Thursday, 6 November 2014

LECITHIN ATASI BENGKAK SUSU

Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi tentu pernah sekurang-kurangnya sekali mengalami masalah ini.  Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja tahu kesakitan yang perlu ditanggung. Bagaimana cara mengatasi masalah ini? Dapatkan maklumat lanjut di bawah.


Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payu dara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.

Ingatlah bahawa payu dara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormone susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh.

Cuba amalkan petua berikut apabila ibu mengalami masalah bengkak susu.


1.      Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.


2.      Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.


3.      Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.


Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!


4.      Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.


5.      Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.


6.      Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).


7.      Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).


8.      Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.


9.      Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.


10.  Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.

Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol dengan nasihat daripada doktor.


Oleh: EDITORIAL PAMA


Produk LECITHIN SHAKLEE sesuai untuk bengkak susu


Umum mengetahui bahawa Lecithin shaklee hanya digunakan oleh mereka dalam proses menguruskan badan sahaja. Namun tahukah anda bahawa lecithin juga mampu menyelesaikan masalah bengkak susu. Ini kerana lecithin akan memecahkan lemak dalam badan menjadi titisan kecil.


Bagaimana ia berfungsi?

tahukah anda kandungan susu ibu termasauk lemak? Jadi , lemak tersebut tersumbat dan menjadi punca bengkak susu. Oleh itu, di sinilah peranan lecithin memecahkan lemak tersebut.


Lecithin juga amat bagus dimakan oleh ibu menyusu kerana ia berasaskan sumber kacang soya yang bagus untuk perkembangan otak.


tahukah anda mengapa orang jepun cerdik pandai?

Ini kerana mereka dipercayai selalu makan kacang soya. Orang jepun makan kacang soya jeruk dinamakan natto.


Kesan daripada makan Lecithin shaklee?

Bukan sahaja anda dapat mengatasi masalah bengkak susu, malahan anda juga dapat menyalurkan khasiat susu yang lebih baik untuk minda dan saraf anak anda.

Untuk kesan yang lebih baik, disarankan para ibu mengambil dengan alfalfa shaklee bagi merangsang proses penghasilan susu yang lebih banyak. Secara tak langsung ibu telah melengkapkan diri ibu dengan set slim shaklee kerana peranan lecithin membuang lemak dan alfalfa pula membuang lemak dan toksin dalam badan supaya ibu kekal cergas dan bertenaga.

Berikut antara testimoni yang menggunakan lecithin untuk mengatasi bengkak susu

Testimoni 1 :

Testimoni 2 :


Untuk mencuba produk boleh menghubungi saya di:

call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457

untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Kedai saya dibuka 24 JAM SETIAP HARI. Tidak lupa, khas untuk pelanggan-pelanggan yang saya sayangi, HARGA MURAH, KONSULTASI & KHIDMAT NASIHAT serta JADUAL PEMAKANAN yang BETUL menanti anda! Penghantaran diuruskan ke SELURUH MALAYSIA.

COD : Taman Medan, Taman Dato' Harun, PJS, Jalan Klang Lama, Seri Sentosa, Seri Manja, Angkasapuri, Pantai Dalam, Bangsar, PPUM, UM, Puchong, SEKITAR PETALING JAYA.
Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut.

Tuesday, 4 November 2014

KEPENTINGAN OMEGA SEMPENA PROMOSI

Omega guard membekalkan asid lemak omega 3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.


Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung

Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega 3 seperti DHA dan EPA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Penyelidikan juga menunjukkna bahawa paras asid lemak omega 3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan karsiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega 3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi sendi.



Monday, 3 November 2014

PANDUAN MENDIDIK ANAK

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

VITAMAIN DI AWAL KEHAMILAN

 
Pada peringkat awal ni kesihatan dan pemakanan amat penting bagi seorang ibu hamil. Maklumlah benih baru nak bercambah. Mesti ditatang bagai minyak yang penuh. Kebiasaanya ibu hamil perlu memastikan tekanan darah seimbang. Tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi. Pastikan HB sentiasa stabil.Tidak terlalu rendah kerana ia akan mengganggu proses pembetukan organ-organ pada bayi. Malah ia boleh menyebabkan keguguran.


 

Sunday, 2 November 2014

PROMOSI OMEGAGUARD SHAKLEE

Inuits, satu kaum Eskimo di Greenland, mempunyai 42 perkataan untuk salji tetapi tidak mempunyai satu patah perkataan pun untuk penyakit jantung. Mengikut Dr. Caroline Shreeve, kaum Inuit jarang mendapat mana-mana jenis penyakit jantung. Sebabnya, makanan utama mereka adalah lemak dan daging singa laut dam ikan air sejuk.
Minyak ikan laut dalam mengandung asid lemak Omega-3 yang terdiri dari EPA dan DHA, ia-itu asid lemak yang sangat diperlukan tubuh kita. Ianya boleh didapati dengan banyaknya di dalam ikan air sejuk berlemak tinggi seperti mackerel, kod, salmon, kerapu, jerung, sardin dan ikan todak. Apa manfaat kesihatan yang boleh kita perolehi dari minyak ikan? Baca seterusnya:

Tanpa asid lemak dalam makanan harian kita, kita mengambil satu langkah ke arah kematian. Asid lemak yang sangat diperlukan tubuh kita terbahagi kepada dua: Omega-6 EFAs and Omega-3 EFAS. Omega-6 boleh diperolehi dari minyak sayuran dan Omega-3 dari minyak ikan dan beberapa minyak lain.

Para saintis dan doktor berpendapat bahawa peningkatan kes sakit jantung, hipertensi, darah tinggi, obesiti, kencing manis, penuaan dan kanser jenis tertentu adalah disebabkan pengambilan Omega-3 dan Omega-6 yang tidak seimbang.

EPA dan DHA, juga dapat membantu dalam pencegahan aterosklerosis, serangan jantung, kemurungan dan beberapa jenis kanser. Permakanan tambahan minyak ikan juga telah terbukti berguna untuk merawat artritis reumatoid, kencing manis, penyakit Raynaud dan kolitis ulseratif.


Pada zaman sekarang, amat mudah untuk kita mendapatkan omega ini. Ianya berbentuk tablet dan mudah diamalkan. Ia adalah OMEGAGUARD SHAKLEE. Bulan ini shaklee telah melakukan promosi omegaguard dengan pembelian 6 botol anda akan mendapat percuma 1 botol.

Saturday, 1 November 2014

PUTIH-PUTIH SI BAWANG PUTIH (garlic shaklee)

Petua orang tua-tua, bawang putih ni bagus untuk kesihatan yang mana antara kebaikkannya, bagi ibu yang berpantang selepas bersalin dapat membantu pengeluaran angin dalam badan, mengurangkan tekanan darah tinggi, juga untuk membanyakkan susu. Sungguh masa berpantang dulu kalau mak saya guna bawang putih 3 lawang besar bawang putih mak ulas-ulaskan campur dalam lauk yang mak masak. Memang susu badan banyak sangat masa tu.

Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex keluaran Shaklee adalah Galic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.

Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. (tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunyai Allicin aktif. Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.