Monday 20 October 2014

SUMBER VITAMIN DARI ALAM SEMULAJADI

Vitamin adalah sekumpulan sebatian organik amina yang sangat penting dan sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Ini kerana vitamin berfungsi untuk membantu melakukan kegiatan tubuh (vitamin mempunyai peranan sangat penting dalam metabolisme tubuh). Vitamin tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia. Jika manusia, haiwan dan ataupun makhluk hidup lain tanpa pengambilan vitamin pelbagai aktiviti kehidupan tidak dapat dilakukan dengan baik. Kekurangan vitamin akan menyebabkan badan kita mudah terdedah kepada penyakit.

VITAMIN A

Vitamin A juga dikenali dengan nama retinol, merupakan vitamin yang berperanan dalam menentukan jarak penglihatan yang baik, terutama di malam hari, dan sebagai salah satu komponen penyusun pigmen mata di retina. 
Selain itu, vitamin ini juga berperanan penting dalam menjaga kesihatan kulit dan imuniti tubuh. Vitamin ini bersifat mudah rosak oleh pendedahan panas, cahaya matahari, dan udara. 
Sumber makanan yang banyak mengandung vitamin A antaranyaa ialah susu, ikan, sayur-sayuran (terutamanya yang berwarna hijau dan kuning), dan juga buah-buahan (terutama yang berwarna merah dan kuning, seperti cili merah, lobak, pisang, dan betik) . 
Apabila berlaku kekurangan vitamin A, pesakit akan mengalami rabun senja dan katarak. Selain itu, pesakit kekurangan vitamin A ini juga boleh mengalami jangkitan saluran pernafasan, menurunnya daya pertahanan tubuh, dan keadaan kulit yang kurang sihat. Kelebihan pengambilan vitamin A boleh menyebabkan keracunan pada tubuh. Penyakit yang dapat ditimbulkan antara lain pusing-pusing, keguguran rambut, kulit kering bersisik, dan pengsan. Selain itu, bila dalam keadaan akut, kelebihan vitamin A di dalam badan juga boleh menyebabkan kerabunan, jika tergelincir pertumbuhan badan, bengkak hati, dan iritasi kulit.

VITAMIN B

Secara umum, golongan vitamin B memainkan peranan penting dalam metabolisme di dalam tubuh, terutama dalam hal pelepasan tenaga ketika bekerja. Hal ini berkaitan dengan peranannya di dalam badan, iaitu sebagai kompaun ko-enzim yang boleh meningkatkan kadar tindak balas metabolik badan terhadap pelbagai jenis sumber tenaga. 
Beberapa jenis vitamin yang tergolong dalam kumpulan vitamin B ini juga berperanan dalam pembentukan sel darah merah (eritrosit). Sumber utama vitamin B berasal dari susu, bijirin, ikan, dan sayur-sayuran hijau.
Vitamin B terdiri daripada B1, B2, B3, B5, B6 dan B12.

VITAMIN C


Vitamin C di dalam buah-buahan berfungsi sebagai antioksidan dan membantu enzim melakukan tugas sesuai mengikut fungsinya. Fungi lain adalah membantu pembentukan rangkaian kolagen, membantu metabolisme protein, mempercepatkan penyembuhan luka, meningkatkan ketahanan tubuh terhadap jangkitan, membantu tubuh menyerap zat besi dan mencegah kanser. 
Keperluan vitamin C badan adalah 60 mg / hari. Dalam keadaan tertentu seperti mengalami luka bakar, jangkitan, perokok, pengguna ubat terus menerus serta keracunan logam berat memerlukan pengambilan vitamin C kira-kira 100 mg / hari. 
Tidak digalakkan mengambil makanan tambahan vitamin C dos tinggi kerana keperluan tubuh hanya 60 mg / hari. Pengambilan vitamin C yang berlebihan akan memperberat kerja buah pinggang dan hati. 
Makan buah dalam keadaan segar atau diproses menjadi minuman seperti jus. Pemanasan buah akan merosakkan dan mengurangkan kualiti vitamin kerana vitamain C larut dalam air dan cepat rosak dalam suhu tinggi. 
Buah-buahan kaya dengan mineral seperti kalsium, zat besi dan fosforus, kalsium. Secara umum fungsi meineral adalah menjaga dan memelihara kesihatan tubuh. Di dalam buah juga kaya akan serat. Serat buah memberikan rasa kenyang lebih lama sehingga makan buah dapat mencegah kegemukan. Di dalam salauran pencernaan, serat akan mengikat zat karsinogen penyebab kanser. Selain itu serat juga dapat membantu melancarkan proses pencernaan dan mencegah sembelit. 

VITAMIN D
Vitamin D merupakan salah satu jenis vitamin yang banyak dijumpai pada makanan haiwan, seperti dalam ikan, telur, susu, serta produk berasaskannya, seperti keju. 
Bahagian tubuh yang paling banyak dipengaruhi oleh vitamin ini adalah tulang. Vitamin D ini dapat membantu metabolisme kalsium dan pemineralan tulang. Sel kulit akan segera menghasilkan vitamin D apabila terkena cahaya matahari (sinar ultraviolet). 
Bila kadar vitamin D rendah maka tubuh akan mengalami pertumbuhan kaki yang tidak normal. Di samping itu, gigi akan mudah mengalami kerosakan dan otot pun akan mengalami kekejangan. Penyakit lain adalah osteomalasia, iaitu hilangnya unsur kalsium dan fosforus secara berlebihan di dalam tulang. Penyakit ini biasanya ditemui pada remaja, sedangkan pada warga tua, penyakit yang boleh ditimbulkan adalah osteoporosis, iaitu kerapuhan tulang akibatnya berkurangnya kepadatan tulang. Kelebihan vitamin D boleh menyebabkan tubuh mengalami cirit-birit, pengurangan berat badan, muntah-muntah, dan kekeringan berlebihan. 
Vitamin D juga mempunyai banyak manfaat lain yang tentunya amat berguna bagi tubuh kita kerana ia memainkan peranan utama sebagai pemusnah pelbagai macam bakteria dan virus yang bersarang dalam tubuh kita.Vitamin D juga dapat memperkuat metabolisme tubuh kita sehingga tubuh kita boleh tahan terhadap pelbagai penyakit berjangkit seperti selesema. 
Matahari adalah sumber vitamin D yang alami dan mudah didapati. Biasanya cahaya matahari pada pagi hari lebih baik untuk kulit kita. Sumber yang lain adalah yang boleh kita makan contohnya sayur dan buah yang mengandungi vitamin D. Makanan yang mengandungi vitamin D adalah yogurt, telur, susu, keju beserta makanan yang mengandungi bahan-bahan tersebut. Sumber yang lain adalah sayur seperti bayam dan sawi hijau. Untuk produk laut atau makhluk hidup air yang mengandungi vitamin D adalah ikan tongkol, ikan sardin, dan ikan salmon.

VITAMIN E
Vitamin E berperanan dalam menjaga kesihatan pelbagai rangkaian di dalam tubuh, mulai dari rangkaian kulit, mata, sel darah merah hingga hati. Selain itu, vitamin ini juga dapat melindungi paru-paru manusia dari pencemaran udara. Vitamin E juga dikenali sebagai antioksidan yang baik. 
Vitamin E banyak dijumpai pada ikan, ayam, kuning telur, yis, dan minyak tumbuh-tumbuhan. Walaupun hanya diperlukan dalam jumlah sedikit, kekurangan vitamin E boleh menyebabkan gangguan kesihatan yang fatal bagi tubuh, antara lain kemandulan baik bagi lelaki mahupun wanita. Selain itu, saraf dan otot akan mengalami gangguan yang berpanjangan. 
Makanan yang mengandung vitamin E biasanya berasal baik dari sayuran dan haiwan. Banyak manfaat yang kita dapatkan dalam mengambil vitamin E. Salah satu manfaat vitamin E adalah dapat mencantikkan kulit. Kulit dan rambut adalah perkara penting bagi setiap wanita. Bahkan bukan hanya wanita saja yang selalu menjaga kulitnya, lelaki juga ternyata selalu menjaga penampilan dari hujung rambut hingga hujung kaki. Vitamin E inilah penyelesaian mudah dan kunci utama dalam penjagaan tubuh. Mari kita baca lebih lanjut di perenggan selanjutnya.
Sumber vitamin E boleh didapati daripada buah-buahan, sayur, dan produk haiwan. Berikut adalah beberapa makanan yang banyak mengandung vitamin E seperti bayam, brokoli, tomato, kacang soya, telur, dan coklat hitam atau pahit. Sebenarnya banyak sekali makanan yang mengandungi vitamin E yang boleh dimakan secara rutin terutama sayur hijau dan buah-buahan.

VITAMIN K
Vitamin K banyak berperanan dalam pembentukan sistem peredaran darah yang baik dan penutupan luka. Kekurangan vitamin ini akan mengakibatkan pendarahan di dalam tubuh dan kesulitan pembekuan darah saat terjadi luka atau pendarahan. Selain itu, vitamin K juga berperanan sebagai kofaktor enzim untuk mengkatalis reaksi karboksilasi asam amino asid glutamat. [25] Oleh kerana itu, kita perlu banyak mengambil susu, kuning telur, dan sayur-sayuran segar yang merupakan sumber vitamin K yang baik bagi memenuhi keperluan di dalam tubuh.

Selain daripada mendapatkan sumber vutamin daripada kaedah di atas, anda juga boleh memperolehi vitami tersebut melalui makanan shaklee. Sesungguhnya shaklee adakah pilihan utama kerana ianya selamat, berkesan dan semulajadi. Selain itu, ia juga disahkan halal oleh JAKIM dan mendapat kelulusan dari KKM.

Kesimpulannya, badan kita memang memerlukan keperluan vitamin yang mencukupi agar sistem tubuh badan kita dapat berfungsi dengan baik. Oleh itu, kita yang menetukan apa yang terbaik untuk badan kita kerana ia amanah Allah. Apa jua pengambilan sumber vitamin tersebut, AWAS!!..jangan berlebihan kerana ditakuti ia mampu memudaratkan kesihatan kita sebaliknya pula.


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin shaklee berserta konsultasi , anda boleh menghubungi kami di talian

Call/msg/wsap 016-457 4510 atau 017-485 2457

Sila layari untuk info lajut



COD : taman medan, dato' harun, PJS 2, seri manja, taman sentosa, jln klang lama, angkasapuri, pantai dalam, ppum, um,






No comments: