Saturday, 27 September 2014

:: SOALJAWAB : Menyusukan Anak Angkat ::

Saya telah berkahwin selama 10 tahun tetapi tidak mempunyai anak. Saya dan suami telah mencuba pelbagai rawatan sama ada secara perubatan moden atau pun tradisional. Malangnya kami masih tidak berjaya. Kami juga mencuba rawatan secara persenyawaan in-vitro (IVF) sebanyak dua kali namun masih juga tidak berjaya untuk hamil. Kami reda dan bercadang untuk mengambil anak angkat. Mohon doktor membantu cara untuk mencetuskan penyusuan ibu bagi anak angkat tersebut. Bilakah cara yang patut dimulakan?

Puan Ros,

Kuantan, Pahang.
Jawapan:

Ibu angkat mampu menyusukan anak angkatnya tetapi terdapat beberapa persediaan yang perlukan perhatian rapi sebelum anda memulakan niat murni itu.

Persediaan pertama demi merealisasikan impian menyusukan anak angkat perlu bermula dengan kaunseling bersama perunding laktasi atau kaunselor laktasi. Anda dan suami amat digalakkan untuk mengikutinya sebagai persediaan mental dan fizikal sebelum menunaikan tanggungjawab memelihara anak angkat. Lakukannya dengan sekurang-kurangnya dua bulan sebelum bayi angkat diambil.

Semasa proses kaunseling, anda berdua akan dimaklumkan tentang proses yang bakal dilalui secara keseluruhan. Latar belakang anda akan diselidik daripada segi kesihatan, kemampuan dan kelapangan masa. Anda juga akan dimaklumkan tentang kesan sampingan jika ada, semasa proses cetusan laktasi berlaku. Seterusnya anda biasanya diberi pilihan pelan yang bakal dilalui bersesuaian dengan latar belakang masing-masing bagi membolehkan pengubahsuaian gaya hidup bersesuaian dengan kehadiran bayi yang bakal ditimang.

Apabila bayi diambil, anda harus memulakan 'ikatan' dengan bayi. Hal ini boleh dilakukan sendiri di rumah. Caranya ialah melakukan sentuhan kulit ke kulit dengan meletakkan bayi di atas dada.

Tujuannya untuk mewujudkan hubungan rapat yang pada masa bertindak sebagai sesi perkenalan di antara ibu dan anak. Dalam masa yang sama, suami turut digalakkan melakukan perkara yang sama.

Secara semula jadi, bayi tahu cara untuk mencari payu dara. Jadi, beri peluang kepada dia dengan membenarkan dirinya mengenali anda dengan lebih dekat. Ketika melalui proses ini, jangan paksa diri dan banyakkan bersabar sekiranya perlu menempuh beberapa cabaran yang tidak diingini.

Apabila bayi sudah membiasakan diri, dia dengan sendirinya akan memulakan proses penyusuan. Bertenang dan yakinkan diri walaupun tahu susu ibu belum ada. Oleh itu, biarkan bayi menghisap atau melekap pada payudara. Langkah seterusnya, anda perlu mempelajari dan mengetahui serba sedikit posisi penyusuan yang bersesuaian agar proses penyusuan akan datang dapat berlangsung dengan lancar.

Setelah bayi berjaya melekap pada payudara, dia perlu diberi 'ganjaran' atas usaha hebat yang dilakukannya. Antara kaedah yang boleh digunakan untuk memberi ganjaran kepada bayi ialah:

i. Titisan Susu. Dalam keadaan bayi melekap pada payudara, titiskan susu gantian yang terkandung di dalam botol susu perlahan-lahan ke mulut bayi. Picit sedikit-sedikit atau anda boleh sudukan susu di tepi bahagian payudara menghala ke mulutnya. Titiskan serapat mungkin dengan mulut bayi.

ii. Gunakan Tiub. Hujung tiub khas dilekatkan pada payudara manakala hujung satu lagi berada dalam bekas yang mengandungi susu gantian. Ini membolehkan bayi menerima susu gantian melalui tiub semasa dia menyusu pada payudara.

iii. Bantuan Supplemental Nursing System (SNS). Fungsi alat ini sama dengan kaedah kedua tetapi dalam sistem peralatan ini, kesemua peralatan dibekalkan dalam pakej. Antara alat yang ada ialah bekas penyimpan susu, tali untuk menggantung peralatan di leher, tiub dalam tiga saiz berbeza bersesuaian dengan kelajuan aliran susu yang diperlukan bayi dan pita pelekat untuk melekatkan tiub pada payudara. Sama seperti pilihan lain, ia membolehkan bayi melekap dan menyusu pada waktu yang sama.

Kunci utama dalam menjayakan matlamat menyusukan anak angkat ialah penghasilan hormon prolaktin dan oksitoksin di dalam tubuh. Kedua-dua hormon ini boleh dicetuskan apabila tubuh anda menerima rangsangan penyusuan secara berterusan dengan kerap setiap hari. Hormon prolaktin berfungsi menghasilkan susu. Manakala hormon oksitoksin pula berperanan memancutkan susu keluar daripada payudara. Memandangkan kedua-dua hormon ini dirembes oleh kelenjar pitituari di bahagian otak, maka ia langsung tiada kena-mangena dengan rahim. Oleh kerana itu, anda yang belum pernah hamil atau melahirkan bayi juga berupaya menghasilkan susu.

Ibu akan dapati terdapat perubahan pada payudara mereka. Perubahan yang berlaku pada payudara seperti membesar, puting berwarna lebih gelap dan ibu juga mula merasai "tingling sensation" atau rasa picitan. Bayi akan menghisap payudara ibu setiap kali menyusu walaupun pada mulanya meminum susu formula. Proses stimulasi ini akan meningkatkan aras hormon prolaktin untuk menghasilkan lebih banyak susu. Ibu juga harus berada dalam keadaan tenang dan sentiasa berperasaan sedang menyusukan anak. Ini adalah untuk merangsang hormon oksitosin yang akan memancutkan susu keluar.

Susu yang keluar pada awal biasanya berwarna jernih seperti air beras dan putih seperti susu biasa. Walaupun susu awal kolostrum yang berwarna kuning pekat tidak akan keluar, namun saya pasti ia cukup buat anda teruja kerana susu telah keluar daripada payudara anda. Lama kelamaan anda akan dapati payudara anda membengkak dan susu mula dihasilkan. Teruskan penyusuan. Namun, cara-cara perlekapan (latch) yang betul perlu dipelajari sejak awal untuk mengelakkan bayi anda keliru puting dan menolak puting anda. Percayalah, anda boleh berjaya.

Selain itu, ibu harus kerap mengepam payudara untuk merangsang payudara menghasilkan lebih banyak susu. Di sini konsep supply dan demand berlaku. Lebih banyak ibu menyusu bayi, mengepam dan mengosongkan payudara, lebih banyak susu yang akan dihasilkan.

Sumber : Utusan

:: AWAS!!..gelang getah ::

BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK DIBAWAH USIA 4 TAHUN !!!

CAP MINTA KEMENTERIAN KESIHATAN KAJI KESELAMATAN 'LOOM BAND'





GEORGETOWN 23 September - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta Kementerian Kesihatan menjalankan ujian terhadap produk gelang getah atau 'loom band' selepas timbul isu phthalates iaitu bahan kimia karsinogenik dalam produk berkenaan.

Presiden CAP SM Mohamed Idris berkata timbul kekeliruan berhubung keselamatan penggunaan bahan itu memandangkan kementerian tidak bercadang mengenakan larangan terhadap 'loom band' sedangkan ia diharamkan di United Kingdom.

"Kementerian Kesihatan perlu menjalankan ujian ke atas semua produk 'loom band' di pasaran dan menghebahkan hasil ujian itu kepada orang ramai di samping menarik balik produk itu daripada pasaran tempatan sehingga ia terbukti selamat untuk digunakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam kenyataannya baru-baru ini, menyebut 'loom band' tidak diklasifikasi sebagai alat mainan di Malaysia sebaliknya aksesori hiasan, dan ibu bapa dinasihat tidak memberikan barangan itu kepada kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah.

Justeru, CAP berpendapat pengawalan terhadap produk itu di Malaysia agak kabur dan menyebabkan orang ramai keliru sama ada ia selamat digunakan atau tidak.

Mohamed Idris berkata 'loom band' di Malaysia adalah sama seperti yang dijual di negara lain termasuk United Kingdom, selain lambakan produk tiruan dikhuatiri mengandungi bahan kimia berbahaya pada paras lebih tinggi.

Beliau juga berkata pembungkusan kebanyakan 'loom band' di Malaysia bukan dalam bahasa tempatan.

Mohamed Idris berkata produk itu sepatutnya dilabel dengan sempurna dalam bahasa tempatan agar pengguna boleh membuat keputusan yang betul jika ingin membelinya.

Phthalates merupakan bahan kimia yang mempunyai keupayaan mengganggu hormon dan digunakan terutamanya untuk mempertingkat fleksibiliti dan pelbagai ciri lain plastik.


Sumber : Bernama

Friday, 26 September 2014

:: Promosi meal shakes shaklee ::

PROMOSI MEAL SHAKES BELI 3 PERCUMA 1.
*******************************************


SIAPA YANG PERLUKAN MEAL SHAKES SHAKLEE??

✔ ANAK ANDA perlu Meal Shakes:
✿ TAK SELERA NAK MAKAN ?
✿SERING SEMBELIT ?
✿TIDAK FOKUS DALAM KELAS ?
✿KURANG BERAT BADAN ?
✿CEREWET MEMILIH MAKANAN?

✔ IBU HAMIL juga perlu Meal Shakes:
✿TAK SELERA NAK MAKAN?
✿MORNING SICKNESS YANG TERUK

✔ IBU MENYUSU juga perlu Meal Shakes:
✿yang ada kekangan BUDGET untuk mendapatkan Energizing Soy Protein [ESP].

✔WARGA EMAS juga perlu Meal Shakes
✿TIDAK MAKAN SECARA SIHAT
✿TIDAK SUKA DENGAN VITAMIN BERBENTUK PIL
✿TIADA SELERA

✔ TERLALU KURUS dan ingin TAMBAH BERAT BADAN – Add on B.Complex dan Vitalea

✔ Ingin BERTENAGA sepanjang hari BERPUASA –Add on ESP dan Performance Drink

Wsap 016 447 4510
Promosi bln ni ja tau..berbaloi2 tau..murah gila jika kita share..
Saya suka..saya suka..

Cod seluruh petaling jaya
Pos seluruh malaysia

Tuesday, 16 September 2014

:: Dish Wash Concentrate ::

Jika kami menyatakan bahawa Pencuci Pinggan kami yang berbau harum ini tidak merengsakan tangan dan mesra alam sekitar, mungkin anda beranggapan bahawa ia tidak dapat menanggalkan kotoran dan minyak dengan berkesan. Hakikatnya, anda memerlukan beberapa titisan kecil sahaja untuk menanggalkan timbunan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda.

Benar, beberapa titis sahaja. Masih tidak percaya?

Lembut pada tangan
Rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mapan
Buih sabun yang tahan lebih lama
Menjadikan pinggan bersih berkilau
Hanya beberapa titisan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki


Tahukah Anda?

Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate.
Kedua-dua bahan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.
Get Clean Dish Wash Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan ini mahupun bahan berbahaya yang lain

Keunikan Shaklee
Selamat
Tidak toksik
Hipoalergenik
Tanpa klorin
Lembut pada tangan anda
pH seimbang
Tiada bahan kimia berbahaya

Berkesan
Amat berkesan menanggalkan minyak
Rumusan pekat: hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
Buih sabun yang tahan lebih lama
Mesra Alam
Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
Mudah biorosot
Tanpa fosfat
Tanpa bahan pewarna
Bungkusan yang boleh dikitar semula
Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

::Get Clean® Water pitcher::


Get Clean® Water mengaplikasikan sistem penapisan air baharu berbilang paten bagi menghasilkan air yang lebih bersih dan sihat. Berbanding jag air yang lain, Get Clean®Water menggunakan blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar berbahaya - termasuk sehingga 99% plumbum!
Get Clean® Water merupakan jag air pertama yang menggunakan sistem penapis blok karbon yang boleh diisi semula. Langkah ini membantu mengurangkan timbunan botol plastik bagi pemuliharaan alam sekitar. Ia juga berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air bagi setiap blok penapis.
Air dan bumi yang lebih bersih dan lebih sihat.
Marilah kita meraikannya!
Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
  • Disahkan berkesan mengurangkan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain di samping mengekalkan kandungan mineral air yang bermanfaat!
  • Disahkan berkesan mengurangkan klorin, oleh yang demikian ia dapat membantu mengurangkan ancaman kesihatan akibat bahan sampingan klorin!
  • Disahkan berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkemuka.
  • Jag air pertama yang dilengkapi sistem penapisan blok karbon isian semula
Pilihan Bijak!
  • Kos hanya beberapa sen bagi satu liter air
  • Air yang lebih sihat dengan rasa yang lebih sedap
  • Jag air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah ditapis (tidak memerlukan kuasa elektrik)
  • Ringan dan mudah dibawa
  • Menjimatkan kos
Keunikan Shaklee
Selamat
  • Menyingkirkan plumbum dan pelbagai benda asing dalam air
  • Get Clean® Water mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf berkesan dalam mengurangkan plumbum dan benda asing lain oleh Persatuan Kualiti Air (WQA).
Pintar
  • Hanya beberapa sen bagi satu liter air
  • Warga Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya beberapa sen seliter, Get Clean® Water mampu memberikan air yang bersih dengan rasa yang lebih sedap. Ia juga dilengkapi meter pintar yang menunjukkan bilakah masanya anda patut menukar penapis. Tiada lagi ketidakpastian.
Berkuasa Tinggi
  • Lebih banyak air bersih pada setiap masa
  • Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) air daripada setiap blok penapis - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkenal. Malah, jag ini berupaya mengurangkan bahan cemar dalam air yang boleh memudaratkan kesihatan anda.
Mesra Alam
  • Memelihara kesejahteraan alam sekitar
  • Get Clean® Water menggunakan jag air dengan sistem penapis blok karbon isian semula yang pertama di dunia. Langkah ini dapat membantu mengurangkan timbunan sampah. Malah, setiap penapis diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan mesra alam sekitar.
Untuk mendapatkan produk shaklee berserta konsultasi yang terbaik, bolehlah hubungi saya di :

call/msj/wsap 016 447 4510
Zalina Pandak Aziz
Fb zalina pandak aziz
Like page kami ummi _ muhaimin

COD seluruh petaling jaya
POS seluruh malaysia

Friday, 12 September 2014

:: Petua Untuk Suami Isteri Mendapatkan Zuriat ::



1. Selama 3 bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli (warna hitam) setiap awal pagi (Untuk suami).

2. Buat senaman batin tiap-tiap kali bangun tidur waktu pagi (Untuk suami sahaja).

3. Amalkan bersedekah setiap hari Jumaat apabila ke masjid.

4. Amalkan membaca doa Nabi Zakaria.

5. Amalkan membaca Surah Al-Waqiah selepas subuh.

6. Lepas maghrib amalkan membaca Al-Mulk (kekuasaan Allah).

7. Banyak bersedekah kepada bayi-bayi yang baharu lahir.

A. Diet Pemakanan

a. Badam (Almond) 5 biji setiap hari
b. Buah Delima
c. Buah Zaitun
d. Buah Kurma
e. Jauhkan/pantang makan benda-benda masam, nenas, minuman bergas atau minuman yang berasid. Jangan makan makanan laut (seafood), boleh ambil spirulina setiap hari, makan sayur dan buah-buahan. Suami perlu banyak makan berasid seperti daging, ayam dan lain-lain.
f. Jangan minum air kelapa.

B. Senaman Batin

a. Duduk bersila badan tegak
b. Selepas itu, luruskan kaki kanan ke depan
c. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan, tangan kiri pula pegang lutut kiri. Tarik nafas dalam-dalam (secara perlahan-lahan)
d. Setelah nafas penuh di dada, bawa tangan kiri tadi ke sebelah kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jangan lepaskan nafas, tahan selama 7 saat) atau ikut kemampuan.
e. Ulangi perkara di atas dengan kaki kiri pula
f. Lakukan 3 kali selama seminggu, setiap kali lepas sembahyang subuh.Jika betul caranya, peluh akan keluar walaupun baharu buat 3 kali.

Selain petua dan tips diatas, kita juga boleh berusaha dengan amalan pemakanan suplemen shaklee iaitu Zinc Complex dan coQHealth untuk suami manakala isteri GLA Complex dan Alfalfa..