Tuesday, 15 July 2014

PENGEDAR SHAKLEE PETALING JAYA, TAMAN MEDAN,PANTAI DALAM :: Soal Jawab Shaklee ::

Okay people ! Since ramai yang hantar message tanya macam mana nak generate side income with Shaklee, meh saya nak terangkan sikit. Semua orang boleh baca. :)
Q: Bagaimana nak jadi distributor Shaklee ?
A: Registration fee is RM65 + RM10 (WM) / RM20 (EM) untuk postage member kit. Ataupun anda boleh beli barangan bernilai RM680, anda boleh dapat FREE membership. :)

Q: Berapa modal yang diperlukan ?
A: Tak perlu modal pun sebab dengan Shaklee ini kita boleh buat ala-ala dropship - bila customer order dan bayar barulah kita bayar kat Shaklee. Shaklee pula akan poskan barang tu kepada customer kita. Senang kan? Unless nak simpan stok kat rumah, suka hati lah invest berapa pun. Hehe.

Q: Berapa sales/belian kena maintain setiap bulan ?
A: Tak perlu maintain sales/points unless anda sudah jadi leader. Tiada jumlah minimum yang anda perlu beli setiap bulan kecuali anda memang target nak mendapatkan cash bonus. Nak beli untuk sendiri & keluarga sahaja pun boleh. Tak rugi pun jadi ahli.

Q: Berapa keuntungan boleh dapat setiap bulan ?
A: Bergantung kepada sales/purchase kita pada bulan tersebut. Minimum 150 points untuk layak dapat cashback/rebate/bonus. Bonus bermula dari 5% sehingga 21%, depending on berapa points kita dapat. :)

Q: Kena cari orang ke ? Kena head hunting ke ?
A: Tak perlu ! Saya pun tak suka nak cari-cari orang paksa-paksa join/beli.

Q: Tapiii saya tak tahu macam mana nak mula business...
A: InshaAllah saya akan guide & coach anda sebab once anda dah register dengan saya, anda dah jadi tanggungjawab saya, 'anak' saya. :) Cuma usaha untuk berjaya itu terletak pada diri anda sendiri. InshaAllah.

Q: Saya nak register jadi ahli tetapi tak nak jual-jual ni, boleh ke ?
A: Boleh je. Beli untuk kegunaan sendiri pun boleh. Saya takkan paksa anda jual, tanya lah mana-mana 'anak' saya, saya tak pernah paksa. Semua yang nak berbusiness semua atas inisiatif sendiri. If you need guidance saya akan tolong. :)

Q: Ok, cool ! So bagaimana nak register?
A: Saya boleh tolong registerkan. Anda cuma perlu bagi details yang diperlukan + registration fees. Selepas itu, anda tunggu kat rumah, nanti member kit sampai ye.

Clear tak ? Hehe. If ada soalan tambahan boleh hubungi saya ya.

Pertanyaan, konsultasi boleh hubungi saya di:




call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457
Hubungi Zalina 


COD : taman medan, dato' harun, PJS 2, seri manja, taman sentosa, jln klang lama, angkasapuri, pantai dalam, ppum, um, 



Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.




* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut





:: Ostematrix Shaklee ::

Ostematrix atasi SEMBELIT terutamanya ibu hamil / menyusu...

Antara kebaikan Shaklee Ostematrix :

(1) Tidur malam lebih lena
(2) Menghilangkan bisa-bisa kaki serta letih badan
(3) Mengelakkan sakit pinggang serta rasa kebas
(4) Melawaskan system penghadaman yang memudahkan anda untuk “membuang” keesokan harinya
(5) Badan lebih bertenaga apabila bangun bagi.





Kenapa dikatakan Ostematrix MELAWASKAN??

Sebab dlm Ostematrix ada magnesium.. Magnesium ni ada sifat laxative (melawaskan).. Ibu2 yg hamil dan dalam pantang sangat digalakkan ambil Ostematrix kerana kekurangan kalsium/magnesium boleh menyebabkan sembelit dan seterusnya buasir...

4 biji ostematrix memenuhi keperluan kalsium harian anda.









Monday, 14 July 2014

KEBAIKKAN DAN KHASIAT ZINC COMPLEX SHAKLEE



Pemulihan luka 
Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan luka. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. 

Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.  
 
Kesuburan 
Zinc memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostate, thyroid yang tidak aktif.
Kekurangan zinc juga dikatakan antara sebab kemandulan – Istilah yang di gunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan. Ia mempengaruhi bilangan sperm (sperm count) dan pergerakannya (sperm motility). 

Pembiakan 
Bagi lelaki, zinc membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan. 

Penjagaan Kulit 
Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. 

Ekzema 
Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. 

Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.

Jerawat 
Mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

Penjagaan rambut 
Ia membantu mengurangkan keguguran rambut terutama bagi wanita yang baru lepas melahirkan anak. membantu menguatkan akar rambut dan menghasilkan rambut yang lebih sihat.
Pertanyaan, konsultasi boleh hubungi saya di:
call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457
Hubungi Zalina 
COD : taman medan, dato' harun, PJS 2, seri manja, taman sentosa, jln klang lama, angkasapuri, pantai dalam, ppum, um, 


Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.


* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut


Friday, 11 July 2014

PENGEDAR SHAKLEE PETALING JAYA, TAMAN MEDAN,PANTAI DALAM :: menjana pendapatan dengan shaklee::


Nak menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan modal serendah RM75? Mustahil?
Tiada yang mustahil dalam dunia ini dengan izin Allah.
Oh, tapi ini bukanlah skim cepat kaya atau duduk goyang kaki dan duit masuk ya. Apa-apa yang dilakukan perlu dengan usaha dan tawakkal. Allah tak suka orang yang malas berusaha ya.

Apa uniknya Shaklee dan kenapa saya memilih Shaklee?
1. Shaklee adalah syarikat vitamin yang telah lama berada dalam pasaran. Produknya yang asli dan semulajadi benar-benar menawan hati saya ditambah ia memberi kesan yang hebat pada taraf kesihatan saya dan keluarga.
2. Ia antara syarikat MLM yang adil. Once dah bergelar pemimpin [ bermula tahap Supervisor] bermakna kita dah break dari upline kita. Oleh kerana Shaklee tidak mengamalkan skim piramid maka bonus kita dibayar mengikut usaha yang kita letakkan

3. Dalam Shaklee pendapatan kita boleh melebihi pendapatan upline apabila kita berusaha dengan lebih baik. Bukan sahaja pendapatan, malah kita mampu melangkaui pangkat upline kita sekiranya kita rajin berusaha.
4. Bonus dibayar tidak melalui upline atau mereka yang sponsor kita tetapi ianya langsung dari syarikat. Bonus juga diberi dalam bentuk tunai bukan voucher ya. Tidak perlu downline untuk mendapat bonus dari syarikat.
5. Harga produknya sangat berpatutan dan setanding dengan kualiti yang kita bayar. Produk asli dan semulajadi terbukti apabila tiada silikan gel di dalam botol vitamin Shaklee.
6. Bonus dibayar di tengah bulan. 
7. Shaklee menawarkan 3 C: Cash, Car & Convention. Dah ramai ahli Euphoria dah menikmati kelebihan ini.
8. Anda boleh menjadikan Shaklee sebagai salah satu sumber untuk menjana pendapatan sampingan sehingga 5 angka dan tiada yang mustahil.
9. Kami memberikan training tertutup sekiranya anda berminat menjadikan Shaklee sebagai sumber pendapatan sampingan anda.
10. Modal serendah RM75 untuk pendaftaran ahli. [RM85 bagi Sabah Sarawak].



Masih ada pertanyaan? Hubungi kami


Pertanyaan, konsultasi boleh hubungi saya di:


call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457
Hubungi Zalina

page : ummi muhaimin


COD : taman medan, dato' harun, PJS 2, seri manja, taman sentosa, jln klang lama, angkasapuri, pantai dalam, ppum, um,

Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil daripada setiap pengguna adalah berbeza. Sila konsult dengan pengedar anda untuk info lanjut

:: Soal Jawab Isu Penyusuan::


Soalan :

1) Jangan susukan anak ketika mengandung, nanti bayi dalam perut mengalami masalah kecacingan.

Jawapan :

Ehem...itu semata-mata MITOS ye dari orang dulu2. Tujuannya ialah kerana orang dulu2 bimbang si anak dalam kandungan tidak mendapat nutrien yang secukupnya kerana si ibu perlu membahagikan kepada 3 nutrien hariannya - Utk diri sendiri, bayi dalam kandungan dan bayi yg masih disusukan.

Maka, adalah penting untuk si ibu, mengetahui fakta sebenar ini kerana terdapat banyak lagi mitos2 penyusuan susu ibu ni seperti : waktu mengandung, susu ibu telah bertukar menjadi darah, maka tak boleh diberi kepada si abang atau si kakak.

2) Al Quran telah mengatakan tempoh maksimum penyusuan anak adalah 2 tahun. Maka, tak boleh menyusukan lebih daripada itu.

JAWAPAN :

HUKUM : Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya.

Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.

Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik kini.

Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun.

Namun kebanyakan ulama berpendapat patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.

Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.
...........................
Ulasan lanjut :

1) ayat al-Quran dari surah al-Baqarah: 233:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ

Maksudnya: “Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna 2 tahun, bagi sesiapa yang menyempurnakan susuan.”

Ayat ini hanya berupa bimbingan dan bukan menunjukkan suatu kewajipan yang membawa dosa jika menyalahinya.

Al-Imam al-Qurtubiy ketika menafsirkan ayat 233 dari surah al-Baqarah di atas menyatakan: “Tambahan lebih dari 2 tahun (menyusukan anak) atau menguranginya (tempoh tersebut), boleh jika tidak ada kemudharatan kepada bayi dan dengan kerelaan suami dan isteri."

Cuma ada sebahagian ulama seperti Ibn 'Asyur (ابن عاشور) yang berpandangan tidak perlu ditambah susuan lebih dari 2 tahun, kerana perbuatan ini tidak ada keperluan lagi.

http://alhidayah.mod.gov.my/program-tanyalah-ustaz/bank-soalan/122-hukum-kanak-kanak-menyusu-selepas-2-tahun.html

2)Tafsiran sebegini dinyatakan oleh kumpulan ulama-ulama al-Azhar di dalam kitab tafsir ‘Tafsir al-Muntakhab fi Tafsir al-Quran al-Karim’ dalam mentafsirkan ayat 233 surah al-Baqarah:وعلى الأمهات أن يقمن بإرضاع أولادهن مدة عامين تامين مراعاة لمصلحة الطفل“Para ibu hendaklah menyusu anaknya selama dua tahun yang lengkap untuk menjaga kemaslahatan bayi”.

Jelas sekali pentafsiran dari para ulama al-Azhar sama sekali tidak menyatakan bahawa ayat suci tersebut menghadkan tempoh penyusuan anak.

Tafsiran ini disokong oleh, al-Imam Ibnu Kathir di dalam tafsirnya ‘Tafsir al-Quran al-Karim’:هذا إرشاد من الله تعالى للوالدات أن يرضعن أولادهن كمال الرضاعة ، وهي سنتان‘Ini adalah petunjuk Allah SWT supaya para ibu menyusukan anak-anak mereka dengan penyusuan yang sempurna iaitu tempoh dua tahun’.

Pentafsiran Ibnu Kathir jelas tidak menzahirkan bahawa tempoh dua tahun bukanlah tempoh maksimum untuk penyusuan bayi, ia hanyalah tempoh yang paling ideal.

Menurut Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah di dalam al-Majmu'ah li al-Fatawa:وقَوْله تَعَالَى ( حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ) يَدُلُّ عَلَى أَنَّ هَذَا تَمَامُ الرَّضَاعَةِ ، وَمَا بَعْدَ ذَلِكَ فَهُوَ غِذَاءٌ مِنْ الْأَغْذِيَةِ "‘Firman Allah itu (Dua tahun lengkap, bagi sesiapa yang ingin melengkapkan penyusuan) menunjukkan bahawa tempoh itu adalah penyusuan yang lengkap. Apa(susuan) yang lebih dari itu(dua tahun) merupakan sebahagian daripada makanan (untuk anak).’

Tafsir yang diutarakan oleh Ibnu Taimiyyah RHM menguatkan lagi kedudukan tempoh 2 tahun bukanlah tempoh yang disangkakan iaitu tempoh maksimum, malah melalui fatwa beliau di atas menunjukkan penyusuan melebihi 2 tahun adalah dibenarkan oleh syarak.

Sepertimana yang telah dijelaskan, maksud ayat suci tersebut, tempoh dua tahun adalah tempoh yang paling ideal untuk tumbesaran kanak-kanak agar membesar dengan lebih sempurna, iaitu sebaik-baiknya para ibu menyusukan anak-anak mereka sekurang-kurangnya dua tahun. Fakta ini dikuatkan dengan fakta perubatan yang menyatakan, seorang bayi mampu membesar dengan baik hanya dengan susu ibu meskipun tanpa diiringi pemakanan yang lain dalam tempoah 2 tahun. (Rujuk: Majalah al-Buhuth al-Islamiyyah, keluaran 37, ms 329).
...............................................................................

Apakah hukum menyuskan anak lebih dari dua tahun?

Menurut Imam al-Qurtubi di dalam karangan agungnya iaitu al-Jami’ li Ahkam al-Quran:والزيادة على الحولين أو النقصان إنما يكون عند عدم الإضرار بالمولود وعند رضا الوالدين‘Penyusuan yang kurang dari dua tahun atau lebih bergantung kepada situasi yang tidak memudaratkan bayi dan bergantung kepada kerelaan kedua ibu bapa’.

Al-Imam Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah berkata di dalam kitab Tuhfatul Maudud fi Ahkam al-Maulud:ويجوز أن تستمر الأم في إرضاعه بعد الحولين إلى نصف الحول الثالث أو أكثره‘Seseorang ibu boleh terus menyusukan anaknya lebih daripada dua tahun kepada 2 tahun kepada setengah daripada tahun ke tiga atau lebih dari itu.’

Menurut fatwa kerajaan Arab Saudi:إذا علم أن الرضاعة حق للرضيع ومصلحته ، وأنه لا يجوز فطامه قبل السنتين إذا أضر به ، فإنه يجوز للأم أن تستمر على إرضاع ولدها بعد السنتين إذا كان لمصلحته ودفع الضرر عنه‘Jika diketahui bahawa penyusuan ibu itu adalah hak bayi dan kebaikannya, maka tidak sepatutnya bayi disusukan kurang daripada dua tahun, dibolehkan seseorang ibu menyusukan anaknya lebih daripada dua tahun jika ia mendatangkan kebaikan dan menolak kemudaratan.’

Sheikh Dr. Wahbah az-Zuhaili seorang pakar fiqh perbandingan yang tersohor di dunia melakar pendapatnya di dalam ‘al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu’:فإن استمر الرضاع بعد الحولين لضعف الطفل ، فلا مانع منه للحاجة‘Jika penyusuan bayi berterusan lebih dari dua tahun disebabkan keadaan bayi yang lemah(kurang sihat), maka ia tidak menjadi halangan atas keperluan hajat’.

Berdasarkan kenyataan dan fatwa yang diterbitkan oleh para ulama tradisi dan moden, maka jelaslah bahawa hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah HARUS dan tidak dihukum sebagai HARAM atau melanggar hukum syarak. Manakala ayat-ayat suci yang menyentuh tempoh penyusuan iaitu dua tahun, bukanlah bermakna tempoh maksimun seseorang ibu menyusukan anaknya, malah ia memberi maksud tempoh yang ideal untuk kebaikan si anak.

Maka, janganlah kita bermain2 dengan hukum sesuka hati. Rujuklah kepada yg pakar.

Wallahu A'lam.

Kredit : Breastfeeding Zone , Soal Wanita & Utusan Malaysia

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0326&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm


Pertanyaan, konsultasi boleh hubungi saya di:


call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457
Hubungi Zalina 
COD : taman medan, dato' harun, PJS 2, seri manja, taman sentosa, jln klang lama, angkasapuri, pantai dalam, ppum, um, 

:: kelebihan Solat Dhuha ::



Solat merupakan kunci diterima atau ditolaknya keseluruhan ibadah yang telah dilakukan seorang mukmin. 
Dalam sebuah hadis diterangkan bahawa yang pertama dihisab oleh Allah Swt dari amal seorang hamba pada hari kiamat adalah solatnya. Jika solatnya baik maka baiklah seluruh amalnya. Sebaiknya jika solatnya rosak, maka seluruh amalnya juga akan turut rosak.
Kerana solat yang kita kerjakan harus benar-benar terjaga kesempurnaannya. Salah satu cara menyempurnakan solat wajib adalah dengan melaksanakan solat sunat.
Banyak sekali pilihan solat sunat yang dapat kita kerjakan untuk menyempurnakan pahala solat wajib yang telah kita kerjakan. Sebut saja solat sunat rawatib yang biasa kita kerjakan sebelum dan setelah mengerjakan solat lima waktu.
Selain solat sunat rawatib kita juga mengenal banyak sekali jenis solat sunat di antaranya adalah Tahiyatul Masjid, Syukrul Wudhu, Tahajud, Witir serta Dhuha.
Yang disebutkan terakhir itu sering kita lupa kerana meskipun kita tahu fadhilahnya tapi kerana waktu pelaksanaannya bertepatan dengan aktiviti harian maka solat Dhuha sering tidak dikerjakan.
Ya solat Dhuha ialah solat sunat yang dikerjakan pada waktu matahari sedang naik, iaitu kira-kira setinggi lebih kurang 7 (tujuh) hasta atau sekitar setinggi satu tombak antara pukul 08.00 pagi sampai dengan masuk waktu zuhur. 
Solat Dhuha hukumnya sunat muakad (sangat dianjurkan dan mendekati wajib) kerana Rasulullah sentiasa mengerjakannya dan berpesan kepada para sahabat untuk mengerjakannya juga.
Solat Dhuha juga merupakan wasiat Rasul kepada umatnya sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadits. “Abu Hurairah r.a. menceritakan:
‘Kekasihku Rasulullah Saw. memberi wasiat kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah kutinggalkan hingga meninggal dunia: puasa tiga hari dalam sebulan, dua rakaat solat Dhuha dan hanya tidur setelah melakukan solat Witir” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Tentu saja Rasulullah Saw. tidak akan mengistimewakan solat Dhuha tanpa alasan. Berikut beberapa fadhilah atau keutamaan solat Dhuha yang menjadikannya begitu istimewa di mata Rasullah Saw.
1. Solat Dhuha merupakan ucapan terima kasih kita kepada Allah Swt. atas nikmat sihat setiap sendi dalam tubuh kita.
Menurut Rasulullah Saw., setiap sendi dalam tubuh kita yang jumlahnya 360 ruas setiap harinya harus diberi sedekah sebagai makanannya.
“Pada setiap manusia diciptakan 360 persendian dan seharusnya orang yang bersangkutan (pemilik sendi) bersedekah untuk setiap sendinya.” Lalu para sahabat bertanya “Ya Rasulullah Saw., siapa yang sanggup melakukannya?”
Rasulullah Saw. menjelaskan, “Membersihkan kotoran yang ada di masjid atau menyingkirkan sesuatu (yang dapat mencelakakan orang) dari jalan raya apabila ia tidak mampu maka solat Dhuha dua rakaat dapat menggantikannya.” (H.R. Ahmad dan Abu Daud)
2. Solat Dhuha merupakan wahana pengharapan kita akan rahmat dan nikmat Allah Swt. sepanjang hari yang akan dilalui. 
Rasulullah Saw. bersabda, “Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam jangan sekali-kali engkau malas melakukan solat empat rakaat pada pagi hari iaitu solat Dhuha, niscaya nanti akan Kucukupi keperluanmu hingga petang harinya.’” (H.R. Al-Hakim dan At-Tabrani)
Lebih dari itu kelebihan solat Dhuha merupakan saat kita mengisi kembali semangat hidup baru. Kita berharap semoga hari yang akan kita lalui menjadi hari yang lebih baik dari hari kelmarin. Di sinilah ruang kita menanam optimisme hidup. Kita tidak sendiri menjalani hidup ini. Ada Sang Pencipta yang sentiasa akan menemani kita dalam menjalani hidup sehari-hari.
3. Solat Dhuha sebagai pelindung untuk mengelakkan seksa api neraka di hari pembalasan (kiamat) nanti.
Hal ini ditegaskan Nabi Saw. dalam haditsnya, “Barangsiapa melakukan solat Fajar kemudian ia tetap duduk di tempat solatnya sambil berdzikir hingga matahari terbit dan kemudian ia melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat niscaya Allah Swt. akan mengharamkan api neraka untuk menyentuh atau membakar tubuhnya.” (H.R. Al-Baihaqi)
4. Bagi orang yang melakukan rutin solat Dhuha niscaya Allah akan menjanjikan dengan balasan syurga.
Rasulullah Saw. bersabda, “Di dalam syurga terdapat pintu yang bernama Bab Adh-Dhuha (Pintu Dhuha) dan pada hari kiamat nanti ada yang akan memanggil, ‘Di mana orang yang sentiasa mengerjakan solat Dhuha? Ini pintu kamu, masuklah dengan kasih sayang Allah.’” (H.R. At-Tabrani)
5. Pahala solat Dhuha setara dengan pahala ibadah haji dan umrah.
“Dari Abu Umamah r.a. bahwa Rasulullah Saw. bersabda, ‘Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.’” (Shahih Al-Targhib: 673).
Dalam sebuah hadits yang lain disebutkan bahawa, “Nabi Saw. bersabda, ‘Barangsiapa yang mengerjakan solat Fajar (Subuh) berjemaah kemudian ia (setelah selesai) duduk mengingati Allah hingga terbit matahari lalu ia solat dua rakaat (Dhuha) ia mendapatkan pahala seperti pahala haji dan umrah, sempurna, sempurna, sempurna.’” (Shahih Al-Jami: 6346)
6. Tercukupnya keperluan hidup.
Orang yang gemar melaksanakan solat Dhuha dengan ikhlas kerana Allah akan mencukupi rezekinya. Hal ini dijelaskan Rasulullah Saw. dalam hadits qudsi dari Abu Darda. Firman-Nya, “Wahai Anak Adam, rukuklah (solatlah) kerana aku pada awal siang (solat Dhuha) empat rakaat maka aku akan mencukupi (keperluan)mu sampai petang hari.” (H.R. Tirmidzi)
7. Memperolehi ghanimah (keuntungan) yang besar.
Dikisahkan Rasulullah mengutuskan pasukan muslim berperang melawan musuh Allah. Atas kehendak Allah peperangan pun dimenangkan dan pasukan tersebut mendapat harta rampasan yang berlimpah. Orang-orang pun ramai membicarakan singkatnya peperangan yang dimenangkan dan banyaknya harta rampasan perang yang diperolehi.
Kemudian Rasulullah Saw. menjelaskan bahawa ada yang lebih utama dan lebih baik dari mudahnya memperolehi kemenangan dan harta rampasan yang banyak iaitu solat Dhuha.
“Dari Abdullah bin Amr bin Ash ia berkata, Rasulullah Saw. mengirim pasukan perang. Lalu pasukan itu mendapat harta rampasan perang yang banyak dan cepat kembali (dari medan perang). Orang-orang pun (ramai) memperbincangkan cepat selesainya perang banyaknya harta rampasan dan cepat kembalinya mereka.
Maka Rasulullah Saw. bersabda, ‘Mahukah aku tunjukan kepada kalian sesuatu yang lebih cepat dari selesai perangnya lebih banyak (memperolehi) harta rampasan dan cepatnya kembali (dari medan perang)? (iaitu) orang yang berwudhu kemudian menuju masjid untuk mengerjakan solat sunat Dhuha. Dialah yang lebih cepat selesai perangnya lebih banyak (memperoleh) harta rampasan dan lebih cepat kembalinya.’” (H.R. Ahmad) 
Begitu banyaknya fadhilah di atas cukup beralasan kiranya bila Nabi Saw. mengingatkan umatnya untuk sentiasa membiasakan diri melaksanakan solat Dhuha. Dengan mengetahui fadhilah-fadhilah tersebut diharapkan kita lebih termotivasi untuk beristiqamah melaksanakan solat Dhuha agar tercapai tujuan bahagia dunia dan akhirat. Aamiin ....

Sumber : Pencarian di google

Pertanyaan, konsultasi boleh hubungi saya di:


call/wsaap : 016- 447 4510 @ 017- 485 2457
Hubungi Zalina 
COD : taman medan, dato' harun, PJS 2, seri manja, taman sentosa, jln klang lama, angkasapuri, pantai dalam, ppum, um,