Tuesday 28 October 2014

KINI, SOLAT TANPA KERUSI SELEPAS 2 MINGGU BERSAMA AJHT

Sendi umpama engsel sebuah pintu yang membolehkan pintu itu dibuka dan ditutup. Semakin usang pintu tersebut, semakin reput dan berbunyi engsel dek kerana kekurangan pelincir. Atau semakin kerap pintu tersebut dibuka dan ditutup, semakin cepat engselnye rosak. Apa yang kita buat bila pintu dah mula berbunyi dan menunjukkan tanda-tanda nak rosak ? Kita letak minyak pelincir kan ?
So, samalah seperti sendi.. semakin tua seseorang itu, atau semakin lasak dan semakin banyak tekanan pada sendi kita..maka sendi-sendi kita pun menjadi semakin sakit. Apa nak buat bila kita sakit sendi atau untuk mengelakkannya daripada terjadi pula? Amalkanlah pemakanan Advanced Joint Health Tablet (AJHT) dan rasailah perbezaannya! ;)
AJHT, ADVANCED JOINT HEALTH TABLET, AJHT UNTUK SAKIT SENDI,BOSWELIA EXTRACT, AYURVEDA,GLUKOSAMIN,OSTEOARTHRITIS

Nak cerita pengalaman ibu saya yang menggunakan AJHT ni. Alhamdulillah dalam tempoh 2 minggu cm tu ibu saya dapat rasai kebaikkan AJTH. Baik dari segi apa?

Macam ni cerita nya, sebelum puasa 2014 ni, ibu saya memang akan buat majlis doa selamat sikit, jadi adik-beradik saya memang akan balik kampung untuk meraikan majlis tersebut,. Nak dijadikan asbab, ibu saya tergelincir (jatuh, tapi dia tahan menggunakan lutut) menyebabkan lutut ibu mengalami bengkak sehingga menyebabkan dia sukar melakukan solat.Jadi ibu terpaksa solat menggunakan kerusi (solat duduk). Kebetulan, setiap kali balik saya pula memang akan membawa stok pulang ke kampung untuk dikongsi bersama sedara mara di kampung, jadi adalah stok AJHT. saya pesan pada ibu, makan 2 biji sehari lepas berbuka nanti (sebab esok tu puasa dah start). Jadi menjadi rutinsaya setiap kali berbuka puasa mesti telefon ibu tanya dah makan AJTH dan keadaan kaki ibu.Alhamdulillah, masuk minggu ke 2 ibu cerita dia dah boleh solat tanpa menggunakkan kerusi. Syukur sangat.


Lagi testimoni pengguna AJHT shaklee

Testimoni 1 :

Testimoni 2 :


Testimoni 3 :



Apa yang menyebabkan AJHT ini begitu berkesan? 

Salah satu komponen utama dalam ramuannya ialah ekstrak Boswelia yang telah digunakan sejak berkurun lamanya oleh perubatan Ayurveda untuk menyokong keselesaan sendi. Kini, kita sangat bertuah kerana tidak perlu pergi sampai ke India untuk mendapatkan khasiat Boswelia ini kerana Shaklee telah mempermudahkan urusan kita dengan memasukkan ramuan hebat ini ke dalam AJHT. Ekstrak Boswelia yang didapati daripada gum resin dari pokok Boswelia serrata ini mengandungi bahan aktif utama asid boswelik AKBA (asid-3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. AKBA menyokong kesihatan sendi dengan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan pada sendi.
 
Ekstrak jagung yang terkandung dalam AJHT pula membantu dalam mengekalkan tulang rawan. Ini kerana ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan.  Glukosamina adalah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir yang melincirkan sendi. Glukosamina juga ditemui dalam tendon dan ligament. Akan tetapi, semakin usia kita meningkat, semakin merosot jumlah glukosamina yang dihasilkan oleh badan. Banyak kajian yang diterbitkan menunjukkan yang supplemen ekstrak jagung dapat menggalakkan kelenturan, pergerakan bebas dan menjadikan sendi lebih fleksibel. Malah, kajian bertahun-tahun juga mengesyorkan yang supplemen ekstrak jagung dapat menyumbang kepada kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

AJHT juga diperkaya dengan zinc, copper, manganese dan vitamin C bagi memelihara tisu penyambung yang sihat. Nutrien-nutrien ini penting dalam kesihatan sendi kerana merupakan sokongan nutrient untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.


Dengan 100% formula tumbuh-tumbuhan, memang tidak hairanlah mengapa Advanced Joint Health Tablet (AJHT) ini dengan mudah menjadi kegemaran pengguna-pengguna Shaklee.  Sekiranya anda atau orang-orang yang anda sayang mengalami masalah kesihatan sendi, dapatkan AJHT pada hari ini untuk menguji sendiri keberkesanannya. Kalau dulu dari bayi hingga dewasa, ibu bapa membelanjakan ribuan ringgit untuk membesarkan kita dengan sihat, apalah salahnya kita belanjakan sedikit setiap bulan untuk keselesaan mereka di hari tua mereka ini kan?


Untuk mencuba produk boleh menghubungi saya di:

call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457

untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Kedai saya dibuka 24 JAM SETIAP HARI. Tidak lupa, khas untuk pelanggan-pelanggan yang saya sayangi, HARGA MURAH, KONSULTASI & KHIDMAT NASIHAT serta JADUAL PEMAKANAN yang BETUL menanti anda! Penghantaran diuruskan ke SELURUH MALAYSIA.

COD : Taman Medan, Taman Dato' Harun, PJS, Jalan Klang Lama, Seri Sentosa, Seri Manja, Angkasapuri, Pantai Dalam, Bangsar, PPUM, UM, Puchong, SEKITAR PETALING JAYA.

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.


* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut


No comments: