Sebenarnya nak dapatkan supply susuibu yang banyak adalah
sesuatu yang perlu diusahakan. Penghasilan ini melibatkan otak, hormon dan
tubuh badan kita yang kita tidak dapat kawal dengan butang 'on-off'. Perlu
banyak usaha untuk memberi signal pada otak dan hormon. Disini saya nak
kongsikan beberapa tips-tips yang dari ibu-ibu yang telah berjaya dalam
mengumpul stok yang banyak. Moga ini dapat memberi sedikit info pada ibu-ibu
ya:-
1) Setkan minda untuk menyusukan baby dari awal lagi.
Dapatkan ilmu dan fahami berkenaan konsep-konsep penyusuan sejak mengandung
lagi terutamanya konsep 'Lebih kerap payudara dikosongkan-Lebih banyak susuibu
akan terhasil'. Ini membuatkan anda lebih bersedia mengatasi sebarang cabaran.
2) Berinteraksilah dengan golongan ibu-ibu yang menyusukan
anak. Ini secara tidak lansung mendorong anda untuk terus menyusukan anak anda.
Menyertai kumpulan menyusu dalam Facebook adalah salah satu cara.
3) Persediaan awal sejak mengandung lagi, khasnya dalam
mendapatkan badan sihat, cergas dan fit semasa pantang. Ini memerlukan
pemakanan yang seimbang. Jangan abaikan supplement (baik dari doktor mahupun
dari selainnya) ketika mengandung kerana ia adalah penyumbang kepada nutrisi
dalam badan. Nutrisi inilah yang digunakan untuk perkembangan baby semasa
mengandung dan juga untuk penghasilan susuibu.
4) Dapatkan pam yang sesuai dan efektif bagi anda.
5) Hanya beri susuibu pada bayi anda. Ini adalah kerana bayi
anda sendiri sedang belajar cara menyusu, apa susu yang nak diminum. Jika baby
terbiasa dengan rasa susu formula, mungkin baby akan menolak susuibu. Begitu
jugalah dengan pengunaan botol susu atau puting, ini mungkin akan menyebabkan
baby keliru puting dan seterusnya menolak penyusuan secara direct atau lansung
dari ibu.
6) Ambil peluang mengumpul stok semasa berpantang. Jika baby
tidur pada waktu malam lebih dari 2 jam, anda boleh mengepam. Ataupun pam
selepas bayi habis menyusu. Biarpun pada mulanya hanya mendapat 1 oz atau tiada
lansung, lama-lama akan bertambah.
7) Satu lagi cara adalah beri baby di salah satu payudara
dan pada waktu yang sama pam payudara yang satu lagi. Ini akan meningkatkan
hormon penyusuan anda. Namun pastikan baby cukup minum ya.
8) Jaga minum anda sepanjang perjalanan penyusuan. Air
pastikan cukup, ikut rasa haus anda. Namun secara rawak, 8 gelas setiap hari.
Tetapi jika anda mengambil supplement adalah lebih baik minum lebih banyak air,
sekurang-kurangnya 3 liter.
9) Jaga pemakanan anda.Pelbagaikan makanan anda untuk
memenuhi semua keperluan nutrisi. Pastikan ianya seimbang. Sekiranya anda ni
jenis makan cincai, kurang makan sayur atau buah, tidak suka minum susu dan
lain-lain lagi masalah pemakan, maka pengambilan supplement amat digalakkan.
Cubalah mengambil supplemen SHAKLEE untuk memenuhi keperluan nutrisi harian
anda.
Ingat, anda memerlukan 500 extra kalori untuk menghasilkan
susuibu. Jadi jika nak diet, jangan amalkan makan sedikit tapi amalkan diet
yang sihat: kurang minyak, kurang nasi, banyak sayur, protin dan kalsium cukup
dlll.
10) Cuba elakkan rasa stress. Dapatkan rehat yang cukup.
Stress akan menyebabkan tubuh badan bekerja dua kali ganda dari biasa. Ini
sudah tentu menjejaskan penghasilan susuibu.
11) Kosongkan payudara sekerap mungkin. Jika baby tidak
menyusu, perlu pam untuk keluarkan susuibu. Ini adalah konsep no. 1... Kalau
makan supplemen banyak-banyak pun, jika tiada permintaan untuk membanyakkan
susuibu, maka penghasilan susuibu tidak akan bertambah atau dalam kes lebih
teruk, akan berkurang.
12) Sekiranya anda bekerja, maka perlu ada masa untuk pam
ditempat pekerjaan anda. Kalau boleh amalkan rutin yang sama pada setiap hari.
Seperti contoh pam pada masa yang sama, minum air sebelum mengepam dan
lain-lain lagi. Dan pamlah setiap 2-3 jam.
13) Amalkan teknik Power Pumping. Ini telah membantu ramai
ibu-ibu khasnya bila susuibu mereka merundum dan ibu-ibu yang mengepam sahaja
tanpa penyusuan secara lansung.
14) Berdoalah kepada Allah suapaya susu kita sentiasa ada
dan cukup untuk anak2 kita.
hubungi saya, di talian 016 447 4510 atau 017 485 2457
www.facebook.com/zalina.nina
www.facebook.com/pages/Ummi-Muhaimin/538121896210701?ref=hl
COD : taman medan, dato harun, PJS, jln klang lama, taman seri sentosa, taman seri manja, angkasapuri, pantai dalam, PPUM, UM dan sekitar petaling jaya.
www.facebook.com/pages/Ummi-Muhaimin/538121896210701?ref=hl
COD : taman medan, dato harun, PJS, jln klang lama, taman seri sentosa, taman seri manja, angkasapuri, pantai dalam, PPUM, UM dan sekitar petaling jaya.
No comments:
Post a Comment