Monday, 25 May 2015

BAHAYA ANEMIA DAN CARA ATASI DENGAN VITALEA SHAKLEE

Assalamualaikum semua..apa khabar ibu2 semua..ibu2 yang sedang hamil sihat tak hari ni?..

Hari ni ina nak kongsi dengan ibu2 semua tentang pentingnya ibu2 semua tahu apa itu ANEMIA.
 
APA ITU ANEMIA?
Anemia ialah keadaan di mana seseorang itu kekurangan sel darah merah. Sel darah merah diperlukan ini oleh kita untuk membawa oksigen dari paru-paru ke tisu-tisu di dalam badan.
 
PUNCA BERLAKU ANEMIA

1. Ibu hamil tidak mendapat khasiat seperti zat besi, asid folik dan vitamin B12 secukupnya

2. Ibu hamil anak kembar

3. Ibu yang kerap hamil iaitu jarak kehamilan yang rapat

Antara ketiga-tiga punca ni, kebanyakkan ibu hamil mengalami Hb rendah kerana tidak mendapat zat yang cukup.

TANDA-TANDA ANEMIA

1. Ibu hamil kelihatan pucat, letih dan lesu.

2. Ibu hamil juga merasa pening dan mudah pitam. 

3.Dengupan jantung juga lebih cepat dari biasa.

BAHAYA ANEMIA KEPADA IBU HAMIL
Anemia ini boleh mendatangkan bahaya jika tidak diatasi. Antara bahaya anemia kepada ibu hamil adalah risiko bersalin awal.

Ibu hamil juga berkemungkinan ada masalah praeklampsia yang boleh membawa kematian. Semoga dijauhkan.

BAHAYA ANEMIA KEPADA BAYI

Anemia boleh menyebabkan bayi dilahirkan pramatang. Bayi tidak mendapat bekalan oksigen secukupnya yang boleh menyebabkan tumbesaran bayi terbantut.

MAKANAN NAIKKAN BH IBU HAMIL

Untuk menaikkan semula Hb bagi ibu hamil, digalakkan  mengambil lebih banyak makanan yang mengandungi zat besi, asid folik dan vitamin B12. Antara makanan yang disarankan adalah daging merah, brokoli, pisang, bayam, kerang dan segala jenis makanan yang mengandungi kandungan iron yang tinggi.

Selain makanan dinyatakan tadi, ibu hamil juga boleh mengambil makanan tambahan seperti  supplemen shaklee yang sinonim dengan ibu hamil iaitu VITALEA-IRON SHAKLEE
Vitalea adalah multivitamin Shaklee yang mengandungi 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Teknologi salutan mikro membantu pembebasan segera vitamin di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan Vitamin B yang penting dalam penghasilan sel-sel baru.

Antara fakta kandungan nutrisi dalam Vitalea untuk ibu hamil adalah:

Zat Besi- Membentuk hemaglobin, membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.

Asid Folik- Kesihatan fetus, kesihatan sel darah merah, anemia.

Vitamin B12- Membantu tumbesaran fetus, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal dan mengelakkan anemia dan keletihan. 

call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457

untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Kedai saya dibuka 24 JAM SETIAP HARI. Tidak lupa, khas untuk pelanggan-pelanggan yang saya sayangi, HARGA MURAH, KONSULTASI & KHIDMAT NASIHAT serta JADUAL PEMAKANAN yang BETUL menanti anda! Penghantaran diuruskan ke SELURUH MALAYSIA.

COD : Taman Medan, Taman Dato' Harun, PJS, Jalan Klang Lama, Seri Sentosa, Seri Manja, Angkasapuri, Pantai Dalam, Bangsar, PPUM, UM, Puchong, SEKITAR PETALING JAYA dan SEKITAR CHERAS.

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut.

Sunday, 24 May 2015

:: Merancang Jantina Anak ::

Assalammualaikum semua...hai..kali ni ina rasa seronok plak nak share dengan anda semua artikel yang ina terbaca dari blog kesihatan untuk menentukan jantina anak2 anda.

Tapi petua ni tidaklah menjaminkan keberkesanannya 100%, keran kita hanya merancang dan berikhtiar namun Allah swt jua yang menetukkanya.
 Sebenarnya benih lelaki penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa kromosom X dan Y. Sedangkan benih atau telur isteri hanya membawa kromosom X, bergantung mana yang bercantum - XY (anak lelaki), XX (anak perempuan). Benih Y laju bergerak tetapi lebih cepat mati berbanding benih Y. Benih Y lebih tahan lama dalam cecair berasid, sedangkan benih X lebih tahan laman dalam cwcair berasid. 

TIPS MERANCANG ANAK LELAKI

1. Dijauhkan makanan yang berasid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka dan minuman bergas selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalkan , zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subuh, iaitu pada hari penetasan telur isteri (ovulation).

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

TIPS MERANCANG ANAK PEREMPUAN

1. Digalakkan memakan makanan yang berasid  seperti  limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Persetubuhan dilakukan lepas habis haid , selang sehari , sehingga hari penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ovulation,  yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. 

3.Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Kita hanya merancang, Allah swt yang akan menetukan. Allah yang memberi rezeki kepada maanusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu.

MAKANAN TERBAIK UNTUK PEMBENTUKAN OTAK.

Protin adalah zat makanan asas bagi pembentukan otak bayi dalam kandungan. Ia boleh didapati dari berbagai sumber pemakanan diantaranya daging lembu atau kambing, ayam, ikan dan lain-lain jenis makanan laut, tauhu dan tempe (dari kacang soya), kacang hijau, susu dan produk-produk darinya, telur dan lain-lain.

Dari semua itu, ikan dan makanan dari kacang soya dan susu merupakan sumber protin yang mudah hadam dan diserap ke dalam saluran darah dan seterusnya dibekalkan kepada bayi dalam kandungan. Ada yang percaya makan lebih makanan dari kacang soya menghasilkan kulit bayi yang cantik ! Mungkin benar?

Oleh itu Protein soya shaklee iaitu ESP adalah pilihan yang bijak keran ia dihasilkan dari kacang soya tulen yang tidak diubah genetiknya dan ia dihasilkan tanpa bahan kimia dan semulajadi.

Minyak ikan
dipercayai juga penting bagi pembentukkan otak bayi. Makanlah minyak dan telur ikan dalam kadar yang lebih dari biasa mulai kandungan 5 bulan keatas. Amalan meratah ikan dan tahu juga baik bagi wanita-wamita hamil !

Oleh itu minyak ikan dari shaklee iaitu omegaguard adalah terbaik kerana ia adalah dari minyak ikan tulen yang terbaik.

sumber pa & ma

call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457

untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Kedai saya dibuka 24 JAM SETIAP HARI. Tidak lupa, khas untuk pelanggan-pelanggan yang saya sayangi, HARGA MURAH, KONSULTASI & KHIDMAT NASIHAT serta JADUAL PEMAKANAN yang BETUL menanti anda! Penghantaran diuruskan ke SELURUH MALAYSIA.

COD : Taman Medan, Taman Dato' Harun, PJS, Jalan Klang Lama, Seri Sentosa, Seri Manja, Angkasapuri, Pantai Dalam, Bangsar, PPUM, UM, Puchong, SEKITAR PETALING JAYA dan SEKITAR CHERAS.

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut.

Saturday, 16 May 2015

5 Rahsia Untuk Cantik

Wanita sangat sinonim dengan kecantikan. Semuanya mengimpikan wajah dan kulit yang bersih, licin, gebu, halus dan mulus. Amalan gaya hidup sihat sangat membantu anda semua untuk sentiasa kelihatan cantik dan segar sepanjang hari. Walaupun anda obses dengan kecantikan, please elakkan semua bahan kimia yang berbahaya dari kulit anda. Pastikan produk yang anda guna bebas dari bahan kimia yang sememangnya akan meracun diri anda secara perlahan. Sebolehnya gunakan produk yang berasaskan tumbuhan dan semulajadi. Banyak dah produk semulajadi kat pasaran ni..tinggal korang nak pilih mana yang terbaik untuk diri anda je. Jadi, pilihlah dengan bijak.
Kali ni saya nak share info mengenai 5 rahsia untuk kulit cantik.

1. Say ‘NO’ kepada ROKOK

Bahan kimia yang disedut daripada rokok akan mengecilkan pembuluh darah dalam badan, mengurangkan kandungan oksigen dan juga nutrisi yang dibekalkan untuk melembapkan tisu dalam badan. Pengecutan kapilari darah akan bertahan selama sejam sebaik sahaja rokok disedut secara terus ke dalam paru-paru. Rokok juga membuatkan seseorang itu nampak lebih tua daripada umur sebenar. Sebaik-baiknya elakkan diri anda daripada terhidu asap rokok kerana ia bukan saja merosakkan kulit tetapi anda terdedah dua kali ganda risiko untuk mendapat penyakit berbanding dengan mereka yang merokok.

2. REMAJAkan kulit anda dari dalam

Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong setiap hari, makan pemakanan yang seimbang dan lebihkan buah-buahan. Buah-buahan dan sayuran mengandungi antioksida yang diperlukan kulit dan kaya vitamin seperti teh hijau, soya, vitamin A, B, C, dan E yang sangat baik untuk kesihatan dan ketegangan kulit supaya kelihatan muda.

3. Pengelupasan kulit secara lembut

Pengelupasan kulit merupakan satu cara yang terbaik untuk proses peremajaan kulit. Namun, para pakar dermatologi memberi peringatan pengelupasan melampau akan menyebabkan kulit menjadi kering, iritasi dan kemerahan serta terdedah kepada bahaya ultraungu. Sebaik-baiknya jangan menggunakan rawatan pengelupasan atau melakukan skrub dengan terlalu kerap lebih daripada dua kali seminggu.

4. Gunakan pelembap antioksidan yang diperkaya dengan vitamin pada waktu malam

Waktu tidur merupakan waktu terbaik untuk mengembalikan semula kelembapan kulit dengan pelembap yang mengandungi antioksida dan vitamin yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa kulit berada pada keadaan yang terbaik pada waktu malam untuk menyerap kandungan aktif yang terdapat pada produk penjagaan kulit.

5. Bersenam 

Senaman adalah aktiviti paling disarankan oleh pakar penjagaan kulit jika anda menginginkan tubuh yang sihat dan sentiasa bertenaga. Senaman secara rutin juga membantu melancarkan peredaran darah dan kulit kelihatan lebih tegang dan muda. Setengah jam bersenam ringan tiga kali seminggu sudah memadai sebagai permulaan senaman. Perpeluhan menggalakkan perembesan bahan toksik dari badan, pernafasan teratur juga mampu merehatkan ketegangan saraf dan motor otot-otot dalam badan. Senaman memberi oksigen yang cukup kepada jantung, paru-paru dan juga kulit.

Credit

call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457

untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Kedai saya dibuka 24 JAM SETIAP HARI. Tidak lupa, khas untuk pelanggan-pelanggan yang saya sayangi, HARGA MURAH, KONSULTASI & KHIDMAT NASIHAT serta JADUAL PEMAKANAN yang BETUL menanti anda! Penghantaran diuruskan ke SELURUH MALAYSIA.

COD : Taman Medan, Taman Dato' Harun, PJS, Jalan Klang Lama, Seri Sentosa, Seri Manja, Angkasapuri, Pantai Dalam, Bangsar, PPUM, UM, Puchong, SEKITAR PETALING JAYA dan SEKITAR CHERAS.

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut.

Friday, 15 May 2015

Minuman Diet Sihat

Kebanyakan orang hanya menjaga pemakanan dan bukannya minuman ketika sedang berdiet. Sebenarnya, pemiilihan minuman yang betul dapat melaraskan metabolisme, mengawal selera makan, dan menurunkan pengambilan kalori. Jadi, jangan lupa masukkan 5 jenis minuman "baik" berikut ke dalam diet anda!
 
 #1 AIR KOSONG 
 
Raja segala minuman! Tahukah anda, menggantikan minuman ringan berkabonat kepada meminum air kosong dapat ‘memotong’ ratusan kalori sehari? Di samping itu, meminum dua gelas air sebelum makan juga menjadikan anda lebih cepat kenyang dan tidak makan berlebihan. Pengambilan air kosong yang cukup juga mempunyai kesan yang positif terhadap metabolisma anda. 

 #2 JUS SAYUR-SAYURAN
 
Jus sayur-sayuran mempunyai khasiat yang sama seperti jus buah-buahan, mengandungi separuh jumlah kalori tetapi lebih banyak kandungan garam. Berbanding jus oren yang mempunyai 122 kalori, jumlah kalori daripada jus tomato hanyalah 41. Selain itu, mengambil jus sayuran yang mengandungi pulpa dapat membekalkan serat yang mampu membantu anda menahan lapar.

#3 SUSU RENDAH LEMAK
 
Mengambil makanan yang kaya dengan kalsium bukan sahaja baik untuk tubuh, ia juga boleh membantu proses diet anda. Beberapa kajian menunjukkan bahawa meminum lebih banyak susu atau mengambil produk tenusu lain boleh membantu menurunkan berat badan. Pilih susu skim atau rendah lemak untuk manfaat yang lebih menyeluruh.
 
#4 KOPI HITAM
Apabila anda memerlukan sedikit dos kafein, kopi ialah pilihan yang lebih baik berbanding soda atau minuman tenaga. Kopi tanpa gula bersifat bebas kalori dan kaya dengan anti-oksidan. Kajian juga mendapati bahawa meminum kopi dalam jumlah yang sederhana (antara 3-4 cawan sehari) boleh meningkatkan mood dan tumpuan, selain boleh merendahkan risiko diabetes tahap 2 dan beberapa jenis kanser.

#5 TEH HIJAU 
 
Teh hijau ialah pilihan yang baik apabila anda memerlukan sedikit dorongan. Ia bukan sahaja bebas kalori, beberapa kajian turut menyarankan bahawa teh hijau boleh merangsang penurunan berat badan. Kandungan kafein dan mikronutrien catechins dalam teh hijau dikatakan membantu proses tersebut. Manfaat ini hanya bertahan selama beberapa jam sahaja, maka anda disarankan meminum teh hijau sekurang-kurangnya dua kali sehari.

credit

call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457

untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Kedai saya dibuka 24 JAM SETIAP HARI. Tidak lupa, khas untuk pelanggan-pelanggan yang saya sayangi, HARGA MURAH, KONSULTASI & KHIDMAT NASIHAT serta JADUAL PEMAKANAN yang BETUL menanti anda! Penghantaran diuruskan ke SELURUH MALAYSIA.

COD : Taman Medan, Taman Dato' Harun, PJS, Jalan Klang Lama, Seri Sentosa, Seri Manja, Angkasapuri, Pantai Dalam, Bangsar, PPUM, UM, Puchong, SEKITAR PETALING JAYA dan SEKITAR CHERAS.

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut.

Thursday, 14 May 2015

ESP shaklee Atasi Gastrik

Semua orang sedia maklum ESP shaklee ni tinggi dengan kandungan PROTEIN..

Protein sangat penting untuk kesihatan usus sebab protein membantu pembentukan tisu anggota tubuh badan kita termasuk lah usus.

Protein juga bagus kerana membantu mengelakkan usus luka atau ulser sebab ianya mengandungi mekanisma untuk mempercepatkan penyembuhan luka.

Gastrik ni selalunya jadi bila kita lambat makan. So sometimes usus boleh jadi pedih.Dan bila keadaan berlarutan, lama-lama boleh jadi luka dan ulser.So make sure kepada anda yang memang SUDAH mengalami gastrik, atau nak jaga kesihatan usus anda, ESP ni WAJIB ya!

Antara khasiat lain ESP ialah
  • Membantu menCERAHkan kulit
  • Membantu mereka yang ingin SLIM
  • Membantu mereka yang mempunyai masalah PARUT JERAWAT BERLUBANG
  • Membantu menCANTIKkan kulit wajah
  • Membantu meLICINKAN kulit dan mengGEBUkan kulit
  • Bertindak sebagai MILKBOOSTER terbaik untuk membantu ibu-ibu menyusu

    call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457

    untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

    Kedai saya dibuka 24 JAM SETIAP HARI. Tidak lupa, khas untuk pelanggan-pelanggan yang saya sayangi, HARGA MURAH, KONSULTASI & KHIDMAT NASIHAT serta JADUAL PEMAKANAN yang BETUL menanti anda! Penghantaran diuruskan ke SELURUH MALAYSIA.

    COD : Taman Medan, Taman Dato' Harun, PJS, Jalan Klang Lama, Seri Sentosa, Seri Manja, Angkasapuri, Pantai Dalam, Bangsar, PPUM, UM, Puchong, SEKITAR PETALING JAYA dan SEKITAR CHERAS.

    Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

    * Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut.

Wednesday, 13 May 2015

SUSU IBU, SUSU TERBAIK

Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu apatah lagi boleh menyusui sendiri bayi yang dilahirkan. Secara lahiriahnya setiap ibu mampu menyusui sendiri anaknya. Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi anda. Ia mengandungi khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikannya membesar dengan sihat dan kuat. Susu ibu juga mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya drp serangan dan jangkitan yg biasa dihidapi oleh bayi yang baru lahir. Malah, kebanyakan susu tepung bayi boleh menyebabkan jangkitan biasa dan cirit birit dikalangan bayi.

Selain bayi, ibu juga mendapat manfaat kesihatan drp penyusuan tersebut. Sesetengah jenis kanser seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu-ibu yang menyusui bayinya. Penyusuan secara eksklusif disarankan untuk diberi sehingga 6 bulan. Dan selepas itu diteruskan penyusuan dgn makanan tambahan sehingga 2 tahun atau lebih. Diet yang seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu di samping mengekalkan kesihatan si ibu.

Senarai di bawah adalah saranan nutrien yang perlu diambil oleh para ibu yang menyusui bayi bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya:

1) Multivitamin.

Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi drp diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

2) Protein.

Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat sehari.

3) Vitamin C.

Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu menyusui bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

4) Bcomplex.

Vitamin bcomplex merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisme yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin bcomplex untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.

5) Kalsium.

40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

6) Asid lemak Omega 3.

Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan. (ADHD) atau autisme.

7) Alfalfa.

Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.