Wednesday 10 September 2014

:: Tips kumpul stok susu sebelum bekerja ::

1-mula awal!

semasa dalam pantang, biasanya jumlah susu yang dikeluarkan oleh badan adalah lebih banyak (untuk yang tiada masalah). ambil lah kesempatan ini untuk mula menyimpan. jangan tunggu susu banyak baru simpan. dapat 1oz pun tak apa! sikit- sikit, lama- lama penuh lah freezer.

2-kenali corak penyusuan bayi

selepas dua minggu, biasanya badan dah bersedia untuk menghasilkan susu dengan baik. dalam masa ini juga, corak penyusuan bayi juga sudah boleh dijangka; berapa banyak dia menyusu, berapa lama dia tidur, jenis suka melekat atau jenis minum-kenyang-tidur. perhatikan corak ini untuk menentukan bila ibu mahu mengepam. kalau bayi jenis tidur 2 jam, jangan lah dah dekat 2 jam baru nak pam, mesti mengepam tak habis, baby dah nangis. leceh & boleh buat hilang semangat! jika bayi boleh kenyang menyusu sebelah saja, ibu boleh pam yang lagi sebelah untuk stok.

3- korbankan sedikit waktu tido siang/ malam

ada bayi tido siang lama, tapi malam berjaga, dan sebaliknya. memang ibu- ibu nak sangat tidur bila bayi tidur. sesekali, korbankan waktu tidur, bangunlah untuk mengepam. bukan lama sangat pun mengepam kan 

4- pam dan susukan bayi sekaligus

ibu- ibu memang hebat multitasking kan! kalau ada pam battery/ electric kerja mengepam sambil menyusukan bayi boleh menjadi sangat mudah.sebelum mereka tahu nak tendang- tendang, atau tangan menggapai- gapai necklace mama!

5- konsisten

mesti konsisten, jangan culas (daily reminder untuk saya juga).semasa mengumpul stok untuk adam, saya pastikan setiap hari saya mesti buat stok, walaupun sebotol, walaupun 1oz. jangan biar hari berlalu tanpa tambahan stok susu ya.

saya faham, ramai yang jadi frust bila mengepam dapat 1-2 oz untuk simpan. percayalah, 1/2 oz pun ada sumbangan kepada jumlah stok ya. makanlah makanan seimbang, jangan putus asa mencari milk booster yang paling berkesan untuk badan, pastikan cukup minum air.


Diharapkan dengan adanya tip2 berikut mampu manaikan semangat ibu2 termasuk diri saya sendiri untuk mengumpul stok susu untuk bayi kita.

Selain tips yang berguna, amalan pemakanan yang betul juga memainkan peranan yang penting. Setetah berpantang dengan aman dan bersemangat menggumpul stok, ibu2 boleh menyambung dengan menggambil suplemen SET PENYUSUAN untuk konsistenkan penghasilan susu dan meningkatkan kualiti susu tersebut

Antara set penyusuan yang paling menjadi pilihan ibu adalah ESP + ALFALFA + OSTEMATRIX



hubungi saya, di talian 016 447 4510 atau 017 485 2457
www.facebook.com/zalina.nina
www.facebook.com/pages/Ummi-Muhaimin/538121896210701?ref=hl

COD : taman medan, dato harun, PJS, jln klang lama, taman seri sentosa, taman seri manja, angkasapuri, pantai dalam, PPUM, UM dan sekitar petaling jaya.

No comments: