Showing posts with label Mendaftar keahlian. Show all posts
Showing posts with label Mendaftar keahlian. Show all posts

Sunday, 31 August 2014

PENGEDAR SHAKLEE PETALING JAYA, TAMAN MEDAN,PANTAI DALAM :: Biz Shaklee ::


Apakah Shaklee?
Shaklee merupakan peneraju perniagaan & pembuatan suplemen / vitamin semulajadi terulung di dunia, berusia lebih 55tahun, dan lebih 30 tahun di Malaysia. Walaupun begitu, selain suplemen, Shaklee juga mengeluarkan produk-produk lain.
 Boleh rujuk web Shaklee : www.shaklee.com.my

Adakah Shaklee halal?
Ya. Produk Shaklee Malaysia disahkan halal oleh Islamic Service of America yang merupakan badan diiktiraf JAKIM






Bagaimana saya boleh menjalankan perniagaan Shaklee?
Keahlian seumur hidup Shaklee boleh didapati dengan 3 cara :
1. Bayaran yuran RM75 (Semenanjung) / RM85 (Sabah & Sarawak)
2. PERCUMA dgn pembelian RM680 produk+*caj pos RM10(Semenanjung)/*RM20(Sabah & Sarawak)
*TIADA caj penghantaran untuk pembelian produk Vivix
3. PERCUMA dgn pembelian produk bernilai RM800 (Semenanjung) / RM1000 (Sabah & Sarawak)

Adakah keahlian saya boleh tamat tempoh?
Untuk memastikan keahlian kita aktif, kita perlu membuat sekurang-kurangnya pembelian 1 produk dalam tempoh setahun. Contohnya, produk termurah di Shaklee adalah Zinc Complex (120 biji) = RM27. Beli 1 botol Zinc Complex pada tahun 2014, maka keahlian anda aktif untuk tahun tersebut. TIADA bayaran untuk memperbaharui keahlian, hanyalah pembelian 1 produk sahaja dalam tempoh setahun.

Bolehkah saya memulakan bisnes ni dengan modal 0?
Boleh. Kumpulkan pesanan dari rakan, saudara atau pelanggan sehingga  mencapai RM680 atau lebih, kami akan daftarkan keahlian anda secara PERCUMA

Berapakah pembelian minimum yang perlu saya buat setiap bulan?
Di Shaklee, anda tidak dipaksa membuat belian minimum untuk kesinambungan keahlian. Sekiranya cukup minimum pembelian bulanan, anda layak mendapat cashback, jika tidak cukup, anda tidak layak mendapat cashback, namun keahlian TIDAK terbatal.

Berapakah minimum belian untuk saya layak menerima bonus?
Belian minimum bulanan untuk layak bonus hanyalah lebih kurang RM480 sebulan. Anda boleh menggunakan ID Shaklee anda untuk membuat belian, juga boleh berkongsi ID anda dengan sahabat & saudara-mara.

Bagaimanakah cara untuk saya membuat belian?
Setelah mendaftar, gunakan ID anda untuk menikmati PENJIMATAN harga & CASHBACK. Belian  produk Shaklee boleh dilakukan secara tunai, kad debit atau kad kredit melalui :
1. Belian terus / walk in ke cawangan berdekatan (Shaklee tiada stokis)
2. Pesanan melalui panggilan telefon (menggunakan kad debit / kad kredit sahaja)
3. Belian melalui webpage shaklee2u yang dikhaskan kepada anda (menggunakan kad debit / kad kredit sahaja)
* Bagi cara 2 & 3, produk akan dihantar terus ke alamat anda dalam tempoh 1-4 hari bekerja. Caj pos akan dikenakan sebanyak RM10 (Semenanjung) / RM20 (Sabah Sarawak) atau penghantaran percuma untuk pembelian produk Vivix atau pembelian berjumlah RM800 (Semenanjung) / RM1000 ( Sabah Sarawak)

Apakah webpage shaklee2u?
Setelah mendaftar, anda akan menerima no keahlian (ID) dan password, ianya digunakan untuk mengakses webpage yang dikhususkan untuk akaun anda di www.shaklee2u.com.my.


webpage shaklee2u khusus untuk yang pengedar berdaftar Shaklee
 e sell shaklee


Di shaklee2u juga, anda boleh :
1. Membuat pembelian & barang dihantar terus kepada anda atau customers
2. Menyemak ahli berdaftar di bawah anda
3. Mendaftar ahli baru
4. Mengetahui aktiviti terkini Shaklee Malaysia
5. Menyemak senarai belian bulanan atau bulan-bulan sebelumnya
6. Mengetahu jumlah bonus yang bakal diterima
7. Menyemak jumlah points terkumpul dari pembelian anda

Perlukah saya menyimpan stok untuk perniagaan saya?
Ini adalah pilihan anda. Anda boleh menyimpan stok atau meminta Shaklee mengepos terus kepada pelanggan anda setelah belian dibuat dengan ID anda (sistem dropship)

Berapakah bonus yang saya boleh dapat dari perniagaan ini?
Tiada jumlah tertentu yang boleh ditetapkan untuk bonus anda. Ianya bergantung kepada usaha anda & keluasan rangkaian perniagaan anda. Bonus Shaklee boleh dinikmati serendah 2 angka sehinggalah ke 6 angka, malah tiada had.

Bagaimanakah cara bonus Shaklee dibayar kepada saya?
Anda boleh memilih untuk menerima bonus tunai atau cek. Bonus tunai akan dikreditkan terus ke akaun bank anda pada 14 haribulan setiap bulan. Contohnya, belian sepanjang Januari akan dikira & bonus akan dikreditkan pada 14 Februari. Jika tidak, anda juga boleh memilih untuk menerima cek berpalang. Shaklee akan menghantar cek secara pos di hujung bulan / anda mengambil sendiri cek di cawangan Shaklee bermula 15hb - 18hb.

Adakah ganjaran lain selain tunai?
Ya. Shaklee menawarkan 3C - Cash, Car & Convention
1. Cash - Ganjaran tunai meliputi :
# Bonus dari jualan kumpulan
# Untung runcit
# Bonus kepimpinan
# Insentif Coordinator (pangkat)

2. Car
# Apabila kumpulan anda telah berkembang dan mencapai jualan minimum yang ditetapkan, anda layak menerima tambahan 3% daripada keseluruhan. Ini dikenali sebagai insentif kereta. Shaklee membayar secara tunai. Terpulang kepada anda bagaimana untuk digunakan

3. Convention
Selain mengumpul uv (unit value) bagi setiap pembelian, anda juga berpeluang mengumpul mata untuk percutian dalam negara dan antarabangsa. Mata dikira berdasarkan:
i ) Jualan kumpulan ; lebih kurang RM930 menyumbangkan 1 mata
ii) Pendaftaran ahli baru dengan pembelian RM650 ; menyumbangkan 1mata
iii) Penghasilan leader baru. Seorang supervisor (dgn jualan RM9000 sebulan);  20 mata
iv) Kenaikan pangkat ; ni ada jumlah tertentu ikut jadual, semakin tinggi pangkat, semakin banyak mata

Percutian ini terbahagi kepada 2 :
1. Percutian dalam negara
2. Percutian antarabangsa atau Umrah Ziarah bagi Muslim Leader.

Umrah ditawarkan setiap tahun, destinasi percutian lain adalah berbeza mengikut tahun. Tahun 2014 ni leaders2 baru balik dari us. :) Melawat sendiri shaklee kat sana.Tahun 2015 ke Italy plak..

Berapa lamakah tempoh masa untuk saya mencapai bonus 4-5 angka?
Ianya bergantung kepada usaha anda. Ada leader yang mencapai 4 angka selepas 1 bulan, 3 bulan, 1 tahun menyertai Shaklee. Ia bergantung kepada individu.

Perlukah saya mencari downlines?
Permulaan bisnes Shaklee adalah perkongsian kebaikan produk dari hati & pengalaman anda sendiri. Tanpa downlines, anda juga boleh mencapai pangkat supervisor & menikmati peratus bonus tertinggi iaitu 21%. Namun, sekiranya ada antara pelanggan yang ingin menjadi ahli / downline / anak Shaklee anda, ini adalah peluang untuk anda berkongsi ganjaran Shaklee dengan beliau.

Masih ada pertanyaan? Hubungi kami


Pertanyaan, konsultasi boleh hubungi saya di:


call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457
Hubungi Zalina



COD : taman medan, dato' harun, PJS 2, seri manja, taman sentosa, jln klang lama, angkasapuri, pantai dalam, ppum, um,

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut

Thursday, 24 July 2014

PENGEDAR SHAKLEE PETALING JAYA, TAMAN MEDAN,PANTAI DALAM :: Dari biasa ke Luar biasa dengan shaklee ::


Saya join shaklee pada awalnye mencari suplemnet untuk anak saya yang sulung pada usia 10bulan tiba2 susu drop. Setelah ada kawan share pengalaman dia ambil shaklee dan berjaya up kn susu, saya masih lagi tak ambil pusing.. Sebab harga masa tu bagi saya sangat mahal.

Namun mengenangkan keadaan anak yang memang memerlukan susu sbb muhaimin tak mau susu formula, saya terjumpa fb kak farah alias . Tapi bukan sebab cara nak upkan susu, tapi sebab kejayaan dia join shaklee, n blh dapat income 6 angka dalam beberapa bulan..hati saya pun terdetik, "eh, join shaklee rupanya blh buat duit"...Jadi saya msg kak farah bagi tau nak join shaklee dgn dia..

Apa jadi dengan masalah susu saya tu??...yer memang saya tak dapat upkan susu saya serta merta dengan ambil shaklee sbb konsep demand n supply saya tak kuat..kenapa????...sebab rupa2nya saya hamil 2bulan..tapi saya tak sedar pun hamil..dan doktor bagi tau, memang tidak menjadi kesalahn ibu hamil menyusukan anak, tapi kes saya sebab ada komplikasi menyebabkan saya tidak pam susu ketika di opis..lama2 susu saya kering sendiri...

Setiap hari, pasti berlinangan air mata saya mengenangkan muhaimin yang tercari2 susu dan meraung bila bg susu formula...sedihhh sgt....ibu2 yang mengalami situasi ni pasti paham perasaan saya..

Bertitik tolak dari kegagalan saya tak dapat menyusukan muhaimin sehingga dua tahun, saya nekad nak guna shaklee dan nak jana income dengan shaklee utk muhaimin, anak yg dalam kandungan (skang dah lahir, zafril) dan merubah kehidupan saya dengan shaklee...
mula2 jaoin shaklee sy angan2 taik ayam jer..ishh,malaslah..lecehlah..susahlah...jadi saya berada digambar yang ke dua...kalaulah dr awal saya join shaklee dan berusaha dan yakin rezki saya dengan shaklee,pasti saya dah berjaya..moralnya..jangan cepat putus asa...

Skang saya nekad, setelah hampir 1thn lebih menggunakn shaklee, saya nekad untuk menjadi LUAR BIASA sehingga mendapat apa yang saya idamkan...apa yang saya ingin berikan kepada anak2 saya..Sudah ramai yang berjaya dengan shaklee (tapi kena kuat usaha, jgn angan2 tahi ayam)..mereka berjaya dengan income 5,6 angka, malahan ada yang 7 angka sebulan..saya pun mahu macam tu..in sha Allah..

kini saya bersama team saya telah mengatur pelbagai strategik untuk berjaya..
jika anda mempunyai impian untuk merubah hidup anda dari biasa2 menjadi luar biasa anda yang saya cari.. Jom join saya untuk menjana side income dengan shaklee.


Masih ada pertanyaan? Hubungi kami


Pertanyaan, konsultasi boleh hubungi saya di:


call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457
Hubungi Zalina

page : ummi muhaimin


COD : taman medan, dato' harun, PJS 2, seri manja, taman sentosa, jln klang lama, angkasapuri, pantai dalam, ppum, um,

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut






Tuesday, 15 July 2014

PENGEDAR SHAKLEE PETALING JAYA, TAMAN MEDAN,PANTAI DALAM :: Soal Jawab Shaklee ::

Okay people ! Since ramai yang hantar message tanya macam mana nak generate side income with Shaklee, meh saya nak terangkan sikit. Semua orang boleh baca. :)
Q: Bagaimana nak jadi distributor Shaklee ?
A: Registration fee is RM65 + RM10 (WM) / RM20 (EM) untuk postage member kit. Ataupun anda boleh beli barangan bernilai RM680, anda boleh dapat FREE membership. :)

Q: Berapa modal yang diperlukan ?
A: Tak perlu modal pun sebab dengan Shaklee ini kita boleh buat ala-ala dropship - bila customer order dan bayar barulah kita bayar kat Shaklee. Shaklee pula akan poskan barang tu kepada customer kita. Senang kan? Unless nak simpan stok kat rumah, suka hati lah invest berapa pun. Hehe.

Q: Berapa sales/belian kena maintain setiap bulan ?
A: Tak perlu maintain sales/points unless anda sudah jadi leader. Tiada jumlah minimum yang anda perlu beli setiap bulan kecuali anda memang target nak mendapatkan cash bonus. Nak beli untuk sendiri & keluarga sahaja pun boleh. Tak rugi pun jadi ahli.

Q: Berapa keuntungan boleh dapat setiap bulan ?
A: Bergantung kepada sales/purchase kita pada bulan tersebut. Minimum 150 points untuk layak dapat cashback/rebate/bonus. Bonus bermula dari 5% sehingga 21%, depending on berapa points kita dapat. :)

Q: Kena cari orang ke ? Kena head hunting ke ?
A: Tak perlu ! Saya pun tak suka nak cari-cari orang paksa-paksa join/beli.

Q: Tapiii saya tak tahu macam mana nak mula business...
A: InshaAllah saya akan guide & coach anda sebab once anda dah register dengan saya, anda dah jadi tanggungjawab saya, 'anak' saya. :) Cuma usaha untuk berjaya itu terletak pada diri anda sendiri. InshaAllah.

Q: Saya nak register jadi ahli tetapi tak nak jual-jual ni, boleh ke ?
A: Boleh je. Beli untuk kegunaan sendiri pun boleh. Saya takkan paksa anda jual, tanya lah mana-mana 'anak' saya, saya tak pernah paksa. Semua yang nak berbusiness semua atas inisiatif sendiri. If you need guidance saya akan tolong. :)

Q: Ok, cool ! So bagaimana nak register?
A: Saya boleh tolong registerkan. Anda cuma perlu bagi details yang diperlukan + registration fees. Selepas itu, anda tunggu kat rumah, nanti member kit sampai ye.

Clear tak ? Hehe. If ada soalan tambahan boleh hubungi saya ya.

Pertanyaan, konsultasi boleh hubungi saya di:




call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457
Hubungi Zalina 


COD : taman medan, dato' harun, PJS 2, seri manja, taman sentosa, jln klang lama, angkasapuri, pantai dalam, ppum, um, 



Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.




* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut





Friday, 11 July 2014

PENGEDAR SHAKLEE PETALING JAYA, TAMAN MEDAN,PANTAI DALAM :: menjana pendapatan dengan shaklee::


Nak menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan modal serendah RM75? Mustahil?
Tiada yang mustahil dalam dunia ini dengan izin Allah.
Oh, tapi ini bukanlah skim cepat kaya atau duduk goyang kaki dan duit masuk ya. Apa-apa yang dilakukan perlu dengan usaha dan tawakkal. Allah tak suka orang yang malas berusaha ya.

Apa uniknya Shaklee dan kenapa saya memilih Shaklee?
1. Shaklee adalah syarikat vitamin yang telah lama berada dalam pasaran. Produknya yang asli dan semulajadi benar-benar menawan hati saya ditambah ia memberi kesan yang hebat pada taraf kesihatan saya dan keluarga.
2. Ia antara syarikat MLM yang adil. Once dah bergelar pemimpin [ bermula tahap Supervisor] bermakna kita dah break dari upline kita. Oleh kerana Shaklee tidak mengamalkan skim piramid maka bonus kita dibayar mengikut usaha yang kita letakkan

3. Dalam Shaklee pendapatan kita boleh melebihi pendapatan upline apabila kita berusaha dengan lebih baik. Bukan sahaja pendapatan, malah kita mampu melangkaui pangkat upline kita sekiranya kita rajin berusaha.
4. Bonus dibayar tidak melalui upline atau mereka yang sponsor kita tetapi ianya langsung dari syarikat. Bonus juga diberi dalam bentuk tunai bukan voucher ya. Tidak perlu downline untuk mendapat bonus dari syarikat.
5. Harga produknya sangat berpatutan dan setanding dengan kualiti yang kita bayar. Produk asli dan semulajadi terbukti apabila tiada silikan gel di dalam botol vitamin Shaklee.
6. Bonus dibayar di tengah bulan. 
7. Shaklee menawarkan 3 C: Cash, Car & Convention. Dah ramai ahli Euphoria dah menikmati kelebihan ini.
8. Anda boleh menjadikan Shaklee sebagai salah satu sumber untuk menjana pendapatan sampingan sehingga 5 angka dan tiada yang mustahil.
9. Kami memberikan training tertutup sekiranya anda berminat menjadikan Shaklee sebagai sumber pendapatan sampingan anda.
10. Modal serendah RM75 untuk pendaftaran ahli. [RM85 bagi Sabah Sarawak].



Masih ada pertanyaan? Hubungi kami


Pertanyaan, konsultasi boleh hubungi saya di:


call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457
Hubungi Zalina

page : ummi muhaimin


COD : taman medan, dato' harun, PJS 2, seri manja, taman sentosa, jln klang lama, angkasapuri, pantai dalam, ppum, um,

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut

PENGEDAR SHAKLEE PETALING JAYA, TAMAN MEDAN,PANTAI DALAM :: soal jawab tentang keraguan shaklee ::

Assalammualaikum kepada semua yang sudi membaca.

Hari ni bersempena hari Jumaat yang penuh barakah ni, saya terpanggil untuk berkongsi persoalan yang sering bermain di pemikiran para pengguna product kesihatan Shaklee. Ramai di antara mereka menyatakan bahawa semua distributor shaklee ini adalah pendokong kepada barang jenama Amerika Syarikat yang terang-terangnya adalah sebuah syarikat milik bukan Islam. 

Dan ini sebenarnya sesuatu yang sering Independent Distributor seperti kami terpaksa berhadapan setiap kali ditanya oleh customer yang budiman.

SOALAN:

Antara soalan-soalan yang famous dan seringkali ditanya adalah seperti berikut:

1) Benarkah kami tidak mengikut sunnah kerana menggunakan dan menjual product Shaklee?

2) Benarkah apabila kita menjual segala product Shaklee, ia seolah-olah menunjukkan kita tidak menyokong ekonomi umat Islam/Bumiputera kerana Product Shaklee merupakan syarikat luar negara yang beribu pejabat di US?

3) Adakah Sistem MLM Shaklee ini merupakan sistem piramid yang dijalankan oleh kebanyakkan syarikat MLM yang ada di Malaysia yang mana kebanyakkannya menindas ramai orang baru yang memulakan bisnes? 

4) Yang terakhir adalah, benarkah penjual-penjual shaklee ini di lihat seperti tidak mengamalkan makanan sunnah seperti kurma, madu dan habbatussauda yang terang-terangnya banyak memberi manfaat kepada tubuh badan manusia seperti yang telah disarankan oleh Rasulullah S.a.w?

JAWAPANNYA:

PERTAMA:

Terima kasih kerana sudi menimbulkan persoalan-persoalan itu untuk kita fikirkan bersama dan mencari jawapan yang terbaik bagi meleraikan segala kekusutan yang berlaku.

KEDUA:

Dan keduanya, saya bukanlah orang yang pakar dalam bab hukum agama. Tapi, Insya Allah jawapan-jawapan yang akan saya kemukakan ini adalah berdasarkan pendapat orang yang mempunyai pengetahuan agama yang luas. Dan saya bukanlah jurucakap rasmi yang dilantik oleh Shaklee di Malaysia ini. Jadi, jawapan saya adalah secara general sahaja mengikut pengetahuan dan bidang kepakaran saya sahaja. Insya Allah.

Untuk mengetahui jawapan yang dilengkapi oleh data yang tepat, cikpuan boleh menghubungi terus Shaklee Malaysia untuk mendapat jawapan yang lebih pasti dari pihak syarikat. 

KETIGA:

Bagi saya, persoalan-persoalan tersebut bukanlah sesuatu yang pelik mahupun baru dalam pemikiran masyarakat kita pada hari ini. Ini kerana, kebanyakkan dari orang kita sendiri ramai yang suka berfikiran negatif dan sentiasa mempunyai perasaan dan penyakit hasad dengki yang kadang-kadang amat sukar untuk diubati. 

Maka tidak hairanlah sekiranya ini merupakan persoalan-persoalan yang keluar dari kepala mereka. Saya tidak merasakan sungguh pelik kerana kebanyakkan dari kita memang suka menjatuhkan orang lain. Malah lebih buruk, mereka gembira melihat orang jatuh kerana mereka. 

Jika cikpuan tidak percaya, tanyalah usahawan-usahawan Melayu yang berjaya mahupun yang baru bangkit, ada tak sesiapa yang cuba untuk menjatuhkan perniagaan mereka? Ada tak yang hasad dengki dengan mereka sekiranya mereka lebih maju dari empunya diri? Dan jika ada, siapakah mereka-mereka itu? Dan cikpuan janganlah terkejut atau buat-buat terkejut kerana jawapan yang cikpuan akan dapati adalah, MELAYU ITU SENDIRI yang suka melihat orang jatuh. Jadi, janganlah kita menambah statistik dan menjadi orang Melayu yang penuh hasad dengki dan prasangka di dalam hati. Ok?

KEEMPAT:

Sepanjang saya bergelar Independent Distributor ini, tidak lah pula saya mendapat arahan untuk memberi konsultasi agar menghentikan semua penggunaan makanan sunnah dan hanya menumpukan kepada penggunaan Product Shaklee sahaja. Malah, ramai di antara kami sendiri yang masih mengamalkan pemakanan sunnah pada setiap hari. Kami tidak pernah menolak apa yang baik untuk tubuh badan kami sendiri. 

Untuk pengetahuan cikpuan semua, ramai di kalangan pengedar Shaklee yang sering berkongsi di dalam blog dan FB mereka berkenaan resepi-resepi yang boleh menggabungkan product Shaklee dengan makanan sunnah. Kalau tak percaya, cikpuan boleh pergi tanya pakcik gugel. Saya percaya berderet-deret keluar pelbagai resepi rahsia yang menggabungkan penggunaan keduanya itu. Hatta saya sendiri pun pernah mencamporkan ESP Soy Protein saya dengan kurma yang diblendkan bersekali dengan susu bagi mendapat faedah dan manfaat yang optimum. Dan tidak kurang juga, ibu-ibu yang mencampurkan MealShake dengan madu dan kurma untuk diberikan kepada anak-anak mereka dengan harapan anak tersebut menjadi anak yang cemerlang dunia akhirat. Jadi, dimanakah penolakan makanan sunnah seperti yang diperkatakan oleh ramai orang itu?

KELIMA:

Janganlah mudah melatah. Adakah dengan menggunakan Product Shaklee dalam kehidupan harian itu bermaksud kami telah MENOLAK makanan sunnah mentah-mentah? Jika begitulah tanggapan cikpuan, makan semua ubatan kesihatan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia di setiap klinik dan hospital kerajaan seluruh Malaysia perlu dihentikan serta merta. Ini kerana, ubatan kimia hospital adalah jauh lebih "haram" hukumnya untuk digunakan oleh badan kita. Malah, ada di antara ubatan kimia tersebut telah dicampurkan dengan bahan-bahan yang haram tapi masih "halal" digunakan jika pesakit itu berada dalam keadaan darurat.  Dan sepertimana yang kita ketahui, ubatan tersebut semuanya mengandungi bahan kimia yang jauh memberi kesan yang tidak baik kepada tubuh jika hendak dibandingkan supplement shaklee yang boleh diklasifikasikan juga seperti makanan sunnah kerana ia berasal daripada sumber semulajadi sepenuhnya.

Mungkin kita terlupa, Al-Quran sendiri telah menekankan kepada semua manusia untuk mengambil makanan yang halal lagi baik untuk tubuh. Maka, apa sahaja yang baik dan halal, nescaya hukumnya juga adalah harus dari segi syarak. Apatah lagi, Product Shaklee semuanya mendapat persijilan halal yang diiktiraf sendiri oleh JAKIM.

KEENAM:

Berkenaan isu menyokong Amerika kerana menggunakan Product Shaklee tu sangat membuatkan saya mahu tergelak sendiri. Kita terlupa barangkali yang hampir keseluruhan product di sekitar kita banyak menggunakan product keluaran Amerika dan sekutu-kutunya bermula dari pakaian, makanan, ubatan klinik perhiasan rumah dan berbagai-bagai lagi. Dan kita terlupa agaknya, berapa ramai penyumbang "wang hangus" kepada syarikat-syarikat besar rokok kepunyaan Amerika pada setiap hari. 

Kita perlu faham sebenarnya bahawa isu yang sebenar-benarnya adalah adakah kita menyumbang kepada Amerika ini dalam menggunakan kuasa mereka untuk memerangi Islam? Dan setahu saya, Shaklee langsung tidak tersenarai sebagai syarikat yang menyumbangkan sebahagian dari pendapatan mereka samada secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu Amerika dan sekutunya untuk memusnahkan negara Islam. 

Ni, ada tak yang kita tak guna? Dan ada tak yang bangkit menyuarakan pasal benda ni? Tak ada pun kan??

Ia tidak seperti Mc Donald yang kita pun tahu betapa rakyat Malaysia sangat suka makan dan melantak di restoran itu. Malah, Syarikat minuman coca-cola juga ramai je orang Melayu yang suka untuk minumnya setiap hari. Padahal ia secara jelas syarikat-syarikat ini merupakan penyumbang utama dana mereka ke arah memerangi Islam.  Jangan berlaku tidak adil terhadap sesuatu yang memang jelas. Yang jelas memberi bantuan untuk membunuh Umat Islam di hampir seluruh negara Islam yang sedang dalam keadaan perang itu tidak pula sesiapa yang berani untuk bangun bersuara dan membantah. Tapi, bagi yang tidak memberi bantuan secara jelas ni, banyak pula gosip-gosip liar yang keluar.

Sedih kan?

KETUJUH:


Janganlah kita menyempitkan pemikiran kita dan menjadi sangat dangkal dalam kita memahami sesuatu isu yang berlaku di sekeliling kita. Janganlah kita menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Rasulullah sendiri pernah bersabda, "Islam itu mudah dan jangan dipersempitkan dan jangan pula menakutkan orang ramai daripadanya...".

Islam tu simple je sebenarnya. Islam sangat mudah dan langsung tidak pernah menyusahkan umatnya dengan peraturan-peraturan yang tidak sepatutnya. Jadi, tidak perlu lah kita menyusahkan diri kita pula menyusahkan sesuatu yang memang sudah dipermudahkan dalam agama.

oke?

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِنَّ الدِّيْنَ يُسْرٌ وَلَنْ يُشَادَّ الدِّيْنَ أَحَدٌ إِلاَّ غَلَبَهُ

“Sesungguhnya agama ini (Islam) mudah, dan tidak ada seorang pun yang mempersempitkannya melainkan (agama itu) mengalahkan dia (mengembalikan dia kepada kemudahan).” 

(HR Al-Bukhari no. 39)


KELAPAN:

JIHAD MENEGGAKKAN EKONOMI UMAT ISLAM




Jika anda merasakan, perlunya umat Islam bangkit dalam memajukan ekonomi mereka sendiri, maka ini adalah jalannya. Melakukan perniagaan adalah sumber rezki yang sangat luas Allah berikan kepada kita. Malah 9/10 dari sumber pendapatan adalah merupakan dari sumber perniagaan.

Shaklee telah menggariskan peraturan perniagaan yang jelas dan sangat menguntungkan sebenarnya kepada semua pengedar yang berdaftar. Hanya dengan modal permulaan serendah RM75 (dengan postage) sahaja, anda sudah boleh memulakan perniagaan tanpa memerlukan modal yang besar. Malah, anda juga tidak perlu menyimpan stok yang banyak. Dan yang paling utama, business ini merupakan business product kesihatan yang banyak manusia memerlukannya. Ia merupakan suatu perniagaan jangka masa panjang kerana product ini sentiasa mempunyai permintaan.


Simple analogi, selagi ada manusia, selagi itu wujud permintaan, dan selama itu lah perniagaan itu masih berjalan. Saya juga berpendapat bahawa setakat ini, negara kita masih belum lagi mempunyai syarikat product kesihatan yang dijalankan sepenuhnya oleh Kaum Bumiputera Islam yang dapat menyaingi product Shaklee dari segi keberkesanannya. Malah, product Shaklee juga telah menjalani ujian klinikal yang telah diuji beratus kali dan bertahun-tahun lamanya. Dan yang paling best, product ini menggunakan sumber semulajadi sepenuhnya yang langsung tidak memberi bahaya kepada tubuh badan manusia, Insya Allah.

Namun, sekiranya cikpuan mempunyai pengetahuan berkenaan product kesihatan yang bagus yang dikeluarkan oleh Bumiputera Islam, cikpuan boleh memaklumkan kepada saya. Kerana saya juga berminat untuk mengetahuinya secara lebih lanjut.

Kita dituntut untuk keluar dari belenggu kemiskinan. Dan kita dituntut untuk menegakkan ekonomi umat Islam agar kita tidak ditindas dan dipijak-pijak oleh orang lain.

Dan sekiranya, apa yang kita dapati melalui perniagaan shaklee ini merupakan jalan yang baik untuk menaikkan ekonomi kita dan umat Islam, kenapa tidak kita melakukannya?

Janganlah dipandang lekeh hanya kerana ia product Amerika. Sedangkan nabi dulu pun menjalankan urusniaga dengan orang yahudi juga selagi yahudi itu tidak memerangi Islam. 

Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-

‏أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)
Imam Bukhari menamakan bab yang mengandungi hadith ini dengan nama
بَاب الشِّرَاءِ وَالْبَيْعِ مَعَ الْمُشْرِكِينَ وَأَهْلِ الْحَرْبِ
Ertinya : Bab berjual beli dengan kafir musyrikin dan musuh perang.
Kemudian Imam Ibn Hajar Al-Asqolani pula dalam huraiannya menyatakan :-

واستدل به على جواز بيع السلاح من الكافر

Ertinya : Dan dalil ini dijadikan dalil bagi keharusan MEMBELI senjata dari orang kafir.  ( Fath Al-Bari, Ibn Hajar, 5/142 )
Ini adalah kerana apabila Nabi Muhammad SAW mencagarkan baju besi baginda yang hanya digunakan untuk berperang, ini membuktikan hukum berjual beli dengan bukan Islam termasuk Yahudi adalah harus selagi mana cara aqad dan urusniaganya bertepatan dengan kehendak Islam. Hadis ini boleh dikatakan hujjah terkuat bagi membenarkan umat Islam membeli barangan keperluan dari Yahudi hatta makanan dengan cara berhutang sekalipun.


Semoga pencerahan ini dapat menyelesaikan pelbagai persoalan yang menyesakkan pemikiran anda sama ada sebagai pengedar atau pun pengguna Shaklee. 
Sekian. 
Wallahhualam. 

Wassalam.


kredit: blog teman seperjuangan.



Masih ada pertanyaan? Hubungi kami


Pertanyaan, konsultasi boleh hubungi saya di:


call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457
Hubungi Zalina

page : ummi muhaimin


COD : taman medan, dato' harun, PJS 2, seri manja, taman sentosa, jln klang lama, angkasapuri, pantai dalam, ppum, um,

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.


* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut

Tuesday, 10 June 2014

PENGEDAR SHAKLEE PETALING JAYA, TAMAN MEDAN,PANTAI DALAM:: Bagaimana Menjadi Pengedar Shaklee::

Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli @ pengedar Shaklee


Anda boleh mendaftar dengan 2 cara iaitu sama ada:
  • Membayar yuran pendaftaran sebagai ahli Shaklee sejumlah RM65 (Starter Kit) + RM10 (Postage) = RM75.00 (Semenanjung) atau RM65 (Starter Kit) + RM20 (Postage) = RM85.00 (Sabah/Sarawak).
  • ATAU membeli barangan Shaklee melebihi 200 points/mata iaitu lebih kurang RM680.00 (Semenanjung) atau RM850.00 (Malaysia Barat).
Anda cuma perlu menghubungi saya (saya akan uruskan urusan pendaftaran) atau pergi sendiri ke branch Shaklee dan mendaftar menggunakan ID saya (923481 - Zalina Pandak Aziz) sebagai sponsor/upline.



Yuran keahlian Shaklee



Pendaftaran ialah RM65 (sekiranya anda pergi sendiri ke branch untuk ambil member kit) dan tambahan RM10 semenanjung dan rm20 untuk sabah sarawak. untuk pos member kit sekiranya anda mahu kit tersebut dipos kepada anda, atau dihantar melalui saya. Jumlahnya ialah RM75 (jika anda tidak pergi ambil sendiri kit di branch).



Tak Perlu Maintain point dalam Shaklee



Sekiranya cuma nak makan sendiri, tak perlu maintain points, melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu. Tapi kalau cuma makan sendiri, share dengan saudara-mara, tak perlu risau nak maintain2 atau minimum purchase



Tak Wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian?



Benar, tak perlu maintain point atau ada pembelian.



Apa yang diperlukan sekiranya saya nak daftar sendiri di branch?


Anda perlukan sponsor iaitu ahli berdaftar dengan Shaklee. Sila gunakan ID 923481 saya sekiranya anda berhasrat untuk bersama2 dengan saya (satu hari nanti ke) dalam bisnes Shaklee online or offline.



Apa maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran?
 

  1. Nama Penuh
  2. No. Kad Pengenalan
  3. Alamat email
  4. Nama Pasangan
  5. No. Kad Pegenalan Pasangan
  6. No. Akaun MBB untuk pembayaran bonus
  7. Alamat Tetap
  8. Alamat Penghantaran (Jika berlainan dari di atas)
  9. Bukti Pembayaran Untuk Pendaftaran (Hubungi saya untuk pembayaran)
Masih ada pertanyaan? Hubungi kami


Pertanyaan, konsultasi boleh hubungi saya di:


call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457
Hubungi Zalina

page : ummi muhaimin


COD : taman medan, dato' harun, PJS 2, seri manja, taman sentosa, jln klang lama, angkasapuri, pantai dalam, ppum, um,

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut