Showing posts with label susu ibu. Show all posts
Showing posts with label susu ibu. Show all posts

Thursday, 11 September 2014

:: Tips kumpul susu dengan banyak ::

Sebenarnya nak dapatkan supply susuibu yang banyak adalah sesuatu yang perlu diusahakan. Penghasilan ini melibatkan otak, hormon dan tubuh badan kita yang kita tidak dapat kawal dengan butang 'on-off'. Perlu banyak usaha untuk memberi signal pada otak dan hormon. Disini saya nak kongsikan beberapa tips-tips yang dari ibu-ibu yang telah berjaya dalam mengumpul stok yang banyak. Moga ini dapat memberi sedikit info pada ibu-ibu ya:-

1) Setkan minda untuk menyusukan baby dari awal lagi. Dapatkan ilmu dan fahami berkenaan konsep-konsep penyusuan sejak mengandung lagi terutamanya konsep 'Lebih kerap payudara dikosongkan-Lebih banyak susuibu akan terhasil'. Ini membuatkan anda lebih bersedia mengatasi sebarang cabaran.

2) Berinteraksilah dengan golongan ibu-ibu yang menyusukan anak. Ini secara tidak lansung mendorong anda untuk terus menyusukan anak anda. Menyertai kumpulan menyusu dalam Facebook adalah salah satu cara.

3) Persediaan awal sejak mengandung lagi, khasnya dalam mendapatkan badan sihat, cergas dan fit semasa pantang. Ini memerlukan pemakanan yang seimbang. Jangan abaikan supplement (baik dari doktor mahupun dari selainnya) ketika mengandung kerana ia adalah penyumbang kepada nutrisi dalam badan. Nutrisi inilah yang digunakan untuk perkembangan baby semasa mengandung dan juga untuk penghasilan susuibu.

4) Dapatkan pam yang sesuai dan efektif bagi anda.

5) Hanya beri susuibu pada bayi anda. Ini adalah kerana bayi anda sendiri sedang belajar cara menyusu, apa susu yang nak diminum. Jika baby terbiasa dengan rasa susu formula, mungkin baby akan menolak susuibu. Begitu jugalah dengan pengunaan botol susu atau puting, ini mungkin akan menyebabkan baby keliru puting dan seterusnya menolak penyusuan secara direct atau lansung dari ibu.

6) Ambil peluang mengumpul stok semasa berpantang. Jika baby tidur pada waktu malam lebih dari 2 jam, anda boleh mengepam. Ataupun pam selepas bayi habis menyusu. Biarpun pada mulanya hanya mendapat 1 oz atau tiada lansung, lama-lama akan bertambah.

7) Satu lagi cara adalah beri baby di salah satu payudara dan pada waktu yang sama pam payudara yang satu lagi. Ini akan meningkatkan hormon penyusuan anda. Namun pastikan baby cukup minum ya.

8) Jaga minum anda sepanjang perjalanan penyusuan. Air pastikan cukup, ikut rasa haus anda. Namun secara rawak, 8 gelas setiap hari. Tetapi jika anda mengambil supplement adalah lebih baik minum lebih banyak air, sekurang-kurangnya 3 liter.

9) Jaga pemakanan anda.Pelbagaikan makanan anda untuk memenuhi semua keperluan nutrisi. Pastikan ianya seimbang. Sekiranya anda ni jenis makan cincai, kurang makan sayur atau buah, tidak suka minum susu dan lain-lain lagi masalah pemakan, maka pengambilan supplement amat digalakkan. Cubalah mengambil supplemen SHAKLEE untuk memenuhi keperluan nutrisi harian anda.
Ingat, anda memerlukan 500 extra kalori untuk menghasilkan susuibu. Jadi jika nak diet, jangan amalkan makan sedikit tapi amalkan diet yang sihat: kurang minyak, kurang nasi, banyak sayur, protin dan kalsium cukup dlll.

10) Cuba elakkan rasa stress. Dapatkan rehat yang cukup. Stress akan menyebabkan tubuh badan bekerja dua kali ganda dari biasa. Ini sudah tentu menjejaskan penghasilan susuibu.

11) Kosongkan payudara sekerap mungkin. Jika baby tidak menyusu, perlu pam untuk keluarkan susuibu. Ini adalah konsep no. 1... Kalau makan supplemen banyak-banyak pun, jika tiada permintaan untuk membanyakkan susuibu, maka penghasilan susuibu tidak akan bertambah atau dalam kes lebih teruk, akan berkurang.

12) Sekiranya anda bekerja, maka perlu ada masa untuk pam ditempat pekerjaan anda. Kalau boleh amalkan rutin yang sama pada setiap hari. Seperti contoh pam pada masa yang sama, minum air sebelum mengepam dan lain-lain lagi. Dan pamlah setiap 2-3 jam.

13) Amalkan teknik Power Pumping. Ini telah membantu ramai ibu-ibu khasnya bila susuibu mereka merundum dan ibu-ibu yang mengepam sahaja tanpa penyusuan secara lansung.

14) Berdoalah kepada Allah suapaya susu kita sentiasa ada dan cukup untuk anak2 kita.






hubungi saya, di talian 016 447 4510 atau 017 485 2457
www.facebook.com/zalina.nina
www.facebook.com/pages/Ummi-Muhaimin/538121896210701?ref=hl

COD : taman medan, dato harun, PJS, jln klang lama, taman seri sentosa, taman seri manja, angkasapuri, pantai dalam, PPUM, UM dan sekitar petaling jaya.

:: Keajaiban Susu Ibu ::



Setiap hari ditemukan satu manfaat baru air susu ibu 
bagi bayi. Salah satu fakta yang ditemukan ilmu
 pengetahuan tentang air susu ibu adalah bahwa
menyusui bayi selama dua tahun 
setelah kelahiran sungguh amat bermanfaat.

Allah memberitahu kita informasi penting ini sekitar 
14 abad yang lalu, yang hanya diketahui melalui
 ilmu pengetahuan baru-baru ini, 
dalam ayat-Nya “…menyapihnya dalam dua tahun…”.



“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik)
kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah 
mengandungnya dalam keadaan lemah yang 
bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam
dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada 
dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah
 kembalimu.” (Al Qur’an, 31:14)











hubungi saya, di talian 016 447 4510 atau 017 485 2457
www.facebook.com/zalina.nina
www.facebook.com/pages/Ummi-Muhaimin/538121896210701?ref=hl

COD : taman medan, dato harun, PJS, jln klang lama, taman seri sentosa, taman seri manja, angkasapuri, pantai dalam, PPUM, UM dan sekitar petaling jaya.

Friday, 11 July 2014

:: Soal Jawab Isu Penyusuan::


Soalan :

1) Jangan susukan anak ketika mengandung, nanti bayi dalam perut mengalami masalah kecacingan.

Jawapan :

Ehem...itu semata-mata MITOS ye dari orang dulu2. Tujuannya ialah kerana orang dulu2 bimbang si anak dalam kandungan tidak mendapat nutrien yang secukupnya kerana si ibu perlu membahagikan kepada 3 nutrien hariannya - Utk diri sendiri, bayi dalam kandungan dan bayi yg masih disusukan.

Maka, adalah penting untuk si ibu, mengetahui fakta sebenar ini kerana terdapat banyak lagi mitos2 penyusuan susu ibu ni seperti : waktu mengandung, susu ibu telah bertukar menjadi darah, maka tak boleh diberi kepada si abang atau si kakak.

2) Al Quran telah mengatakan tempoh maksimum penyusuan anak adalah 2 tahun. Maka, tak boleh menyusukan lebih daripada itu.

JAWAPAN :

HUKUM : Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya.

Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.

Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik kini.

Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun.

Namun kebanyakan ulama berpendapat patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.

Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.
...........................
Ulasan lanjut :

1) ayat al-Quran dari surah al-Baqarah: 233:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ

Maksudnya: “Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna 2 tahun, bagi sesiapa yang menyempurnakan susuan.”

Ayat ini hanya berupa bimbingan dan bukan menunjukkan suatu kewajipan yang membawa dosa jika menyalahinya.

Al-Imam al-Qurtubiy ketika menafsirkan ayat 233 dari surah al-Baqarah di atas menyatakan: “Tambahan lebih dari 2 tahun (menyusukan anak) atau menguranginya (tempoh tersebut), boleh jika tidak ada kemudharatan kepada bayi dan dengan kerelaan suami dan isteri."

Cuma ada sebahagian ulama seperti Ibn 'Asyur (ابن عاشور) yang berpandangan tidak perlu ditambah susuan lebih dari 2 tahun, kerana perbuatan ini tidak ada keperluan lagi.

http://alhidayah.mod.gov.my/program-tanyalah-ustaz/bank-soalan/122-hukum-kanak-kanak-menyusu-selepas-2-tahun.html

2)Tafsiran sebegini dinyatakan oleh kumpulan ulama-ulama al-Azhar di dalam kitab tafsir ‘Tafsir al-Muntakhab fi Tafsir al-Quran al-Karim’ dalam mentafsirkan ayat 233 surah al-Baqarah:وعلى الأمهات أن يقمن بإرضاع أولادهن مدة عامين تامين مراعاة لمصلحة الطفل“Para ibu hendaklah menyusu anaknya selama dua tahun yang lengkap untuk menjaga kemaslahatan bayi”.

Jelas sekali pentafsiran dari para ulama al-Azhar sama sekali tidak menyatakan bahawa ayat suci tersebut menghadkan tempoh penyusuan anak.

Tafsiran ini disokong oleh, al-Imam Ibnu Kathir di dalam tafsirnya ‘Tafsir al-Quran al-Karim’:هذا إرشاد من الله تعالى للوالدات أن يرضعن أولادهن كمال الرضاعة ، وهي سنتان‘Ini adalah petunjuk Allah SWT supaya para ibu menyusukan anak-anak mereka dengan penyusuan yang sempurna iaitu tempoh dua tahun’.

Pentafsiran Ibnu Kathir jelas tidak menzahirkan bahawa tempoh dua tahun bukanlah tempoh maksimum untuk penyusuan bayi, ia hanyalah tempoh yang paling ideal.

Menurut Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah di dalam al-Majmu'ah li al-Fatawa:وقَوْله تَعَالَى ( حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ) يَدُلُّ عَلَى أَنَّ هَذَا تَمَامُ الرَّضَاعَةِ ، وَمَا بَعْدَ ذَلِكَ فَهُوَ غِذَاءٌ مِنْ الْأَغْذِيَةِ "‘Firman Allah itu (Dua tahun lengkap, bagi sesiapa yang ingin melengkapkan penyusuan) menunjukkan bahawa tempoh itu adalah penyusuan yang lengkap. Apa(susuan) yang lebih dari itu(dua tahun) merupakan sebahagian daripada makanan (untuk anak).’

Tafsir yang diutarakan oleh Ibnu Taimiyyah RHM menguatkan lagi kedudukan tempoh 2 tahun bukanlah tempoh yang disangkakan iaitu tempoh maksimum, malah melalui fatwa beliau di atas menunjukkan penyusuan melebihi 2 tahun adalah dibenarkan oleh syarak.

Sepertimana yang telah dijelaskan, maksud ayat suci tersebut, tempoh dua tahun adalah tempoh yang paling ideal untuk tumbesaran kanak-kanak agar membesar dengan lebih sempurna, iaitu sebaik-baiknya para ibu menyusukan anak-anak mereka sekurang-kurangnya dua tahun. Fakta ini dikuatkan dengan fakta perubatan yang menyatakan, seorang bayi mampu membesar dengan baik hanya dengan susu ibu meskipun tanpa diiringi pemakanan yang lain dalam tempoah 2 tahun. (Rujuk: Majalah al-Buhuth al-Islamiyyah, keluaran 37, ms 329).
...............................................................................

Apakah hukum menyuskan anak lebih dari dua tahun?

Menurut Imam al-Qurtubi di dalam karangan agungnya iaitu al-Jami’ li Ahkam al-Quran:والزيادة على الحولين أو النقصان إنما يكون عند عدم الإضرار بالمولود وعند رضا الوالدين‘Penyusuan yang kurang dari dua tahun atau lebih bergantung kepada situasi yang tidak memudaratkan bayi dan bergantung kepada kerelaan kedua ibu bapa’.

Al-Imam Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah berkata di dalam kitab Tuhfatul Maudud fi Ahkam al-Maulud:ويجوز أن تستمر الأم في إرضاعه بعد الحولين إلى نصف الحول الثالث أو أكثره‘Seseorang ibu boleh terus menyusukan anaknya lebih daripada dua tahun kepada 2 tahun kepada setengah daripada tahun ke tiga atau lebih dari itu.’

Menurut fatwa kerajaan Arab Saudi:إذا علم أن الرضاعة حق للرضيع ومصلحته ، وأنه لا يجوز فطامه قبل السنتين إذا أضر به ، فإنه يجوز للأم أن تستمر على إرضاع ولدها بعد السنتين إذا كان لمصلحته ودفع الضرر عنه‘Jika diketahui bahawa penyusuan ibu itu adalah hak bayi dan kebaikannya, maka tidak sepatutnya bayi disusukan kurang daripada dua tahun, dibolehkan seseorang ibu menyusukan anaknya lebih daripada dua tahun jika ia mendatangkan kebaikan dan menolak kemudaratan.’

Sheikh Dr. Wahbah az-Zuhaili seorang pakar fiqh perbandingan yang tersohor di dunia melakar pendapatnya di dalam ‘al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu’:فإن استمر الرضاع بعد الحولين لضعف الطفل ، فلا مانع منه للحاجة‘Jika penyusuan bayi berterusan lebih dari dua tahun disebabkan keadaan bayi yang lemah(kurang sihat), maka ia tidak menjadi halangan atas keperluan hajat’.

Berdasarkan kenyataan dan fatwa yang diterbitkan oleh para ulama tradisi dan moden, maka jelaslah bahawa hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah HARUS dan tidak dihukum sebagai HARAM atau melanggar hukum syarak. Manakala ayat-ayat suci yang menyentuh tempoh penyusuan iaitu dua tahun, bukanlah bermakna tempoh maksimun seseorang ibu menyusukan anaknya, malah ia memberi maksud tempoh yang ideal untuk kebaikan si anak.

Maka, janganlah kita bermain2 dengan hukum sesuka hati. Rujuklah kepada yg pakar.

Wallahu A'lam.

Kredit : Breastfeeding Zone , Soal Wanita & Utusan Malaysia

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0326&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm


Pertanyaan, konsultasi boleh hubungi saya di:


call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457
Hubungi Zalina 
COD : taman medan, dato' harun, PJS 2, seri manja, taman sentosa, jln klang lama, angkasapuri, pantai dalam, ppum, um, 

:: Menyusus Ketika Berpuasa::

LESU, PENAT dan KURANG BERMAYA ketika PUASA?
INGIN KEKAL BERTENAGA walaupun MENYUSU ANAK atau PREGNANT?

Tanda-tanda anda kekurangan air dalam badan / Dehidrasi :
# Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi.
# Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.
# Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.
# Terasa loya dan ingin muntah.
# Rasa menggigil.
# Berasa lemah dan sakit otot.
# Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.


JANGAN RISAU!
Kini saya ada menyediakan set ramadhan special untuk ibu2 menyusu seperti saya yang ingin menjalani ibadah puasa tanpa risau susu drop!




Saya juga mencadangkan anda mengambil alfalfa dan ostematrix sebagai supplement tambahan untuk penyusuan semasa bulan puasa.



Bagaimana ketiga-tiga produk ini memberi kesan yang baik kepada anda semasa berpuasa?

1. ESP

#. Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian.
#. Pengambilan makanan berprotein tinggi di waktu sahur blh membantu mengurangkan rasa lapat lebih lama kerana kadar pencernaan & penyerapan protein adalah lebih lama berbanding makanan tinggi karbohidrat.
#. Sumber protein akan membantu menyerap kolestrol mencantikkan kulit dan menganjalkan payudara...
# Membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.


2. PERFORMANCE DRINK

#. Membantu mengelakkan dehidrasi.
#. Mengawal paras cecair didalam badan sepanjang berpuasa.
# Selepas berbuka puasa,performance drink membantu anda untuk menambah semula tenaga.
# Amalkan sebelum tidur dan di waktu sahur.
# Rasa oren yg menyegarkan.


3. MEALSHAKES

#. Multivitamin & multimineralyg dilengkapi protein & fiber.
#. Sesuai untuk anda yang tidak suka atau susah untuk menelan vitamin dalam bentuk tablet dan ia merupakan supplement sepanjang bulan puasa.
#. Fiber membantu sistem penghadaman.Berfunsi dgn baik dan membantu anda berasa kurang lapar lebih lama
Testimoni ibu menyusu yang mengamalkan suppliment sepanjang berpuasa..

Testimoni 1 :





Testimoni 2:



Testimoni 3 :



Untuk mencuba produk boleh menghubungi saya di: 


call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457

untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA



Kedai saya dibuka 24 JAM SETIAP HARITidak lupa, khas untuk pelanggan-pelanggan yang saya sayangi, HARGA MURAH, KONSULTASI & KHIDMAT NASIHAT serta JADUAL PEMAKANAN yang BETUL menanti anda! Penghantaran diuruskan ke SELURUH MALAYSIA.


Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.


* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut

Saturday, 7 June 2014

:: Tips Banyakkan Susu Ibu ::

Sebagai ibu yang bekerjaya masa amat berharga buat ibu-ibu yang menyusukan anak..ini kerana mereka perlu 'mencuri' masa untuk melakukan tugasan tambahan iaitu aktiviti mengepam..

Alhamdulillah..saya antara ribuan ibu-ibu yang menyokong penyusuan susu ibu(sehingga 2 tahun)..in sha Allah..(doa2 kan saye yer ibu2)..pengalaman menyedihkan saya tidak dapat menjalankan tanggungjawab saya kepada anak sulung kerana proses penyususan hnya setakat 10bulan..puncanya ilmu tentang penyusuan yang cetek..namun untuk anak ke 2 , saya telah melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu..in sha Allah..


sebelah kiri- PERSEDIAAN                            sebelah kiri - HASIL
 Alhamdulillah , ketika dlm pantang saya mampu membuat stok susu untuk anak ke 2 sy seperti gambar di atas berkat persediaan ilmu tentang penyusuan, kesungguhan, dan amalan serta tips membanyakan susu..sebentar lagi saya kongsikan yer para ibu sekalian..teruskan membaca..



 "Wah banyaknye. Makan apa nak susu cm tu ek?"

Pada sesetengah ibu muda yang tidak faham konsep penyusuan, mereka ingat susu ibu tu seperti paip air..mecurah-curah begitu jer. Bila saya jawab saya amalkan shaklee, ramai yang berminat nak beli tanpa mengetahui konsep penyusuan yang betul..Selang beberapa hari atau beberapa minggu kemudian, si ibu muda tu komplen.."emmm, saya makan mcm si A mkn,tapi susu saya mcm tu jer,..tak bayak pun..".Maka si ibu muda tersebut terus menyalahkan produk vitamin berkenaan walhal si ibu muda tadi sebenarnya TIDAK MENGETAHUI KONSEP PENYUSUSAN YANG BETUL..

jadi ingin saya menegaskan..walaupun anda makan selori vitamin, namun anda tak faham tentang konsep penyusuan yang betul,saya GERENTI tempoh penyusuan anda tak kn tercapai hingga 2 tahun!!

Apa yang patut anda lakukan untuk maintain susu anda atau untuk meningkatkan penghasilan susu anda ?..
ini jawapan nye.
  1. pam yang konsisten..pam setiap 3/4 jam setiap hari dgn waktu masa yang konsisten
  2. pam di opis 3 kali dan sambung di rumag menyusukan teruskepada bby.
  3. lakukan power pumping 2 kali seminggu (saya suka buat sebelun tido)
  4. lakukan tandem (sebelah menyusukn terus bby, sebelah lagi pam)
  5. minum air sekurang-kurangnye 3 liter sehari
  6. jaga pemakanan dan minuman disamping saya mengambil suplement penggalak susu dan suplement dgn tujuan tahap kesihatan saya sentiasa optimum
  7. berdoa dan mengamalkan zikir 'ya Matin'
  8. istiqamah
  9. jaga emosi, jgn stress..
Ya..memeng saya menjual produk shaklee (set penyusuan)..namun saya ingin menegaskan bahawa set penyusuan ini BUKAN SET BANYAKN susu ibu..tetapi pengalak penghasilan susu ibu disamping keinginan si ibu  BERUSAHA utuk membanyakan susu ibu..

Saya bukan menjual semata utk keuntungan tetapi lebih kepada perkongsian pengalaman perbezaan anak pertama (tanpa shaklee) dan anak ke dua (menggunakan shaklee)
set penyusuan lengkap shaklee



 

Duit anda, anda yang tentukan..tiada paksaan untuk menggunakn set penyusuan shaklee ,tetapi jika anda mengalami masalah kekurangan susu..back to basic "demand n supply".. 



Untuk mencuba produk boleh menghubungi saya di: 



call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457

untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA


Kedai saya dibuka 24 JAM SETIAP HARITidak lupa, khas untuk pelanggan-pelanggan yang saya sayangi, HARGA MURAH, KONSULTASI & KHIDMAT NASIHAT serta JADUAL PEMAKANAN yang BETUL menanti anda! Penghantaran diuruskan ke SELURUH MALAYSIA.

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.


* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut.