Friday 16 January 2015

PENGEDAR SAH SHAKLEE PETALING JAYA: Bahaya penyakit Batu Karang


Batu karang atau “renal stone” membawa maksud terdapat batu di buah pinggang atau salur kencing  seseorang. Batu ini terbentuk apabila terdapat mendakan mineral dalam air kencing. Selalunya kaum lelaki lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini, namun kaum wanita juga juga tidak terkecuali dari mendapat penyakit ini.




Apa simptom penyakit batu karang?

1. Simptom utama dan nombor satu untuk masalah batu karang ini adalah rasa sakit yang teramat sangat di belakang atau pinggang. Malah, sakit ini digambarkan oleh ramai pesakit sebagai sakit yang lebih teruk daripada sakit melahirkan anak. Biasanya, apabila sakit ini datang menyerang, sakit ini akan berlanjutan selama 20 hingga 60 minit dan dalam tempoh tersebut, sakit itu akan datang dan pergi.

2. Hampir semua pesakit batu karang akan ada kesan darah di dalam air kencing mereka dan ini dipanggil sebagai hematuria. Darah di dalam air kencing kadang kala boleh dilihat dari warna air kencing yang kemerahan atau hanya boleh dikesan dengan menggunakan ujian dipstick air kencing atau dilihat melalui ujian mikroskopik.

3. Selain itu, ramai pesakit turut merasa sakit atau rasa panas apabila kencing dan seringkali boleh nampak butiran pasir halus di dalam air kencing mereka. 

4. Ada juga yang mengadu demam, menggigil, rasa loya dan muntah-muntah apabila mempunyai batu karang di saluran air kencing mereka.

5. Namun, ramai juga pesakit batu karang yang langsung tidak mempunyai sebarang simptom. Pesakit-pesakit ini hanya tahu mengenai batu karang mereka apabila mereka melalui pemeriksaan kesihatan menggunakan “ultrasound scan”, X-ray atau “CT scan” yang bertujuan untuk mengesan penyakit lain. Malah, batu karang boleh berada di dalam buah pinggang selama bertahun-tahun tanpa menyebabkan sebarang simptom.

Batu karang boleh terjadi sama ada di dalam buah pinggang atau hempedu. Saiz dan bentuknya pelbagai dan komposisinya bergantung daripada ia terbentuk. Rawatan daripada doktor biasanya bergantung kepada analisis  komposisi batu karang yang ditemui.

 

Jenis-jenis batu karang dalam buah pinggang:
  • Kalsium – jenis yang paling biasa ditemui. Kalsium yang didapati daripada diet harian, jika tidak diserap oleh tulang dan otot, akan dihantar ke buah pinggang. Biasanya, kalsium berlebihan akan dikeluarkan bersama air kencing, tetapi ada kalanya sebahagian kalsium ini akan termendak di buah pinggang, bergabung dengan sisa buangan dan menghasilkan batu karang. Jenis yang biasa ditemui adalah kalsium oxalate.
  • Struvite – bisanya terhasil oleh infeksi pada saluran kencing. Ia mengandungi mineral magnesium dan bahan buangan ammonia.
  • Asid Urik – terbentuk apabila terlalu banyak asid urik di dalam air kencing
  • Cystine – batu karang jenis ini terlalu jarang ditemui. Cystine diperlukan dalam proses pembentukan otot, urat dan sel tubuh yang lain. Selalunya ini adalah penyakit keturunan.

 

Jenis-jenis batu karang dalam hempedu:


Info Penyakit Batu Karang Hempedu
  • Kolesterol – akan terbentuk bila terlalu banyak kolesterol di dalam hempedu
  • Pigmen – terbentuk apabila terlalu banyak bilirubin di dalam hempedu.
Selalunya batu karang yang kecil tidak akan memberi simptom kepada pesakit, tetapi batu karang yang besar akan memberi rasa sakit yang amat sangat di bahagian bawah pinggang (belakang) dan tepi kelengkang ketika ia bergerak bersama-sama cecair melalui saluran halus di dalam sistem buah pinggang atau hempedu.


Cara atasi/elakkan batu karang:

  • Minum air masak 8-12 gelas sehari. Kurangkan teh dan kopi kerana sifatnya yang diuretik
  • Jika anda mempunyai asid urik yang tinggi, anda disarankan mengurangkan pengambilan daging
  • Jika anda cenderung mempunyai batu karang jenis oxalate, anda perlu kurangkan makan makanan tinggi oxalate seperti tomato, bayam dan coklat.
  • Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan batu karang. Barli, kentang, keledek dan pisang adalah bagus untuk anda.
  • Kurangkan protien haiwan dan gantikan dengan protien ikan/tumbuhan


Cadangan rawatan semulajadi dengan amalkan vitamin shaklee





Bagaimana setiap vitamin ini berfungsi untuk membantu mengurangkan masalah batu karang?

  • Alfalfa Complex – ia merupakkan agen detox dan anti inflamasi untuk mengurangkan keradangan akibat penyakit batu karang
  • B-Complex – membantu mengurangkan garam mineral (oksalat) yang membentuk batu karang & menampung vitamin B6 yang berkurangan
  • Ostematrix – supplemen kalsium lengkap dengan magnesium dan vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium dengan sempurna dan menurunkan garam mineral tersebut.
  • Sustained Release Vita-C – menambah keasidan urin di mana batu karang tidak akan terbentuk dalam urin yang berasid, juga untuk membantu penyembuhan luka dalaman


Testimoni set baru karang ini.Apa kata mereka?


Testimoni 1

Testimoni 2



Stok ready, 
Untuk mencuba produk boleh menghubungi saya di:

call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457

untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Kedai saya dibuka 24 JAM SETIAP HARI. Tidak lupa, khas untuk pelanggan-pelanggan yang saya sayangi, HARGA MURAH, KONSULTASI & KHIDMAT NASIHAT serta JADUAL PEMAKANAN yang BETUL menanti anda! Penghantaran diuruskan ke SELURUH MALAYSIA.

COD : Taman Medan, Taman Dato' Harun, PJS, Jalan Klang Lama, Seri Sentosa, Seri Manja, Angkasapuri, Pantai Dalam, Bangsar, PPUM, UM, Puchong, SEKITAR PETALING JAYA.

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan



* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut.



No comments: