 11 g/dL sebagai anemia.

Mengapakah wanita mengandung lebih kerap mendapat anemia?
Apabila seseorang wanita mengandung, terdapat perubahan dalam badan mereka. Penghasilan haemoglobin meningkat. Namun penghasilan isi padu darah dalam badan meningkat jauh lebih banyak.
Contoh kepekatan darah merah ketika mengandung dan semasa tidak mengandung.
Contoh kepekatan darah merah ketika mengandung dan semasa tidak mengandung.
Contohnya begini. Dalam keadaan biasa kita campurkan sesudu gula dalam secawan kopi. Rasanya cukup manis. Tapi jika kita masukkan 3 sudu gula dalam satu jag kopi, tentu ianya tidak mencukupi bukan?

Makanan apakah yang paling baik untuk mengelakkan anemia?
Makanan seperti daging , hati dan kerang mengandungi banyak zat besi. Begitu juga dengan sayur-sayuran hijau seperti bayam dan  kaya dengan zat besi.
Tetapi yang paling penting sekali ialah cara pemakanan supplemen dan cara pemakanan makanan seharian wanita mengandung tersebut.
Sakit kepala ,kerap pening dan rasa letih merupakan tanda-tanda anemia.
          Sakit kepala , kerap pening dan rasa letih merupakan tanda-tanda anemia.
Cara atasi anemia

1. Elakkan makan nasi berlauk bersama dengan kopi, teh atau susu.  Penyerapan zat besi berkurangan jika dimakan dengan minuman ini.
2. Elakkan makan pil kalsium bersekali dengan pil supplemen.
3. Makan nasi bersama air sitrus ( oren/ limau nipis) atau air kosong.  Zat besi akan diserap dengan lebih baik
4. Makanlah supplemen zat besi setengah jam sebelum atau 2 jam selepas hidangan utama.
5. Makanlah banyak serat , terutamanya buah- buahkan yang kaya vitamin C dan minum banyak air bagi mengelakkan sembelit.
6. Makan hidangan dari haiwan atau makanan laut sekurang-kurangnya 3 x seminggu
7. Perahkan jus limau ke atas makanan.
8. Kerap menggunakan ikan bilis yang dibuang kepala dan isi perut/ udang kering sebagai perencah dalam makanan.
9. Sayuran hijau jangan dimasak terlalu lama agar tidak memusnahkan vitamin di dalam sayur.
10. Pengambilan suplemen yang betul adalah musatahak. Ambil sebiji vitalea shaklee bersama Vitamin C shaklee setiap hari


Pertanyaan, konsultasi boleh hubungi saya di:


call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457
Hubungi Zalina 


COD : taman medan, dato' harun, PJS 2, seri manja, taman sentosa, jln klang lama, angkasapuri, pantai dalam, ppum, um, 

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.



* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut

No comments: