Saturday, 16 May 2015

5 Rahsia Untuk Cantik

Wanita sangat sinonim dengan kecantikan. Semuanya mengimpikan wajah dan kulit yang bersih, licin, gebu, halus dan mulus. Amalan gaya hidup sihat sangat membantu anda semua untuk sentiasa kelihatan cantik dan segar sepanjang hari. Walaupun anda obses dengan kecantikan, please elakkan semua bahan kimia yang berbahaya dari kulit anda. Pastikan produk yang anda guna bebas dari bahan kimia yang sememangnya akan meracun diri anda secara perlahan. Sebolehnya gunakan produk yang berasaskan tumbuhan dan semulajadi. Banyak dah produk semulajadi kat pasaran ni..tinggal korang nak pilih mana yang terbaik untuk diri anda je. Jadi, pilihlah dengan bijak.
Kali ni saya nak share info mengenai 5 rahsia untuk kulit cantik.

1. Say ‘NO’ kepada ROKOK

Bahan kimia yang disedut daripada rokok akan mengecilkan pembuluh darah dalam badan, mengurangkan kandungan oksigen dan juga nutrisi yang dibekalkan untuk melembapkan tisu dalam badan. Pengecutan kapilari darah akan bertahan selama sejam sebaik sahaja rokok disedut secara terus ke dalam paru-paru. Rokok juga membuatkan seseorang itu nampak lebih tua daripada umur sebenar. Sebaik-baiknya elakkan diri anda daripada terhidu asap rokok kerana ia bukan saja merosakkan kulit tetapi anda terdedah dua kali ganda risiko untuk mendapat penyakit berbanding dengan mereka yang merokok.

2. REMAJAkan kulit anda dari dalam

Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong setiap hari, makan pemakanan yang seimbang dan lebihkan buah-buahan. Buah-buahan dan sayuran mengandungi antioksida yang diperlukan kulit dan kaya vitamin seperti teh hijau, soya, vitamin A, B, C, dan E yang sangat baik untuk kesihatan dan ketegangan kulit supaya kelihatan muda.

3. Pengelupasan kulit secara lembut

Pengelupasan kulit merupakan satu cara yang terbaik untuk proses peremajaan kulit. Namun, para pakar dermatologi memberi peringatan pengelupasan melampau akan menyebabkan kulit menjadi kering, iritasi dan kemerahan serta terdedah kepada bahaya ultraungu. Sebaik-baiknya jangan menggunakan rawatan pengelupasan atau melakukan skrub dengan terlalu kerap lebih daripada dua kali seminggu.

4. Gunakan pelembap antioksidan yang diperkaya dengan vitamin pada waktu malam

Waktu tidur merupakan waktu terbaik untuk mengembalikan semula kelembapan kulit dengan pelembap yang mengandungi antioksida dan vitamin yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa kulit berada pada keadaan yang terbaik pada waktu malam untuk menyerap kandungan aktif yang terdapat pada produk penjagaan kulit.

5. Bersenam 

Senaman adalah aktiviti paling disarankan oleh pakar penjagaan kulit jika anda menginginkan tubuh yang sihat dan sentiasa bertenaga. Senaman secara rutin juga membantu melancarkan peredaran darah dan kulit kelihatan lebih tegang dan muda. Setengah jam bersenam ringan tiga kali seminggu sudah memadai sebagai permulaan senaman. Perpeluhan menggalakkan perembesan bahan toksik dari badan, pernafasan teratur juga mampu merehatkan ketegangan saraf dan motor otot-otot dalam badan. Senaman memberi oksigen yang cukup kepada jantung, paru-paru dan juga kulit.

Credit

call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457

untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Kedai saya dibuka 24 JAM SETIAP HARI. Tidak lupa, khas untuk pelanggan-pelanggan yang saya sayangi, HARGA MURAH, KONSULTASI & KHIDMAT NASIHAT serta JADUAL PEMAKANAN yang BETUL menanti anda! Penghantaran diuruskan ke SELURUH MALAYSIA.

COD : Taman Medan, Taman Dato' Harun, PJS, Jalan Klang Lama, Seri Sentosa, Seri Manja, Angkasapuri, Pantai Dalam, Bangsar, PPUM, UM, Puchong, SEKITAR PETALING JAYA dan SEKITAR CHERAS.

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut.

Friday, 15 May 2015

Minuman Diet Sihat

Kebanyakan orang hanya menjaga pemakanan dan bukannya minuman ketika sedang berdiet. Sebenarnya, pemiilihan minuman yang betul dapat melaraskan metabolisme, mengawal selera makan, dan menurunkan pengambilan kalori. Jadi, jangan lupa masukkan 5 jenis minuman "baik" berikut ke dalam diet anda!
 
 #1 AIR KOSONG 
 
Raja segala minuman! Tahukah anda, menggantikan minuman ringan berkabonat kepada meminum air kosong dapat ‘memotong’ ratusan kalori sehari? Di samping itu, meminum dua gelas air sebelum makan juga menjadikan anda lebih cepat kenyang dan tidak makan berlebihan. Pengambilan air kosong yang cukup juga mempunyai kesan yang positif terhadap metabolisma anda. 

 #2 JUS SAYUR-SAYURAN
 
Jus sayur-sayuran mempunyai khasiat yang sama seperti jus buah-buahan, mengandungi separuh jumlah kalori tetapi lebih banyak kandungan garam. Berbanding jus oren yang mempunyai 122 kalori, jumlah kalori daripada jus tomato hanyalah 41. Selain itu, mengambil jus sayuran yang mengandungi pulpa dapat membekalkan serat yang mampu membantu anda menahan lapar.

#3 SUSU RENDAH LEMAK
 
Mengambil makanan yang kaya dengan kalsium bukan sahaja baik untuk tubuh, ia juga boleh membantu proses diet anda. Beberapa kajian menunjukkan bahawa meminum lebih banyak susu atau mengambil produk tenusu lain boleh membantu menurunkan berat badan. Pilih susu skim atau rendah lemak untuk manfaat yang lebih menyeluruh.
 
#4 KOPI HITAM
Apabila anda memerlukan sedikit dos kafein, kopi ialah pilihan yang lebih baik berbanding soda atau minuman tenaga. Kopi tanpa gula bersifat bebas kalori dan kaya dengan anti-oksidan. Kajian juga mendapati bahawa meminum kopi dalam jumlah yang sederhana (antara 3-4 cawan sehari) boleh meningkatkan mood dan tumpuan, selain boleh merendahkan risiko diabetes tahap 2 dan beberapa jenis kanser.

#5 TEH HIJAU 
 
Teh hijau ialah pilihan yang baik apabila anda memerlukan sedikit dorongan. Ia bukan sahaja bebas kalori, beberapa kajian turut menyarankan bahawa teh hijau boleh merangsang penurunan berat badan. Kandungan kafein dan mikronutrien catechins dalam teh hijau dikatakan membantu proses tersebut. Manfaat ini hanya bertahan selama beberapa jam sahaja, maka anda disarankan meminum teh hijau sekurang-kurangnya dua kali sehari.

credit

call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457

untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Kedai saya dibuka 24 JAM SETIAP HARI. Tidak lupa, khas untuk pelanggan-pelanggan yang saya sayangi, HARGA MURAH, KONSULTASI & KHIDMAT NASIHAT serta JADUAL PEMAKANAN yang BETUL menanti anda! Penghantaran diuruskan ke SELURUH MALAYSIA.

COD : Taman Medan, Taman Dato' Harun, PJS, Jalan Klang Lama, Seri Sentosa, Seri Manja, Angkasapuri, Pantai Dalam, Bangsar, PPUM, UM, Puchong, SEKITAR PETALING JAYA dan SEKITAR CHERAS.

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut.

Thursday, 14 May 2015

ESP shaklee Atasi Gastrik

Semua orang sedia maklum ESP shaklee ni tinggi dengan kandungan PROTEIN..

Protein sangat penting untuk kesihatan usus sebab protein membantu pembentukan tisu anggota tubuh badan kita termasuk lah usus.

Protein juga bagus kerana membantu mengelakkan usus luka atau ulser sebab ianya mengandungi mekanisma untuk mempercepatkan penyembuhan luka.

Gastrik ni selalunya jadi bila kita lambat makan. So sometimes usus boleh jadi pedih.Dan bila keadaan berlarutan, lama-lama boleh jadi luka dan ulser.So make sure kepada anda yang memang SUDAH mengalami gastrik, atau nak jaga kesihatan usus anda, ESP ni WAJIB ya!

Antara khasiat lain ESP ialah
  • Membantu menCERAHkan kulit
  • Membantu mereka yang ingin SLIM
  • Membantu mereka yang mempunyai masalah PARUT JERAWAT BERLUBANG
  • Membantu menCANTIKkan kulit wajah
  • Membantu meLICINKAN kulit dan mengGEBUkan kulit
  • Bertindak sebagai MILKBOOSTER terbaik untuk membantu ibu-ibu menyusu

    call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457

    untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

    Kedai saya dibuka 24 JAM SETIAP HARI. Tidak lupa, khas untuk pelanggan-pelanggan yang saya sayangi, HARGA MURAH, KONSULTASI & KHIDMAT NASIHAT serta JADUAL PEMAKANAN yang BETUL menanti anda! Penghantaran diuruskan ke SELURUH MALAYSIA.

    COD : Taman Medan, Taman Dato' Harun, PJS, Jalan Klang Lama, Seri Sentosa, Seri Manja, Angkasapuri, Pantai Dalam, Bangsar, PPUM, UM, Puchong, SEKITAR PETALING JAYA dan SEKITAR CHERAS.

    Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

    * Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut.

Wednesday, 13 May 2015

SUSU IBU, SUSU TERBAIK

Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu apatah lagi boleh menyusui sendiri bayi yang dilahirkan. Secara lahiriahnya setiap ibu mampu menyusui sendiri anaknya. Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi anda. Ia mengandungi khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikannya membesar dengan sihat dan kuat. Susu ibu juga mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya drp serangan dan jangkitan yg biasa dihidapi oleh bayi yang baru lahir. Malah, kebanyakan susu tepung bayi boleh menyebabkan jangkitan biasa dan cirit birit dikalangan bayi.

Selain bayi, ibu juga mendapat manfaat kesihatan drp penyusuan tersebut. Sesetengah jenis kanser seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu-ibu yang menyusui bayinya. Penyusuan secara eksklusif disarankan untuk diberi sehingga 6 bulan. Dan selepas itu diteruskan penyusuan dgn makanan tambahan sehingga 2 tahun atau lebih. Diet yang seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu di samping mengekalkan kesihatan si ibu.

Senarai di bawah adalah saranan nutrien yang perlu diambil oleh para ibu yang menyusui bayi bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya:

1) Multivitamin.

Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi drp diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

2) Protein.

Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat sehari.

3) Vitamin C.

Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu menyusui bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

4) Bcomplex.

Vitamin bcomplex merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisme yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin bcomplex untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.

5) Kalsium.

40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

6) Asid lemak Omega 3.

Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan. (ADHD) atau autisme.

7) Alfalfa.

Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.

call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457

untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Kedai saya dibuka 24 JAM SETIAP HARI. Tidak lupa, khas untuk pelanggan-pelanggan yang saya sayangi, HARGA MURAH, KONSULTASI & KHIDMAT NASIHAT serta JADUAL PEMAKANAN yang BETUL menanti anda! Penghantaran diuruskan ke SELURUH MALAYSIA.

COD : Taman Medan, Taman Dato' Harun, PJS, Jalan Klang Lama, Seri Sentosa, Seri Manja, Angkasapuri, Pantai Dalam, Bangsar, PPUM, UM, Puchong, SEKITAR PETALING JAYA dan SEKITAR CHERAS.

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut.

Sunday, 3 May 2015

Vitalea Shaklee Multivitamin Pertama Dunia

Sempena 100 tahun Multivitamin Shaklee ni saja nak share dengan pembaca semua satu artikel dari majalah iSihat edisi Febuari 2013 tentang Multivitamin Shaklee iaitu multivitamin tertua di dunia, Vitalea Iron Formula.

call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457

untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Kedai saya dibuka 24 JAM SETIAP HARI. Tidak lupa, khas untuk pelanggan-pelanggan yang saya sayangi, HARGA MURAH, KONSULTASI & KHIDMAT NASIHAT serta JADUAL PEMAKANAN yang BETUL menanti anda! Penghantaran diuruskan ke SELURUH MALAYSIA.

COD : Taman Medan, Taman Dato' Harun, PJS, Jalan Klang Lama, Seri Sentosa, Seri Manja, Angkasapuri, Pantai Dalam, Bangsar, PPUM, UM, Puchong, SEKITAR PETALING JAYA.

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut.

Saturday, 2 May 2015

Rahsia Kulit Cantik Dengan Shaklee

Kulit yang sihat dan cantik adalah idaman semua orang terutamnya golongan wanita. Untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik, pengambilan makanan tambahan (suplemen) tidak dinafikan banyak membantu. Ini kerana, ianya membantu menutup ruang2 kosong pengambilan nutrisi yang tidak lengkap oleh badan kita. Apa yang terbaik untuk dapatkan kulit yang sihat, cantik,gebu dan berseri2??. Jom kita tengok....

Collagen Powder

kolagen kulit

Kolagen merupakan protein yang paling banyak terdapat di dalam badan manusia. Malah, ia menyumbang kepada 75% berat dalam tahap kulit yang sihat! Tahap kolagen yang sihat menyerlahkan rupa yang sihat dan menampilkan susuk tubuh yang muda.

Apa bezanya Shaklee Collagen Powder dengan kolagen di pasaran?? Shaklee Collagen Powder diperbuat dari sisik ikan merah yang hidup di lautan dalam.Ikan merah ni tahan lasak dan bebas daripada pencemaran kimia kerana habitatnya adalah di laut dalam.

Kesan pengambilan Shaklee Collagen Powder bukan setakat mencerahkan, melicinkan dan mengembalikan keanjalan kulit, malah lebih dari itu, ianya juga menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang lebat bersinar, menegang dan menganjalkan payudara dan menguatkan tulang serta sendi. Memang MARVELLOUS!!!

Energizing Soy Protein (ESP)

protein hebat

Pengambilan protein penting sebab protein adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibodi, enzim, hormon, haemoglobin dan sel-sel. Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu badan yang lama atau tua dengan tisu-tisu yang baru, menggantikan tisu-tisu yang rosak atau cedera dengan tisu-tisu yang baru. Menerusi pengambilan ESP yang berterusan, ianya mampu meningkatkan kualiti sel-sel yang diperbaharui.
Vitamin C

asid askorbik

Vitamin C dgn fungsi antioksidannya berperanan meremajakan kulit, mencegah penuaan akibat serangan radikal bebas serta menghalang sinaran matahari yg boleh menimbulkan gangguan kulit. Proses terakhirnya menjadikan kulit lebih sihat,cantik,bersih,bersinar dan cerah. Pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen. Vitamin C juga boleh dibuat masker,bestkan!!

Vitamin E

vitamin e dengan ekstrak grape seed

Ia mengandungi bahan anti oksidan dan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit. Kalau ada jerawat yang baru pecah, sapu je Vitamin E ni kat parut jerawat tu, cepat je hilang nanti. Vitamin E selain boleh dimakan, ianya juga boleh dibuat masker.Gabungan semua vitamin-vitamin di atas membantu dalam menyerikan wajah, menegangkan kulit, mencegah jerawat serta melupuskan parut-parutnya jika di ambil secara berterusan. Wajah anda pasti kelihatan berseri dari dalam; tanpa perlu mekap berlebihan yang mungkin merosakkan kulit. 
Jangan tak tau , setiap vitamin cantik atas ni boleh juga di jadikan masker tau..
jom saya kongsikan cara-cara membuat masker
masker vitaminE dan ESP

 masker Vitamin C