Sunday 12 October 2014

VITAMIN C DALAM KEHIDUPAN KITA (SHAKLEE)

1 Buah yang paling banyak mengandung vitamin C 
Bicara tentang vitamin C yang ada di fikiran anda pastilah buah-buahan sitrus seperti oren atau limau. Padahal sebenarnya masih banyak buah dan sayur yang mengandungi lebih banyak vitamin C berbanding dengan oren dan lemon, antara lain lada, betik, kale, brokoli, dan lain-lain. 

2 Segelas jus oren sudah boleh memenuhi keperluan vitamin C sehari .
Tak perlu bingung untuk memenuhi keperluan vitamin C sehari-hari. Kajian mendedahkan bahawa segelas jus oren segar mengandungi sekurang-kurangnya 124 mg vitamin C. Jumlah ini sudah melebihi keperluan vitamin C orang dewasa dalam sehari. Untuk lelaki keperluan vitamin C sehari adalah 90 mg manakala untuk wanita 75 mg. 

3 Kadar vitamin C turun jika disimpan 
Berdasarkan keterangan ahli di University of Maryland Medical Centre, memasak dan menyimpan makanan yang mengandungi vitamin C dalam waktu yang lama boleh mengurangkan kadar vitamin C di dalamnya. Untuk itu, sangat baik mengambil makanan yang mengandungi vitamin C ketika masih segar dan mentah. 

4 Vitamin C pengaruhi berat badan 
Jangan kita vitamin C hanya berkaitan dengan sistem kekebalan tubuh. Vitamin C juga berpengaruh terhadap berat badan. Penyelidikan di Arizona State university mengungkap bahawa kekurangan vitamin C pada aliran darah boleh mempengaruhi kemampuan tubuh membakar lemak. Orang yang keperluan vitamin C-nya dipenuhi boleh membakar lemak sehingga 30 peratus lebih banyak berbanding mereka yang kekurangan vitamin C. 

5 Melindungi kulit 
Tak hanya vitamin E sahaja yang baik untuk kesihatan kulit. Sebuah kajian dari Sweden yang diterbitkan dalam jurnal Acta Derm Venerol juga mendedahkan bahawa vitamin C juga berkesan untuk melindungi kulit dari sinar matahari. Terutama jika digabungkan dengan vitamin E. 

6 Berhenti merokok 
Orang yang merokok berkemungkinan lebih tinggi untuk mengalami kekurangan vitamin C. Hal ini disebabkan oleh radikal bebas oleh asap rokok. Rokok akan membuat badan menggunakan lebih banyak vitamin C dan lebih cepat. Dengan begitu perokok akan lebih terdedah untuk mengalami kekurangan vitamin C. 

Itulah beberapa fakta menarik seputar vitamin C yang jarang diketahui oleh banyak orang. Sekarang anda boleh mengenali vitamin C dengan lebih baik.


KEBAIKAN VITAMIN C SHAKLEE BERBANDING VITAMIN LAIN

  • ·         Memberi efek kulit yg sekata, cerah, lembap
  • ·         Sesuai untuk ibu mengandung
  • ·         Sesuai untuk merawat jerawat di wajah & badan
  • ·         Bagi yg menghadapi masalah resdung amat sesuai diamalkan
  • ·         Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu,fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi & gigi yang sihat
  • ·         Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti
  • ·         Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol,tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis
  • ·         Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress
  • ·         Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat
  • ·         berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi
  • ·         Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang
  • ·         Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya
  • ·         Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas
  • ·         Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih berguna dalam rawatan anemia
  • ·         Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah
  • ·         Merawat jangkitan saluran kencing
  • ·         Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain
  • ·         Utk kanak2 memadai dgn mngambil sepruh, krn jumlah vit c yg diperlukan oleh kanak2 hnya 250mg sehari
  • ·         Vitamin C adalah jenis sustained released atau pelepasan perlahan-lahan, dalam masa 12 jam. Oleh itu, ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan.


Pertanyaan, konsultasi boleh hubungi saya di:

call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457
Hubungi Zalina 


COD : taman medan, dato' harun, PJS 2, seri manja, taman sentosa, jln klang lama, angkasapuri, pantai dalam, ppum, um,

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut



No comments: