Monday 1 June 2015

:: Rahsia dan Kelebihan hari Isnin ::






 
Assalammualaikum semua..
Hari pertama di bulan baru, hari Isnin. Ramai antara kita selalu anggap, alahai, malasnya nak kerja, tak sukannya hari Isnin, Monday bluss dan macam2 lagilah. Tu semua ikutan barat dan kenapa kita nak berasa bermalas-malasan pada hari Isnin. Jika kita tahu terdapat banyak perkara baik yang berlaku pada hari Isnin, pasti kita akan bersemangat pada hari Isnin dan hari-hari yang lain juga. Jika diri kita sendiri telah meletakkan sesuatu yang negatif dan melabelkan tentang yang negatif dapa hari tersebut, maka akan terjadilah perkara dan aura negatif tersebut. So, terjadilah perkara yang membosankan spanjang hari tersebut, ish..ish..ish...alangkah ruginya kita tidak memanafaatkan masa yang telah diberikan oleh Allah dengan perkara yang berfaedah dan berguna..
 

Di sini, ina nak kongsi dengan anda semua sedikit ilmu yang ina dapat dari gugel, agar kita dapat menambahkan ilmu kita bersama. Wallahualam.
 

Daripada Abu Qatadah al-Ansari, berkata : Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat tentang kelazimannya berpuasa pada hari Isnin.
Maka baginda bersabda : " padanya aku dilahirkan dan padanya wahyu pertama diturunkan kepada ku " .(HR muslim)  PERISTIWA HARI ISNIN


Hari Isnin adalah hari Pelayaran dan Perniagaan kerana telah dijelaskan bahawa pada hari Isnin terdapat 7 peristiwa penting iaitu, 
1. Nabi Idris AS telah naik ke langit pada hari Isnin.
2. Nabi Musa AS telah pergi ke Bukit Thursina pada hari Isnin untuk menerima wahyu.
3. Turunnya dalil tentang KeEsaan Allah SWT.
4. Lahirnya Nabi Muhammad SAW
5. Malaikat Jibrail AS turun untuk pertama kalinya bertemu Rasulullah
6. Semua amal perbuatan umat diperlihatkan kepada Rasulullah SAW pada hari Isnin.
7. Wafatnya Baginda Rasulullah Muhammad SAW.


ZIKIR HARI ISNIN

 



لَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِمِ 

“La Haula Wala Quwwata Illa Billah”, 

 maksudnya,
TIADA DAYA DAN KEKUATAN (UNTUK MENOLAK SESUATU KEMUDARATAN DAN MENDATANGKAN SUATU YANG MANFAAT) SELAIN ALLAH SWT


Fadhilat zikir ini Rasulullah SAW bersabda,
" Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata Illa Billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan " . (Hadis Riwayat Tabrani).

So, diharapkan selepas ni kita akan lebih menghargai kedatangan hari Isnin setiap minggu dengan perasaan yang gembira.
so, sesiapa nak dapatkan produk shaklee FREE pos (COD) dngan ina, boleh hubungi ina yer.

terima kasih semua..

No comments: