Showing posts with label anemia. Show all posts
Showing posts with label anemia. Show all posts

Monday, 25 May 2015

BAHAYA ANEMIA DAN CARA ATASI DENGAN VITALEA SHAKLEE




Assalamualaikum semua..apa khabar ibu2 semua..ibu2 yang sedang hamil sihat tak hari ni?..

Hari ni ina nak kongsi dengan ibu2 semua tentang pentingnya ibu2 semua tahu apa itu ANEMIA.
 
APA ITU ANEMIA?
Anemia ialah keadaan di mana seseorang itu kekurangan sel darah merah. Sel darah merah diperlukan ini oleh kita untuk membawa oksigen dari paru-paru ke tisu-tisu di dalam badan.
 

PUNCA BERLAKU ANEMIA

1. Ibu hamil tidak mendapat khasiat seperti zat besi, asid folik dan vitamin B12 secukupnya

2. Ibu hamil anak kembar

3. Ibu yang kerap hamil iaitu jarak kehamilan yang rapat

Antara ketiga-tiga punca ni, kebanyakkan ibu hamil mengalami Hb rendah kerana tidak mendapat zat yang cukup.

TANDA-TANDA ANEMIA

1. Ibu hamil kelihatan pucat, letih dan lesu.

2. Ibu hamil juga merasa pening dan mudah pitam. 

3.Dengupan jantung juga lebih cepat dari biasa.

BAHAYA ANEMIA KEPADA IBU HAMIL
Anemia ini boleh mendatangkan bahaya jika tidak diatasi. Antara bahaya anemia kepada ibu hamil adalah risiko bersalin awal.

Ibu hamil juga berkemungkinan ada masalah praeklampsia yang boleh membawa kematian. Semoga dijauhkan.

BAHAYA ANEMIA KEPADA BAYI

Anemia boleh menyebabkan bayi dilahirkan pramatang. Bayi tidak mendapat bekalan oksigen secukupnya yang boleh menyebabkan tumbesaran bayi terbantut.

MAKANAN NAIKKAN BH IBU HAMIL

Untuk menaikkan semula Hb bagi ibu hamil, digalakkan  mengambil lebih banyak makanan yang mengandungi zat besi, asid folik dan vitamin B12. Antara makanan yang disarankan adalah daging merah, brokoli, pisang, bayam, kerang dan segala jenis makanan yang mengandungi kandungan iron yang tinggi.

Selain makanan dinyatakan tadi, ibu hamil juga boleh mengambil makanan tambahan seperti  supplemen shaklee yang sinonim dengan ibu hamil iaitu VITALEA-IRON SHAKLEE
Vitalea adalah multivitamin Shaklee yang mengandungi 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Teknologi salutan mikro membantu pembebasan segera vitamin di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan Vitamin B yang penting dalam penghasilan sel-sel baru.

Antara fakta kandungan nutrisi dalam Vitalea untuk ibu hamil adalah:

Zat Besi- Membentuk hemaglobin, membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.

Asid Folik- Kesihatan fetus, kesihatan sel darah merah, anemia.

Vitamin B12- Membantu tumbesaran fetus, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal dan mengelakkan anemia dan keletihan. 


call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457

untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Kedai saya dibuka 24 JAM SETIAP HARI. Tidak lupa, khas untuk pelanggan-pelanggan yang saya sayangi, HARGA MURAH, KONSULTASI & KHIDMAT NASIHAT serta JADUAL PEMAKANAN yang BETUL menanti anda! Penghantaran diuruskan ke SELURUH MALAYSIA.

COD : Taman Medan, Taman Dato' Harun, PJS, Jalan Klang Lama, Seri Sentosa, Seri Manja, Angkasapuri, Pantai Dalam, Bangsar, PPUM, UM, Puchong, SEKITAR PETALING JAYA dan SEKITAR CHERAS.

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut.

Wednesday, 20 August 2014

:: Apakah itu anemia? ::

Adakah anda selalu merasa letih lesu, pucat, tidak bertenaga, selalu rasa pening, sakit kepala, berdebar-debar atau sakit dada? Anda mungkin mengalami ANEMIA….

Apa itu anemia?
Anemia ialah keadaan di mana seseorang itu kekurangan sel darah merah. Sel darah merah diperlukan ini oleh kita untuk membawa oksigen dari paru-paru ke tisu-tisu di dalam badan.

Berapakah bacaan yang dikatakan anemia? 
WHO ( World Health Organisation) mengklasifikasikan bacaan haemoglobin yang kurang dari 11 g/dL sebagai anemia.

Mengapakah wanita mengandung lebih kerap mendapat anemia?
Apabila seseorang wanita mengandung, terdapat perubahan dalam badan mereka. Penghasilan haemoglobin meningkat. Namun penghasilan isi padu darah dalam badan meningkat jauh lebih banyak.
Contoh kepekatan darah merah ketika mengandung dan semasa tidak mengandung.
Contoh kepekatan darah merah ketika mengandung dan semasa tidak mengandung.
Contohnya begini. Dalam keadaan biasa kita campurkan sesudu gula dalam secawan kopi. Rasanya cukup manis. Tapi jika kita masukkan 3 sudu gula dalam satu jag kopi, tentu ianya tidak mencukupi bukan?

Makanan apakah yang paling baik untuk mengelakkan anemia?
Makanan seperti daging , hati dan kerang mengandungi banyak zat besi. Begitu juga dengan sayur-sayuran hijau seperti bayam dan  kaya dengan zat besi.
Tetapi yang paling penting sekali ialah cara pemakanan supplemen dan cara pemakanan makanan seharian wanita mengandung tersebut.
Sakit kepala ,kerap pening dan rasa letih merupakan tanda-tanda anemia.
          Sakit kepala , kerap pening dan rasa letih merupakan tanda-tanda anemia.
Cara atasi anemia

1. Elakkan makan nasi berlauk bersama dengan kopi, teh atau susu.  Penyerapan zat besi berkurangan jika dimakan dengan minuman ini.
2. Elakkan makan pil kalsium bersekali dengan pil supplemen.
3. Makan nasi bersama air sitrus ( oren/ limau nipis) atau air kosong.  Zat besi akan diserap dengan lebih baik
4. Makanlah supplemen zat besi setengah jam sebelum atau 2 jam selepas hidangan utama.
5. Makanlah banyak serat , terutamanya buah- buahkan yang kaya vitamin C dan minum banyak air bagi mengelakkan sembelit.
6. Makan hidangan dari haiwan atau makanan laut sekurang-kurangnya 3 x seminggu
7. Perahkan jus limau ke atas makanan.
8. Kerap menggunakan ikan bilis yang dibuang kepala dan isi perut/ udang kering sebagai perencah dalam makanan.
9. Sayuran hijau jangan dimasak terlalu lama agar tidak memusnahkan vitamin di dalam sayur.
10. Pengambilan suplemen yang betul adalah musatahak. Ambil sebiji vitalea shaklee bersama Vitamin C shaklee setiap hari


Pertanyaan, konsultasi boleh hubungi saya di:


call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457
Hubungi Zalina 


COD : taman medan, dato' harun, PJS 2, seri manja, taman sentosa, jln klang lama, angkasapuri, pantai dalam, ppum, um, 

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.



* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut