Saturday, 15 November 2014

AMALAN MENDAPATKAN ZURIAT DENGAN SET SUBUR SHAKLEE

AMALAN ROHANI

1. Selama 3 bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli (warna hitam) setiap awal pagi (untuk suami)

2. Buat senaman batin tiap kali bangun tidur waktu pagi (untuk suami sahaja)

3. Amalkan sedekah setiap hari Jumaat apabila pergi masjid

4. Amalkan membaca doa Nabi Zakaria

5. Amalkan menbaca Surah Al Waqiah setiap pagi selepas subuh

6. Selepas solat maghrib, amalkan membaca surah Al Mulk

7. Banyakkan bersedekah kepada bayi baru lahir.

DIET PEMAKANAN

  • Badam (almond) 5 biji setiap hari
  • Buah delima
  • Buah zaitun
  • Buah kurma
  • Jauhkan / pantang makan benda-benda masam, nenas, minuman bergas atau minuman yang berasid. 
  • Jangan makan makanan laut (seafood),makan sayur dan buah-buahan
  • Suami perlu banyak makan makanan berasid seperti daging, ayam dan lain-lain
  • jangan minum air kelapa

SENAMAN BATIN
  • Duduk bersila badan tegak
  • Selepas itu, luruskan kaki kanan ke depan.
  • Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan, tangan kiri pula pegang lutut kiri. Tarik nafas dalam-dalam (secar perlahan-lahan)
  • Setelah nafas penuh di dada, bawa tangan kiri tadi ke sebelah kanan sehingga menyentuh lantai sebelah kanan (jangan lepas nafas, tahan selama 7 saat) atau ikut kemampuan.
  • Ulangi perkara di atas dengan kaki kiri pula
  • Lakukan 3 kali selama seminggu, setiap kali selepas sembahyang subuh.
  • jika betul caranya, peluh akan keluar walaupun baru lakukan 3 kali.

AMALAN PEMAKANAN SET KESUBURAN SHAKLEE

NASIHAT DARI DR PAKAR

TESTIMONI PENGGUNA SET KESUBURAN SHAKLEE

TESTIMONI 1

TESTIMONI 2

TESTIMONI 3

TESTIMONI 4

Untuk mencuba produk boleh menghubungi saya di:

call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457

 www.facebook.com/zalina.nina
www.facebook.com/pages/Ummi-Muhaimin

untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Kedai saya dibuka 24 JAM SETIAP HARI. Tidak lupa, khas untuk pelanggan-pelanggan yang saya sayangi, HARGA MURAH, KONSULTASI & KHIDMAT NASIHAT serta JADUAL PEMAKANAN yang BETUL menanti anda! Penghantaran diuruskan ke SELURUH MALAYSIA.

COD : Taman Medan, Taman Dato' Harun, PJS, Jalan Klang Lama, Seri Sentosa, Seri Manja, Angkasapuri, Pantai Dalam, Bangsar, PPUM, UM, Puchong, SEKITAR PETALING JAYA.

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut.

Friday, 14 November 2014

AMALAN BERPANTANG SECARA TRADISIONAL

Selamat berpantang buat ibu2 semua. Harap anda menjadi ibu yang tabah dan sabar serta seharusnya anda bergembira kerana berada bersama insan yang anda tunggu2 selama 9 bulan ni. Di sini ingin saya kongsikan sedikit sebanyak pantang larang semasa berpantang bersama anda. Buat bakal2 ibu yang baru pertama kali menimang cahaya mata, moga tip ini menjadi panduan anda agar anda enjoy menempuh hari2 berpantang.

Dilarang Tidur Tidak Berbantal
Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.

Memakai Sarung Kaki (Stokin)
Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.

Jangan Duduk Mencangkung

Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.

Mandi Duduk Di Bangku

Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.

Rapatkan Kaki Bila Tidur
Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.

Jangan Terlalu Aktif
Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.

Jangan Makan Ubi-Ubian
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.

Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.

Jangan Tidur Waktu Senja
Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.

Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.

Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.

Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk
Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.

Pantang 100 Hari
Ibu-ibu digalakkan berpantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu dan kesihatan ibu-ibu.

Cara Mandi
Daun nangka, daun pandan, daun inai, bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak. Ibu-ibu selepas melahirkan hendaklah duduk pada bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung kerana cara ini tidak baik untuk ibu-ibu dalam pantang.

Sebelum mandi hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih. Guna menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan. Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan air rebusan daun-daun.

Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi pada setiap pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.

Cara Berbaring / Tidur
Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi adalah digalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.

Lain-Lain Amalan Semasa Berpantang
Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman selama 6 atau 7 tujuh jam adalah digalakkan untuk menjaga kesihatann ibu-ibu semasa dalam pantang. Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik.

Berbedak juga dapat menjaga kesihatan ibu-ibu selama dalam pantang supaya badan sentiasa panas dan tidak dimasukki angin. Lakukan cara ini pagi dan petang selama sebulan.

Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar ibu-ibu yang dalam pantang tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi badannya terasa sihat dan segar.

Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku hendaklah dilakukan setiap hari pagi dan petang selama sebulan.

Minum air pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut.

Duduk mencangkung semasa dalam pantang adalah dilarang, kerana cara ini boleh membuatkan peranakan turun dan melemahkan otot-otot perut.

Berpantang Adalah Penting Bagi Memastikan Kesihatan ibu Selepas Bersalin.

Thursday, 13 November 2014

NUTRIFERON SHAKLEE, PENGGALAKN IMUN SEMULAJADI

Nutriferon bukan seperti painkiller yang lain, ianya adalah berasaskan bahan semulajadi, ekstrak tumbuh-tumbuhan.

Ini adalah salah 1 vitamin wajib yang perlu ada dirumah saya. Bila saya rasa tak sihat atau tanda-tanda selsema atau nak demam, saya akan, ambil nutriferon sachet dan vitamin c plus 2 biji. Alhamdulillah, dengan izin Allah tak demam, dan kalau demam pun masih mampu melakukan kerja-kerja rumah dan tak lama.

Jom kita tengok testimoni pengguna nutriferon shaklee

Testimoni 1: Legakan demam panas

Testimoni 2 : Tiada lagi ubat dari klinik

Pengambilan Nutriferon sangat mudah. Hanya koyak sachet & tuangkan di atas lidah. Rasa? Terlalu sedap, macam labu. hehe. anak-anak saya sangat sukakan rasanya. Sedar tak sedar, tetiba, habis ja sekotak depa ngap :D

Siapa yang perlukan Nutriferon?
# Individu yang ingin mengekalkan kesihatan ke tahap optimum
# Individu yang sangat mudah dijangkiti penyakit, demam, selsema dan sebagainya
# Ibu menyusu yang bayinya mudah dan kerap sakit
# Individu yang mempunyai kulit bermasalah, allergik 

Kebaikan nutriferon

Untuk mencuba produk boleh menghubungi saya di:

call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457

untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Kedai saya dibuka 24 JAM SETIAP HARI. Tidak lupa, khas untuk pelanggan-pelanggan yang saya sayangi, HARGA MURAH, KONSULTASI & KHIDMAT NASIHAT serta JADUAL PEMAKANAN yang BETUL menanti anda! Penghantaran diuruskan ke SELURUH MALAYSIA.

COD : Taman Medan, Taman Dato' Harun, PJS, Jalan Klang Lama, Seri Sentosa, Seri Manja, Angkasapuri, Pantai Dalam, Bangsar, PPUM, UM, Puchong, SEKITAR PETALING JAYA.

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut.

Wednesday, 12 November 2014

RAHSIA BANYAKKAN SUSU BADAN CARA SAYA

Sebagai ibu yang bekerjaya masa amat berharga buat ibu-ibu yang menyusukan anak..ini kerana mereka perlu 'mencuri' masa untuk melakukan tugasan tambahan iaitu aktiviti mengepam..

Alhamdulillah..saya antara ribuan ibu-ibu yang menyokong penyusuan susu ibu(sehingga 2 tahun)..in sha Allah..(doa2 kan saye yer ibu2)..pengalaman menyedihkan saya tidak dapat menjalankan tanggungjawab saya kepada anak sulung kerana proses penyususan hnya setakat 10bulan..puncanya ilmu tentang penyusuan yang cetek..namun untuk anak ke 2 , saya telah melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu..in sha Allah..

sebelah kiri- PERSEDIAAN        sebelah kiri - HASIL
 Alhamdulillah , ketika dlm pantang saya mampu membuat stok susu untuk anak ke 2 sy seperti gambar di atas berkat persediaan ilmu tentang penyusuan, kesungguhan, dan amalan serta tips membanyakan susu..sebentar lagi saya kongsikan yer para ibu sekalian..teruskan membaca..

 "Wah banyaknye. Makan apa nak susu cm tu ek?"

Pada sesetengah ibu muda yang tidak faham konsep penyusuan, mereka ingat susu ibu tu seperti paip air..mecurah-curah begitu jer. Bila saya jawab saya amalkan shaklee, ramai yang berminat nak beli tanpa mengetahui konsep penyusuan yang betul..Selang beberapa hari atau beberapa minggu kemudian, si ibu muda tu komplen.."emmm, saya makan mcm si A mkn,tapi susu saya mcm tu jer,..tak bayak pun..".Maka si ibu muda tersebut terus menyalahkan produk vitamin berkenaan walhal si ibu muda tadi sebenarnya TIDAK MENGETAHUI KONSEP PENYUSUSAN YANG BETUL..

jadi ingin saya menegaskan..walaupun anda makan selori vitamin, namun anda tak faham tentang konsep penyusuan yang betul,saya GERENTI tempoh penyusuan anda tak kn tercapai hingga 2 tahun!!

Apa yang patut anda lakukan untuk maintain susu anda atau untuk meningkatkan penghasilan susu anda ?..

ini jawapan nye.
  1. pam yang konsisten..pam setiap 3/4 jam setiap hari dgn waktu masa yang konsisten
  2. pam di opis 3 kali dan sambung di rumag menyusukan teruskepada bby.
  3. lakukan power pumping 2 kali seminggu (saya suka buat sebelun tido)
  4. lakukan tandem (sebelah menyusukn terus bby, sebelah lagi pam)
  5. minum air sekurang-kurangnye 3 liter sehari
  6. jaga pemakanan dan minuman disamping saya mengambil suplement penggalak susu dan suplement dgn tujuan tahap kesihatan saya sentiasa optimum
  7. berdoa dan mengamalkan zikir 'ya Matin'
  8. istiqamah
  9. jaga emosi, jgn stress..
Ya..memang saya menjual produk shaklee (set penyusuan)..namun saya ingin menegaskan bahawa set penyusuan ini BUKAN SET BANYAKN susu ibu..tetapi pengalak penghasilan susu ibu disamping keinginan si ibu  BERUSAHA utuk membanyakan susu ibu..

Saya bukan menjual semata untuk keuntungan tetapi lebih kepada perkongsian pengalaman perbezaan anak pertama (tanpa shaklee) dan anak ke dua (menggunakan shaklee).

set penyusuan 3 M lengkap
Testimoni pengguna shaklee yang berpuas hati

Testimoni 1:

Testimoni 2:

Testimoni 3 :

Untuk mencuba produk boleh menghubungi saya di:

call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457

untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Kedai saya dibuka 24 JAM SETIAP HARI. Tidak lupa, khas untuk pelanggan-pelanggan yang saya sayangi, HARGA MURAH, KONSULTASI & KHIDMAT NASIHAT serta JADUAL PEMAKANAN yang BETUL menanti anda! Penghantaran diuruskan ke SELURUH MALAYSIA.

COD : Taman Medan, Taman Dato' Harun, PJS, Jalan Klang Lama, Seri Sentosa, Seri Manja, Angkasapuri, Pantai Dalam, Bangsar, PPUM, UM, Puchong, SEKITAR PETALING JAYA.

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut.

Monday, 10 November 2014

KEBAIKKAN OMEGA GUARD SHAKLEE

OmegaGuard menawarkan Omega 3 yang berkualiti tinggi (omega 3 tidak boleh dihasilkan oleh badan kita). Omega 3 terdiri daripada EPA dan DHA. EPA penting untuk kesihatan jantung dan sendi, manakala DHA adalah penting untuk perkembangan dan fungsi otak manusia.

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak Omega 3 dapat menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah yang normal. Omega-3 juga memelihara kesihatan otak, visi, dan fungsi-fungsi sendi.

Omega Guard mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain. Justeru itu Omega Guard adalah minyak ikan terbaik di dunia!

Secara ringkasnya, kebaikan omega-3 adalah seperti berikut:
****************************************************
♤ Mengurangkan risiko degupan jantung tidak normal
♧ Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
♤ Mengurangkan risiko angin ahmar (strok)
♧ Merendahkan tekanan darah
♤ Merendahkan tahap trigliserida dalam darah
♧ Mengurangkan kekakuan dan kelembutan sendi
♤ Melambatkan pembentukan plak atherosclerotic

Mengapa Harus Pilih Omega Guard Shaklee?
***************************************
☆ Shaklee sudah berada di pasaran lebih daripada 50 tahun. Ia memang terbukti berkesan.  
☆ OmegaGuard Shaklee adalah ultrapure, dibuat dengan secara teliti. Penyulingan 3 peringkat secara semulajadi menjadikan
☆ OmegaGuard Shaklee berkualiti tinggi yang tiada tandingannya. Proses ini juga mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan.
☆ OmegaGuard diperbuat daripada ikan, bukannya hati ikan yang mungkin boleh memberi kesan toksik (side-effect).

Siapa Patut Ambil Omega Guard?
*****************************
Semua orang yang ingin sihat
♡ Para² Ibu (tengah mengandung mahaupun menyusu)
♡ Orang Lelaki
♡ Orang-orang tua
♡ Kanak-kanak Berumur 1 tahun ke atas
♡ Pengidap penyakit darah tinggi, kolesterol tinggi dan diabetes

DAPATKAN OMEGA GUARD SEGERA!
Ia minyak ikan yang terbaik, bebas daripada bahan kimia, dan halalan toyyiban.

Testimoni pengguna shaklee

Testimoni 1:Kurangkan darah tinggi

 Testimoni 2 :Kurangkan ekzema

Testimoni 3: Kurangkan demam

Untuk mencuba produk boleh menghubungi saya di:

call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457
 www.facebook.com/zalina.nina
www.facebook.com/pages/Ummi-Muhaimin

untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Kedai saya dibuka 24 JAM SETIAP HARI. Tidak lupa, khas untuk pelanggan-pelanggan yang saya sayangi, HARGA MURAH, KONSULTASI & KHIDMAT NASIHAT serta JADUAL PEMAKANAN yang BETUL menanti anda! Penghantaran diuruskan ke SELURUH MALAYSIA.

COD : Taman Medan, Taman Dato' Harun, PJS, Jalan Klang Lama, Seri Sentosa, Seri Manja, Angkasapuri, Pantai Dalam, Bangsar, PPUM, UM, Puchong, SEKITAR PETALING JAYA.

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut.

TIADA LAGI MIGRAINE DENGAN B COMPLEX SHAKLEE & OSTEMATRIX SHAKLEE

Apakah punca MIGRAINE?
Migraine berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Punca utama berlakunya migraine ialah:

1) Pemakanan
Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate(MSG), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan migraine kerana ada di antara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, Nescafe, coke atau pepsi juga boleh menyebabkan migraine kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang.

2) Hormon

Bagi perempuan, turun naik hormone estrogen sebelum, semasa dan selepas haid boleh menyebabkan serangan migraine.

3) Cara hidup

Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migraine. Bagi pelajar yang gemar belajar last minit dan mengabaikan makan dan tidur, akan menyebabkan mudah diserang migraine. Pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton tv atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakan punca-punca diserang migraine.

Bagaimanakah cara mengurangkan kesakitan migraine :
Mengawal pemakanan harian
Mengurangkan stress dengan bersenam
Mengamalkan cara hidup teratur
Berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migraine.
Mulakan mandian dari bawah ke atas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migraine.
Pengambilan ubat-ubatan seperti panadol ataupun ponstant hanya mampu mengurangkan kesakitan migraine untuk jangka masa pendek sahaja. Migraine akan kembali menyerang tanpa amalan gaya hidup yang sihat. Tambahan pula, ubat-ubatan penahan sakit mempunyai kandungan dadah yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada badan kita untuk jangka masa panjang. Pengambilan ubat-ubatan dengan kandungan dadah yang berlarutan boleh menyebabkan masalah-masalah lain khususnya kepada wanita seperti kesukaran untk mendapatkan zuriat ataupun risiko memperolehi bayi yang tidak sihat/cacat.

Sakit kepala yang berlarutan boleh menyebabkan migraine. Jika kita mencapai tahap kritikal migraine ia boleh menyebabkan muntah, pening, cirit-birit serta sensitif kepada bunyi dan cahaya.

Apakah vitamin Shaklee yang sesuai untuk pesakit MIGRAINE?

Gabungan OSTEMATRIX & B-COMPLEX adalah vitamin Shaklee yang terbaik untuk pesakit migraine. Ini kerana:

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migraine. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migraine, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, stroke dan sebagainya.

Bagi penderita migraine, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migraine. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda perlulah menjaga pemakanan anda. Begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti harian dan sebagainya. Serta, pertimbangkanlah tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.

Jom, berkongsi pengalaman pengguna set migrain shaklee ni

Testimoni 1 :

Testimoni 2 :