Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

Friday, 16 September 2016

ATASI PSORIASIS DENGAN VITAMIN SHAKLEE

APA ITU MASALAH PSORIASIS?


Masalah psoriasis kelihatannya biasa seolah masalah kulit kering kan. Tetapi ia boleh memberi kesan yang teruk kepada pesakit untuk tempoh masa yang panjang.
Psoriasis berlaku di mana sel sel kulit menjadi cepat matang pada permukaan kulit. Ini menyebabkan kulit menjadi cepat kering, kemerahan dan gatal sehingga kan mengelupas pedih.
Psoriasis adalah penyakit yang tidak berjangkit dengan orang lain tetapi punca utama secara spesifik tidak dapat dikenalpasti. Ia seakan seperti ekzema tetapi lebih teruk. Dan psoriasis juga seakan ekzema tetapi lebih tebal keadaan kulit yang keringnya.

PUNCA  PSORIASIS
i. Berkait dengan masalah alergik iaitu jadi gatal-gatal tetapi tidak berair.
ii. Masalah pada sistem imun badan kita.
Ataupun lebih terperincinya masalah kepada sel utama iaitu sel darah putih yang dipanggil limfosit T ataupun T sel.Ia mungkin bermula daripada keadaan tidak teruk hingga menyebabkan semakin teruk jika masalah sistem imun teruk.

iii. Faktor persekitaran yang tidak sihat.
Terlalu terdedah dengan asap rokok ataupun minuman alkohol menyebabkan keadaan kulit bertambah teruk.

iv. Pengambilan ubat untuk penyakit seperti ubat tekanan darah tinggi ataupun ubatan yang mengandungi litium, nonsteroidal anti-inflammatory drugs ataupun antimalarial drugs.

Psoriasis terjadi dalam beberapa bentuk di seluruh badan. Paling ketara, kita akan sedar apabila lapisan kulit jadi terlalu kering sampaikan berkuping dan jadi satu lapisan putih di atas kulit.

RISIKO PSORIASIS JIKA TIDAK DIATASI

* Arthritis Psoriasik
Untuk Psoriasis memang akan memberi kesan pada saraf sendi-sendi badan yang mana ia akan melemahkan.

* Kencing Manis ataupun Diabetes Tahap 2
Untuk mereka yang alami psoriasis yang kritikal leih cenderung untuk mendapat masalah diabetes.

* Tekanan Darah Tinggi
Mudah mengalami tekanan darah tinggi.

* Kemurungan
Ini berkaitam dengan keyakinan diri bila berhadapan dengan orang ramai hingga menyebabkan murung dan tertekan.

* Mudah dapat penyakit kardiovaskular
Bagi mereka yang ada maslaah psoriasis memang mempunyai risiko untuk mendapat masalah jantung.Ini kerana keradangan pada kulit mempengaruhi peredaran darah yang bagi kesan pada dengupan jantung.
Juga menyebabkan masalah kolestrol disebabkan arteri menjadi keras.

* Masalah Penglihatan
Akan mengalami masalah seperti conjunctivitis, blepharitis dan uveitis.

CARA ATASI PSORIASIS DENGAN VITAMIN SHAKLEE

Vitamin untuk merawat Psoriasis adalah:

Vivix
Iaitu antioksida yang sangat tinggi untuk membantu masalah sistem imun badan. Juga membantu secara keseluruhan sistem badan termasuk proses detoks badan iaitu menyahkan toksin-toksin yang berbahaya dalam badan akibat infeksi.

GLA Compleks
Penting untuk membantu masalah psoriasis iaitu untuk melembapkan tisu-tisu kulit yang kekeringan dan gatal.
Kandungan asid lemak Omega 6 memang membantu untuk keradangan dan kemerahan kulit.
  
B compleks
Pesakit Psoriasis memerlukan B1, B5, B6 dan B12 untuk bantu memperbaiki tisu kulit yang rosak, melegakan tekanan dalaman dan mengurangkan lebihan air di dalam badan bagi mengelak jangkitan.

Ostematrix
Penting kerana mengandungi Vitamin D iaitu hormon untuk memastikan tisu kulit kekal sihat.

Bagi yang hadapi arthritis psoriasik, memang akan menyerang saraf sendi-sendi badan hingga melemahkan pengerakan.

Dan boleh ambil Lecithin dan Omega Guard untuk melancarkan pengerakan sendi.


TESTIMONI PENGGUNA



hubungi ina segera...

call/wsaap : 016- 447 4510




untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Kedai saya dibuka 24 JAM SETIAP HARI. Tidak lupa, khas untuk pelanggan-pelanggan yang saya sayangi, HARGA MURAH, KONSULTASI& KHIDMAT NASIHAT serta JADUAL PEMAKANAN yang BETUL menanti anda!

Penghantaran diuruskan ke SELURUH MALAYSIA.

COD : Taman Medan, Taman Dato' Harun, PJS, Jalan Klang Lama, Seri Sentosa, Seri Manja, Angkasapuri, Pantai Dalam, Bangsar, PPUM, UM, Puchong, SEKITAR PETALING JAYA dan SEKITAR CHERAS.

Selain itu, COD juga dilakukan SEKITAR IPOH, PERAK!!

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut.

Tuesday, 13 September 2016

SAYANGI TULANG ANDA DENGAN OSTEMATRIX SHAKLEE

MANFAAT OSTEMATRIX SHAKLEE


1. Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis

3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. 
Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.




KESAN KEKURANGAN KALSIUM.



✔Mudah mengalami kekejangan otot atau semut-semut
✔Sukar tidur (Insomnia)
✔Usus menjadi lemah dan sering sembelit
✔Sakit pinggang dan kaki
✔Cepat naik angin dan mudah terkejut
✔Luka susah sembuh, darah lambat beku
✔Oleh kerana kekurangan kalsium menyebabkan tisu kolagen sukar terbentuk, ia juga akan mengakibatkan masalah sakit sendi
✔Menurunkan kadar metabolisme
✔Meningkatkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
✔Lemah, tidak berdaya dan cepat letih
✔Rambut gugur bagi ibu-ibu selepas bersalin

hubungi ina segera...

call/wsaap : 016- 447 4510




untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Kedai saya dibuka 24 JAM SETIAP HARI. Tidak lupa, khas untuk pelanggan-pelanggan yang saya sayangi, HARGA MURAH, KONSULTASI& KHIDMAT NASIHAT serta JADUAL PEMAKANAN yang BETUL menanti anda!

Penghantaran diuruskan ke SELURUH MALAYSIA.

COD : Taman Medan, Taman Dato' Harun, PJS, Jalan Klang Lama, Seri Sentosa, Seri Manja, Angkasapuri, Pantai Dalam, Bangsar, PPUM, UM, Puchong, SEKITAR PETALING JAYA dan SEKITAR CHERAS.

Selain itu, COD juga dilakukan SEKITAR IPOH, PERAK!!

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut.

Thursday, 22 October 2015

KEPENTINGAN KALSIUM KEPADA KITA

1. Menguatkan Tulang 
– Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan.

2. Mencegah Obesiti 

- Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan.

3. Melindungi Otot Jantung 

- Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah kalsium yang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan betul. Kalsium juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda. Jika terdapat penurunan kalsium, sejenis hormon yang dipanggil calcitrol dilepaskan yang bertindak dengan otot lembut arteri, dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. Otot jantung memerlukan ion kalsium extracellular untuk penguncupan. Apabila kepekatan intrasellular kalsium meningkat, ion kalsium berkumpul bersama-sama dengan troponin protein yang merangsang cecair extracellular dan ruang intraselular, malah otot rangka, yang hanya diaktifkan oleh kalsium yang disimpan dalam reticulum sarcoplasmic.

4. Mengelakkan Kanser Kolon 
- Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. Suplemen kalsium dapat mengurangkan risiko adenomas, juga dikenali sebagai tumor nonmalignant di dalam kolon. Ini sebenarnya adalah pelopor kepada kanser kolon, namun ia masih tidak diketahui jika pengambilan kalsium mengurangkan risiko kanser sepenuhnya. Kalsium berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan anda menyerap apa yang diperlukan. Dalam perjalanan melalui kolon, kalsium yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sumber kalsium dan supplemen kalsium memberikan kesan perlindungan ini.

5. Mencegah Blues Pra-haid 

- Jumlah kalsium yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tahap kalsium yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.


6. Mencegah Batu Karang 

– Batu karang sebenarnya deposit terhablur kalsium dan lain - lain mineral dalam saluran kencing manusia. Bentuk yang paling umum batu karang ialah batu-batu oxalate. Sebelum ini, ia dianggap bahawa pengambilan kalsium yang tinggi atau penyerapan kalsium tinggi membangunkan batu karang, tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan kalsium diet tinggi mengurangkan bahaya batu karang dengan baik. Secara ringkasnya, kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi kalsium yang hadir berlebihan di dalam air yang mengakibatkan batu karang. Faktor-faktor lain seperti penggunaan oxalate tinggi daripada sayur-sayuran berdaun seperti kale dan bayam, kekurangan minum air boleh menjadi punca besar untuk batu karang.

7. Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat 

- Makanan ringan, gula yang berlebihan dan barangan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan, yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.

8. Kawalan Tekanan Darah 

- Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegetarian dengan jumlah yang tinggi dengan kalsium, magnesium dan kalium dan serat akan mengurangkan tekanan darah. Walaupun penyelidik lain membuat kesimpulan dengan pendapat yang berbeza dan berkata bahawa pengambilan kalsium menyebabkan darah tinggi. Kemudian ia melihat bahawa sebab bagi keputusan itu adalah kerana kajian-kajian ini menguji kesan nutrien tunggal dan bukannya sumber-sumber makanan yang mempunyai kandungan nutrien. Institut Kesihatan Negara menjalankan penyelidikan yang dikenali sebagai "Pendekatan Pemakanan Hentikan Tekanan Darah Tinggi ( DASH) ". Diet "tipikal American" berbanding dengan dua diet diubah yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kombo "DASH" diet yang disumbat dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kalsium. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan kalsium menyebabkan tekanan darah menurun.
*Untuk membantu menguji kesan gabungan nutrien termasuk kalsium dari makanan pada tekanan darah, satu kajian telah dijalankan untuk menyiasat kesan pola makan pelbagai tekanan darah. Secara keseluruhan didapati bahawa pengambilan makanan yang mencukupi buah-buahan dan sayur-sayuran serta kalsium memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan darah.*

9. Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat 

- Kalsium melindungi gigi anda dengan menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang kehidupan anda, yang seterusnya memastikan gigi kuat di mana bakteria tidak boleh berkembang. Oleh itu, sebelum gigi dan gusi anda mula memberi masalah, amalkan diet yang kaya kalsium dengan teratur. Pengambilan kalsium seharusnya tinggi terutama dari usia muda, jadi anak anda secara semulajadi membesar gigi dan tulang yang kuat.



10. Membantu Pengangkutan Nutrien 

- Kalsium membantu nutrien bergerak mudah melintasi membran sel.
Kalsium adalah mineral yang paling penting, dan kita cenderung mengabaikan ia. Kebanyakan kanak-kanak cerewet untuk minum susu dan akhirnya berhenti minum susu sama sekali. Harus diketahui bahawa mengabaikan mineral kalsium boleh menyebabkan banyak penyakit yang serius dalam jangka panjang. Kalsium adalah elemen penting dalam diet mana-mana manusia yang sihat. Jika susu dan produk tenusu tidak diingini, cuba untuk menggabungkan bahan-bahan ini dengan bijirin lain dan membuat resipi yang melibatkan susu dan produk tenusu. Walau bagaimanapun, kalsium tambahan boleh didapati di kedai-kedai/farmasi, walau bagaimanapun ia sentiasa dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum mula mengambil apa-apa ubat.



So, pastikan anda orang yang bertindak bijak dengan mengambil peluang memiliki vitamin promosi ni okey.

call/wsaap : 016- 447 4510

untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Kedai saya dibuka 24 JAM SETIAP HARI. Tidak lupa, khas untuk pelanggan-pelanggan yang saya sayangi, HARGA MURAH, KONSULTASI & KHIDMAT NASIHAT serta JADUAL PEMAKANAN yang BETUL menanti anda! Penghantaran diuruskan ke SELURUH MALAYSIA.

COD : Taman Medan, Taman Dato' Harun, PJS, Jalan Klang Lama, Seri Sentosa, Seri Manja, Angkasapuri, Pantai Dalam, Bangsar, PPUM, UM, Puchong, SEKITAR PETALING JAYA dan SEKITAR CHERAS.

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut.

Friday, 19 June 2015

SET SAKIT KEPALA SHAKLEE

Assalamualaikum semua..
Selamat berpuasa semua..Alhamdulillah hari ni masuk hari ke 2 kita berpuasa dan semoga amalan kita diterima Allah swt.
Maaf yer, sebab ina dah seminggu tak update blog, sebab sibuk menghadiri kursus yang dihantar oleh majikan. Dan hari ini ina kembali untuk berkongsi dengan anda semua tentang kesihatan dan kecantikan.
Okey, hai ni ina terpanggila nak share dengan anda semua tentang siplemen berkaitan dengan kepala dam skait kepala.
Kalau anda semua nak tau, ian masa beajar dulu menmang selalu sakit kepala. Sampai p klinik doktor bagi ubat tahan sakit yang memang power untuk kurangkan kesakitan ian. Tapi setakat kurang je, pastu nanti sakit tu datang balik. Memang sakit sangat, sipa yag pernah mengalamai migrain jer yang tahu macam mana kesakitan tu,...huhuhuhu.

So, jom kita tengok dulu kategori sakit kepala.

Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:

  • Sakit kepala kerana tekanan
  • Sakit kepala kerana sinus
  • Sakit kepala kerana migrain

Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.



Sakit kepala sinus  ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.



Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:



  • Kekurangan zat dan nutrisi
  • Faktor keturunan
  • Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
  • Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
  • Terlalu banyak mengambil kafein
  • Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat



Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung. Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.Kenapa supplement lebih baik dari ubat?Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.



Supplement/vitamin yang sesuai utk merawat migrain:
 



Ostematrix

Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium, Magnesium dan vitamin D. 
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

 

B Complex


Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti bolehmembantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.
Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. 

Alhamdulillah, semenjak saya mengamalakan suplemen shaklee ni, sakit kepala dah tak menyerang lagi, kalau ada sakit pun yang biasa-biasa jer, yang tak smapai teruk macam migrain sampai tak boleh bangun dan nak lakukan kerja lain. Semuanya dengan izin Allah juga. Syukur sangat-sangat.
Bagi saya, pengambilan suplemen adalah lebih baik dari makan ubat yang banyak bahan kimia dan berasaskan dadah secara berterusan yang menyebabkan kesan jangka panjang kepada penyebab penyakit merbahaya yang lain plak.
jadi renung-renungakn dan fikir-fikirkan.

So, jom kita tengok testimoni mereka yang telah mengambil suplemen shaklee ni untuk sakit kepala.




call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457

untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Kedai saya dibuka 24 JAM SETIAP HARI. Tidak lupa, khas untuk pelanggan-pelanggan yang saya sayangi, HARGA MURAH, KONSULTASI & KHIDMAT NASIHAT serta JADUAL PEMAKANAN yang BETUL menanti anda! Penghantaran diuruskan ke SELURUH MALAYSIA.

COD : Taman Medan, Taman Dato' Harun, PJS, Jalan Klang Lama, Seri Sentosa, Seri Manja, Angkasapuri, Pantai Dalam, Bangsar, PPUM, UM, Puchong, SEKITAR PETALING JAYA dan SEKITAR CHERAS.

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut.


Sunday, 5 April 2015

kebaikkan ostematrix shaklee


Kesan kekurangan Ostematrix di dalam badan kita:

1. Otot & Saraf:
  • Kejang otot
  •  Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki.
  • Wheezing(pernafasan berdehit)
  • Susah menelan
  • Suara berubah akibat laryngospasm

2. Saraf:
  • Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
  • Letih
  • Sawan
  • Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal

3. Jantung 
  • Sesak nafas
  • Tanda-tanda lemah jantung…cepat penat

 4. Kulit
  • Rambut kasar
  • kuku rapuh
  • Psoriasis (sakit kulit)
  • Kulit kering

5. Lagi Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium:
  • Kekejangan atau kram otot
  • sukar/susah nak tidur
  • Perasaan berdebar-debar
  • Eczema-penyakit kulit
  • Rapuh kuku
Stok ready, 
Untuk mencuba produk boleh menghubungi saya di:

call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457

untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Kedai saya dibuka 24 JAM SETIAP HARI. Tidak lupa, khas untuk pelanggan-pelanggan yang saya sayangi, HARGA MURAH, KONSULTASI & KHIDMAT NASIHAT serta JADUAL PEMAKANAN yang BETUL menanti anda! Penghantaran diuruskan ke SELURUH MALAYSIA.

COD : Taman Medan, Taman Dato' Harun, PJS, Jalan Klang Lama, Seri Sentosa, Seri Manja, Angkasapuri, Pantai Dalam, Bangsar, PPUM, UM, Puchong, SEKITAR PETALING JAYA.

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut.